Sejak balik dari Kota Singa, aku mengelak dari masuk ke bilik kerja. Aku banyak habiskan waktu di bilik Ara. Malam ini aku masuk juga. Kenangan menjelma. Tiada lagi panggilan telefon. Aku buka chat beberapa hari lepas. Baca sepintas lalu. Rindu datang bertamu. Bilik ini menyimpan banyak kenangan hangat yang singkat. Aku tak lagi perlu curi-curi waktu untuk membuat panggilan dan pastinya dia juga tidak lagi lelah. Tiada rahsia yang perlu di sembunyikan. Ikatan itu manis tapi terlarang. Berpisah itu pahit. Kehilangan itu sakit. Cinta yang hebat adalah derita.
Aku masih cuba move on. Banyak perkara yang sudah aku lupakan tapi kembali bertandang. Aku tetap sayangkan dia tapi hati sudah merasa cukup. Mungkin aku perlu belajar berhenti dan melepaskan masa lalu yang tak boleh di baiki. Hati aku teramat sakit sejak sepuluh tahun dulu. Aku tidak dapat menerima hakikat dia memilih yang lain. Katanya, dia di beri pilihan dan dia membuat pilihan. Luka lama kembali berdarah. Luka itu bertambah dalam bila aku tahu dia mencintai lelaki lain lebih dari aku. Hakikat yang berat untuk aku terima.
Aku tak sepatutnya terkejut sebab dari dulu aku selalu rasakan dia tak begitu sayangkan aku. Pernah ada ketikanya aku berasa seakan terlalu menagih kasih. Aku belajar untuk berhenti. Aku tak mahu meminta-minta. Aku rasa malu tapi aku pendamkan saja. Aku tak perlu banyak perhatian, cukuplah rasa di pedulikan. Kata Saidina Ali "Barang siapa mencintai sesuatu secara berlebihan, maka sesuatu itu akan membutakan penglihatannya dan membuat hatinya menjadi sakit." Aku merasa sakit di khianati tapi lebih sakit di biar sendiri.
Aku selalu cuba tak mengambil hati dan memujuk diri. Aku tak mahu besar-besarkan. Aku cuba mengelak pergaduhan. Setiap kali aku cuba bercakap, aku di salah tafsir. Memang kami tiada persefahaman dan itu yang menguatkan lagi perhubungan. Pelik bukan? Tapi itulah kenyataan. Aku harap dia bahagia dan melupakan aku. Aku tak mahu dia memikul beban penyesalan. Beban itu sangat berat. Tiada apa yang perlu di sesalkan. Aku ikhlas sayangkan dia walaupun kasih yang aku terima tak sama dengan yang aku berikan. Salah aku kerana berharap. Cinta dia mahal.
Barangkali kerana aku di besarkan tanpa kasih sayang yang cukup, aku mengejarnya seperti aku mengejar ringgit ke sorga. Kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri. Lelaki tak seharusnya begitu. She set a high bar, and I can't afford that. Aku bukan lelaki yang hebat. Aku cuma lelaki biasa yang mahu rasa di cintai. Aku di cintai, tapi tak terlalu dalam. Dia marah dengan aku tentang banyak perkara. Sudah tentu dia tak berikan sepenuh hatinya untuk aku. Kata dia, lelaki itu mencintainya sepenuh hati - tentu. Aku tidak bermakna malah mengecewakan.
_
Setiap orang pasti memiliki seseorang, yang di dalam hidupnya, namanya selalu dia genggam, bayangannya selalu dia bawa ke mana pun dia pergi, ceritanya selalu menjadi yang terindah.Namun, hanya sebatas itu: nama, bayangan, serta cerita. Sebab, hati dan raganya sudah berpemilik.— patahan.ranting