Saturday, March 02, 2024

Lelaki yang menggoncang kalbumu

Ya ruhi,

Hari ini hari ulang tahun perkenalan kita yang ke lapan. Selamat hari ulang tahun, sayang. Maaf, abang berada di kejauhan dan tak dapat meraikan hari yang bahagia ini. Sungguh, abang merasa kerinduan yang amat luar biasa. Kedinginan malam menjadikan abang tak keruan kerana merindui tubuhmu yang sentiasa memberi kehangatan. Di luar, ombak masih setia memadu kasih. Pantai menanti dengan penuh kerelaan. Alunannya kadangkala lembut, kadangkala meresahkan seperti nafas kita pabila berduaan. Oh! Degupan jantung kian laju seiringan sang bayu. Nafasmu dan nafasku beradu dalam nada-nada rindu yang tak pernah gagal mengetarkan jiwaku.


Lelaki yang menggoncang kalbumu,
Suami