Monday, September 16, 2024

Konflik Iran-Israel

Konflik antara Iran dan Israel tampaknya semakin tegang berikutan amaran Iran akan serangan balas sebagai respons terhadap serangan udara pada 1 April 2024 yang menyebabkan kematian tujuh pegawai dari Islamic Revolutionary Guards Corps (IRGC) di bangunan kedutaan Iran di Syria. Serangan tersebut telah meragut nyawa dua pegawai atasan ketenteraan Iran iaitu Brigade General Mohammad Reza Zahedi, seorang komander senior dari Quds Force, dan timbalannya, Brigade General Mohammad Hadi Haji-Rahimi. 

Kejadian ini tidak sepenuhnya mengejutkan mengingat status Brigade General Mohammad Reza Zahedi sebagai salah seorang individu yang paling di kehendaki pihak Israel kerana peranan pentingnya sebagai penasihat ketenteraan Iran. Beliau telah melalui beberapa siri percubaan pembunuhan yang menemui kegagalan. Serangan yang berlaku ini dilaporkan terjadi ketika mereka sedang mengadakan pertemuan  sulit dengan pemimpin tertinggi Palestin untuk membincangkan berkaitan konflik yang berterusan di Gaza.


(21 April 2024)