Duhai isteriku yang mulia,
Maafkan abang kerana sudah lama tidak menulis. Abang kini berada di lautan, membawa anak-anak menikmati keindahan alam yang terbentang luas. Alam yang tidak terjangkau oleh mata, yang mungkin tidak akan mampu kita jelajahi sepenuhnya sepanjang hayat kita. Namun, segala rahmat dan kemudahan yang Allah anugerahkan kepada keluarga kita sudah cukup untuk kita melangkah dan menyaksikan kebesaran-Nya.
Kata orang, hidup ini amat keras. Sejujurnya, banyak luka dan duka yang abang simpan sendirian. Abang tak terbuka untuk berkongsi apatah lagi untuk berbicara tentangnya. Ada luka-luka yang abang tak mahu langsung mengingatinya. Luka itu pedih. Mungkin, kerana sikap abang, terjadi banyak perselisihan dan salah faham. Salah faham selalunya menjadi punca pergaduhan. Pergaduhan membuatkan abang lebih tertekan.
Kehilangan sering kali meninggalkan kesedihan yang mendalam dan berpanjangan. Kata Ustaz Yaakub Yusra, “Masa tidak akan mengubat kerinduan. Kerinduan tidak akan hilang sampai bila-bila. Tetapi dengan masa, kita akan belajar untuk menjadi lebih cekal dan tabah dalam menyesuaikan diri.” Setiap yang pergi pasti akan diganti dengan sesuatu yang lain—tidak sama, namun biasanya lebih baik—tidak kira dalam bentuk apa sekalipun kehilangan itu.
Hari ini, abang merenung banyak perkara. Abang titipkan di sini buat bekal kita bersama. Kata ulama besar Dr. Mustafa al-Siba‘i, terdapat enam perkara yang jika kita ingat, akan meringankan musibah yang kita hadapi:
1. Segalanya dengan Qada' dan QadarIngatlah, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.2. Keluh kesah tidak akan mengubah takdirMeratap dan bersedih berlebihan tidak akan mengubah takdir.3. Apa yang engkau hadapi lebih ringan daripada ujian yang lebih besarApa yang kita hadapi kini, ada yang lebih dahsyat daripadanya.4. Yang tinggal padamu lebih banyak daripada yang hilangLihatlah apa yang masih engkau miliki.5. Setiap Qadar ada hikmahJika engkau memahami, pasti engkau akan melihat musibah itu sebagai nikmat.6. Musibah orang beriman tidak sia-siaSetiap musibah pasti membawa pahala, keampunan, penghapusan dosa, ketinggian darjat, atau penolak bala yang lebih berat.
Jangan sekali-kali lupa pesan Al-Imam Junaid rahimahullah ketika ditanya tentang bala atau musibah. “Apakah ia hukuman dari Allah, atau penghapus dosa, atau pengangkat darjat?” Al-Imam menjawab “Apabila kamu marah, itu adalah hukuman; Apabila kamu bersabar, itu adalah penghapus dosa; Apabila kamu reda, itu adalah pengangkat darjat.” Dalam Surah al-Baqarah, Allah berfirman setiap orang beriman pasti akan diuji.
Ujian bagi setiap daripada kita berbeza. Abang berharap hubungan ini, dan rasa ini, akan kekal selamanya. Semoga Allah tidak membolak-balikkan hati kita. Terima kasih kerana sentiasa menemani abang dalam setiap detik. 暗闇で明かりをくれた人を忘れない—Abang tidak akan pernah lupa kepada orang yang memberikan cahaya dalam kegelapan. Ara menemukan abang ketika abang berada pada titik paling rendah.
Abang tutup warkah ini dengan sebuah puisi dari penyair kesukaan abang, Sapardi Djoko Damono:-
matamu dua telaga tempat perahu-perahuku karam
dan kata-kataku tenggelam seperti batu
kita hanya saling memandang
dan waktu pun diam
Dalam kerinduan yang mendalam,
Abang
2025, Mei 11