Monday, September 16, 2024

Hai Ummi

Ummi,

Im buat salah. Kalau Ummi ada mesti Ummi malu dengan Im. Im tak ada niat ganggu isteri orang. Lepas putus dulu, Im jauhkan diri. Sekarang Im buat salah dan Im tersalah langkah. Kalau keluarga mentua tahu lagilah malu. Keluarga mentua hormat Im. Manalah nak letak muka bagai tokak sangkut di kening. Ara tak jawab panggilan. Mesej pun tak  di balas. Anak-anak ada dengan Im. Semalam, lembaga pengarah keluarkan data tentang prestasi Im. Prestasi turun mendadak lebih 45%. Sebelum ini prestasi Im naik 270%. Syarikat berkembang baik. Ara ada, Ara selalu jadi tulang belakang yang kuat.

Masa Im dapat anugerah, Im bagi pada Ara. Dalam ucapan pun Im cakap tentang Ara. Tuhan datangkan ujian dan Im rebah. Tak, Ummi. Im tak pernah lupa jasa Ara. Dari gelapnya dunia - dia hadir membawa cahaya tanpa pernah berputus asa. Dia isteri yang memahami. Sekarang Ara jauhkan diri. Im sunyi, sedih, hilang arah walaupun baru seminggu berlalu - lama rasanya. Masa bergerak begitu perlahan. Betul, lelaki di uji di saat kemasyuran memuncak - sewaktu dia memiliki segalanya dan seperti ramai lelaki - Im tewas. Im kalah dengan perasaan. Im rasa bersalah dengan Ara.

Im tak abaikan Ara. Duit belanja cukup tapi sebagai suami, Im gagal jalankan tanggungjawab. Ara tak pernah tanya jauh sekali persoalkan. Dia isteri yang baik. Hari Jumaat malam, Im minta maaf dengan dia sebab dua bulan lebih tanpa hubungan intim. Dia tak cakap apa pun. Dia cuma tanya "Ara dah tak cantik ke abang?". Tak ada kurang apa pun, Ummi. Dia sempurna dari dulu sampai sekarang. Dia impian setiap lelaki. Sanggup korbankan kerjaya yang lumayan, tinggalkan keluarga untuk hidup bersama Im. Ara hidup dalam kemewahan. Im berikan hidup yang Im rasakan terbaik untuk dia.

Im orang berniaga. Ada kala bisnes baik, ada kala tidak. Dia perlu belajar sediakan diri untuk menempuh kesusahan. Im ajar hidup berpada-pada walaupun dia merengek juga kadang-kadang nakkan sesuatu. Dia suka merengek, Ummi - macam budak-budak nakkan ais krim. Dia anak perempuan tunggal. Anak manja ayah. Anak kesayangan keluarga. Ayah dia tak izinkan dia buat kerja rumah dari kecil lagi. Semua pembantu rumah buatkan. Waktu dia belajar dulu pun ayah dia sediakan pembantu rumah. Dia memang tak pandai buat apa-apa kerja rumah. Sidai baju pun tonggang - terbalik.  

Di sebalik semua itu, sikap dia baik. Mudah di lentur. Dengar cakap (ini Im paling suka), boleh terima teguran. Dia tak melawan cuma kuat merajuk - sangat suka merajuk. Im lupa beli ais krim pun dia merajuk 3 hari. Dia manja, selalu senyum, tak banyak songeh. Sempurna, Ummi. Cukup sempurna. Dia sangat sayangkan Im. Dulu, kalau Im pergi kerja, dia menangis "Abang jangan lupa kita tau. Janji". Dia manja - tidur pun awal. Lambat tidur asyik menguap saja. Dia bangun pukul 3 pagi. Waktu inilah dia selalu kacau Im. Im habis solat, dia datang dekat nak baring dekat riba - manja sangat. Penyejuk hati suami. 

Bye Ummi.


(Ogos 9, 2024)