Thursday, October 12, 2023

Rebus hidup-hidup

"Semalam angin kencang"
"Pokok abang macam mana?"
"Steady macam abang hihi"
"Tak patah?"
"Tak. Semua selamat. Abang kan sayang pokok tu"
"Ara dah check semua?"
"Dah"
"Ha lega"
"Masa hujan lebat Ara keluar. Risau patah"
"Laa. Demam nanti"
"Ara tak nak pokok tu rosak. Penat abang jaga"
"Hmm...abang tanam untuk Ara. Semua tu bunga Ara"
"Ara tanya, abang tak mengaku"
"Biasalah abang"
"Abang kenapa?"
"Tak ada apa. Sorry kalau abang kurang puji Ara. Abang hmm"
"Abang tahu tak? Semua perempuan jealous tau kalau suami tanam bunga untuk isteri siap ada buaian"
"Tak sabar nak balik"
"Rindu kita kan"
"Tak. Rindu nak tengok itik berenang haha"
"Nak je kita rebus itik awak masak halia"
"Hey! Jangan"
"Tahu takut"
"Ada ke nak rebus itik orang"
"Siapa rampas kasih sayang laki kita, kita rebus hidup-hidup"
"Amboi. Ganas"


Panggilan telefon
Singapura