Aku balik rumah hari Jumaat malam. Penerbangan 11:20. Sampai di Cyprus jam 8:50 pagi. Luangkan masa bermain dan berbual dengan anak-anak. Umar dan Adam akan kembali ke sekolah Isnin ini selepas tamat dua minggu cuti Easter. Aku dan Ara bergilir masuk kerja. Cuti kali ini, kami tak bawa anak-anak melancong. Umar mengikuti bengkel pengucapan awam untuk mengasah kemahiran bertutur, selain menyertai kelas memasak. Aku sangat galakkan anak-anak lelaki pandai memasak — satu kelebihan penting walaupun aku sendiri kurang mahir di dapur. Adam pula menyertai bengkel AI. Dia sangat berminat dalam bidang penciptaan dan pembangunan produk. Malamnya, aku memimpin solat Maghrib dan Isyak berjemaah di rumah. Kami makan malam bersama, dan selepas Isyak, kami teruskan dengan tadabbur Quran dan berselawat. Ahad petang, aku berlepas ke Mumbai.
Zayed International Airport
April 27, 2025