Monday, May 19, 2025

Puisi Laila

"Kita jumpa puisi Laila"
"Majnun?"
"Ha'a"
"Puisi apa?"
"Duhai Majnun kekasihku
jangan kau ragu melepaskanku untuk orang lain
aku hanyalah wadah kosong, yang telah kau ambil seluruh isinya
hati dan jiwaku telah kuberikan padamu kekasih"
"Betul ke puisi Laila?"
"Caption kata 'Ucapan Laila ini menyembuhkan derita Majnun'"
"Ooo"
"Respons laaa"
"Nak respons apa?"
"Perempuan cerita, laki wajib tau respons panjang-panjang"
"Tak tahu nak respons apa"
"Alaaaaa"
"Tak ada ubat untuk sembuhkan derita Majnun"

_

"Abang"
"Hmm"
"Laila cakap"
"Laa tak habis lagi ke?"
"Dengar dulu"
"………"
"Kau pengecut duhai Majnun
kau memilih pergi meninggalkanku
hanya kerana cinta kita terhalang"
"………"
"Abang nak dengar tak jawapan Qais?"
"Tak nak"
"Dengar la"
"Baca cepat"
"Meninggalkan yang di cintai
dengan penuh rasa cinta
adalah keberanian
dalam menghadapi penderitaan"
"…………"
"Penat kita cerita"
"Cerita benda lain"
"Tapi"
"Abang boleh respons tapi abang tak nak. Abang tahu hujungnya Ara nak tanya apa"
"Alaaaa mmm"
"Ambil bantal tu. Tidur"
"Kenapa marah-marah kita?"
"Mana ada marah"


17/1