"Abang nak pergi kerja"
"Brazil ke?"
"Haah"
"Bila?"
"Hari ni"
"Abang cakap next week. Awal abang pergi"
"Lepas 2 minggu abang balik. Okey?"
"Okey"
"Ara rehat je. Tak payah buat apa"
"Abang jaga diri. Makan tau astu cuba tidur"
"Ara pun jaga diri"
_
Seronok tak dengar daddy cerita tentang siput kaki bersisik (Scaly-foot snail)? Siput ini ditemui di Lautan Hindi dalam lubang hidroterma iaitu pada rekahan di dasar laut dan sering ditemui berhampiran tempat aktif gunung berapi yang mengeluarkan air suam yang telah dipanaskan oleh batu cair jauh di bawah kerak lautan. Ia biasanya ditemui pada kedalaman sekitar 2,000 hingga 2,500 meter. Siput ini hidup pada suhu persekitaran sekitar 350 darjah Celsius.
Sorry, kembar. Daddy keluar pergi kerja. Flight daddy pagi nanti. Daddy tak nak susahkan Ibu. Ibu penat jaga kembar. Jangan nakal-nakal, okey? Daddy balik, kita sambung main. Nanti siram pokok kita tanam semalam. Siram setiap hari. Dengar cakap Ibu, makan apa Ibu masak. Ibu masak semua sedap. Tidur awal, tak nak meragam - Ibu tak larat berjaga malam. Sorry…daddy memang daddy yang bermasalah. Kesian Ibu.
:(
(Nota tanpa tarikh, Julai 2024)