Saturday, September 21, 2024

Dekat sejam baring cuba tidur tapi tak dapat tidur padahal badan penat. Keluar Khamis tengah hari, Jumaat malam baru balik. Malam ni rehat tak kerja. Nak tidur. Badan letih. Mahal betul harga tidur

Bukak app. Tak baca pun. Teringat apa Ary cakap. Aku block dia berminggu. Malas nak angkat call - aku sibuk + memang tak ada mood nak layan dia. Dia nak kawin lagi. Suruh aku jadi wakil. 

Aku tak kisah dia nak kawin  berapa kali. Aku cuma kesian anak-anak dia. Nafkah tak bagi. Call pun tak. Nama anak pun tak ingat. Kesian budak-budak ada bapak tapi tak ada bapak. Aku tahu susah hidup tak ada ayah. Orang lain cakap ada ayah tapi tak guna lagi menyusahkan. 

Aku selalu azam nak jadi bapak yang terbaik. Aku ajar kembar solat sampai guling-guling badan cuba ikut kemudian gelak. Comel. 

Kembar dah pandai letak baju dalam bakul kemudian letak dalam mesin basuh mini. Aku ajar cuci baju. Biasanya sepasang je untuk biasakan. Masing-masing ada mesin sendiri. Permainan pun ajar asingkan.

Kalau tak nak anak, jangan tabur benih. Bukan tak reti kawal. Saja tak nak kawal. Ada isteri baik pun cerai. Aku tak ada contact number bini-bini dia. Kalau ada aku nak tanya duit cukup ke tak, ada apa boleh bantu. Aku cuba bantu yang termampu.

Ada anak, rahmat sebab kita akan selalu cuba perbaiki diri. Anak duduk dengan kita tak lama. Sekejab je. 10 tahun terawal kena luang banyak masa demgan anak. Bila anak besar, dia dah ada kawan dan hidup sendiri. Kita kena pastikan anak selalu perlukan kita. 

Umar dah besar. Sikit masa lagi kurang seorang geng pergi masjid. Nasib ada kembar. Hampir setiap hari pergi Subuh dengan anak. Umar tak culas bangun. Adam culas sikit. Dia selalu tidur lewat. Umar tidur awal. Sebelum Subuh dia bangun siapkan homework / mengaji. Umar dah konsisten puasa sunat Isnin Khamis & hari putih. Adam pun puasa cuma belum konsisten. Tak apa. Aku tak paksa. Anak tengok aku puasa, nak join sama. Lama-lama suka. 

Selain puasa, aku usahakan untuk khatam Quran dua / tiga bulan sekali. Ara pun sama. Anak-anak pun sama. Aku kena buat kalau tak macam mana anak nak ikut. Aku tak kisah anak khatam ke tak - janji baca sehari sehelai pun tak apa. Umar yang paling selalu khatam. Kadang tiap bulan. 

Aku usahakan ajar anak solat sunat yang mudah - subuh 2 rakaat, dhuha 2 rakaat & witir 1 rakaat. Umar konsisten buat semua. Adam buat Subuh sahaja. Okeylah dari tak buat langsung. 

Huda? Dia ikut kerajinan macam mood dia kemas bilik jugak. Kalau rajin, dia puasa, kalau malas dia makan depan Umar.