Saturday, February 17, 2024

Tak ada H

"Teh bungs longan? Mana nak cari longan?"
"Alaa cari la"
"Ara bancuh dulu teh o halia ke, teh o serai, teh o kunyit, teh o kayu manis, teh o cengkih. teh o lemon, teh o kasturi. Apa lagi eh?"
"Kita tak panggil teh o. Teh serai je"
"Teh serai letak susu. Kalau letak gula, o. Kalau tak letak apa, kosong"
"Sama je"
"Lain. Sedap jugak teh halia. Lama tak minum. Buat teh massalah esok"
"Masala. Tak ada H"
"Tak ada H, tak ada Hara"
"Hara acam masalah dalam hidup abang ye"
"Ha? Tak"
"Hihi"