Tuesday, November 02, 2021

Rapat

“Abang…rapatnya. Jauhlah sikit”
“Biarlah rapat-rapat”
“Ara nak gerak macam mana bang?”
“Tak payah gerak”
“Hermmm….”
“5 minit”
“Okey”
“Kayuh sampai mana?”
“Dekat je”
“Cyberjaya ke?”
“Tak”
“Nak orange juice?”
“Nak Ara”
“Abang ni kan. Tengah orang sibuklah nak itu ini”
“Biarlah. Nak buat macam mana dah nak”
“Kejab lagi boleh tak?”
“Tak boleh”
“Macam mana eh”
“Macam tu lah”
“Sabar eh”
“Tak boleh”
“Hihihi abang”
“Hahahahaha siapkan tab. Abang nak mandi”
“Fuh selamat”
“Tahu cuak hahahaha”
“Takkkkkkk”
“Eleh”
“Dekat sini la pun abang nak macam-macam”

Basikal

Teruknya pengayuh basikal di KL. Kalau hendak mengayuh basikal, kayuhlah di tempat yang selamat. Ikutlah peraturan dan jangan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Kayuh di tengah jalan, hendak di hon nanti marah pula. Tidak di hon, merbahaya. Sudahnya, hon juga. Di beri jari tengah. Sudahlah kayuh berbahaya, kurang ajar pula. Menyesal pula tak langgar sampai mati. Baru puas hati.

Sunday, October 31, 2021

Hello November

Balik KL sesat-barat. Semakin banyak nama tempat ditukar kepada Inggeris. Mungkin untuk meningkatkan nilai komersial sesuatu kawasan. Agaknya jika menggunakan nama bersifat kemelayuan, hartanah di kawasan tersebut tidak dapat di jual dengan harga tinggi dan kurang mendapat sambutan. Tertanya-tanya juga adakah pihak PBT dan DBP tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengekang hal ini. Jika di biarkan berlarutan tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan hilang identiti bangsa dan negara. Maka, rosaklah peradaban.


Bukit Tunku
1 Nov 2021

Wednesday, October 13, 2021

Jab Se Mera


Sepanjang minggu menari Ghungroo Song sampai hafal lirik. Hari ini menyanyi Jab Se Mera pula. Kalau isteri tak sayang lagi, tak tahulah. Seronoknya dapat menari. Bertahun-tahun tinggalkan tarian.

“Tak sangka kan abang yang serius, garang pandai menari hihihi”
“Hara memang. Semua tak sangka. Dahlah eh. Sakit pinggang dah ni”
“One more please”
“Malam nanti letak minyak”
“Yeeeee okey”

Tuesday, October 12, 2021

Saturday, October 02, 2021

Kopi


 P. Helena

Friday, October 01, 2021

Utusan rindu



Dulu, saya selalu menulis apabila rindu datang bertamu di hati. Sehingga beberapa detik kemudiannya saya tak mahu lagi mengendahkan kerinduan pada sesuatu yang bukan milik saya. Saya berhenti menulis lama selepas itu. Ada baiknya sesetengah perkara hanya tinggal di dalam hati, tak perlu di luahkan lagi. Saya kira ada benarnya kata orang dulu-kala “Something are better left unsaid”. Saya menyendiri, menyepikan diri. Memberi fokus kepada pembangunan kerjaya dan keluarga. Tinggal di kota metropolitan seperti Dubai sedikit-sebanyak membantu membuat saya lupa hal-hal lama. Agaknya, apa khabar dia di sana. Saya harap semuanya baik-baik belaka. Kalau kewangan keluarga tidak memberangsangkan, bertahanlah. Usaha tangga kejayaan. Lambat atau cepat pasti keluar dari bebanan kesulitan kewangan.

Saya mimpikan awak tiga atau empat hari lepas. Entah kenapa anak awak berada dalam kereta saya, di bangku belakang. Bergaun putih paras lutut, berambut panjang paras bahu. Cantik rupa parasnya. Berusia lingkungan 5 tahun. Saya tahu anak awak belum pun berusia 3 tahun. Sudah lama saya tak mimpikan awak. Sepanjang dalam mimpi dia tersenyum saja. Entah apa yang membuatkan dia begitu ceria. Saya bahagia melihat dia gembira. Saya terjaga, kemudian membersihkan diri langsung dirikan solat. Sebenarnya, sudah agak lama saya tak doakan awak. Mungkin kerana tidak lagi berat menahan perasaan, saya tinggalkan nama awak dalam titipan doa saya. Bila saya rindu, saya akan doakan yang baik-baik untuk awak. Saya harap Allah bantu awak jika awak dalam kekusutan. Ringankan beban awak serta hilangkan segala keresahan di hati awak.

Saya, walau sekali, walau hanya dalam mimpi, tak pernah meminta Allah kembalikan awak kepada saya. Sungguhpun sedih, saya tetap relakan. Saya tetap redha dengan ketentuan Allah Yang Maha Besar. Saya gembira melihat awak gembira. Tuhan juga hadirkan kegembiraan di hati saya. Saya bahagia dengan kehidupan yang Tuhan aturkan. Hati saya menjadi lebih kental, saya menjadi lebih matang. Terima kasih kerana jatuh cinta dengan orang lain. Jika awak tak tinggalkan saya, sudah tentu saya tak berkongsi hidup dengan perempuan yang ada di sisi saya sekarang. Aturan dan perancangan Tuhan lebih baik dan kita di suruh berbaik sangka dengan perjalanan yang Allah susun buat kita. DIA mengirimkan orang yang paling sesuai untuk hidup bersama kita. Orang yang terima dan bertahan dengan perangai buruk kita.

Thursday, September 23, 2021

Puji

“Asyik-asyik kalau dia tak dapat, orang lain tak boleh dapat”
“Memanglah macam tu”
“Tapi abang tak pun”
“Bukan semua orang sama”
“Abang baik”
“Puji lagi nak dengar hahaha”
“Heh tak kuasa kita”
“Alaaaaaaa”

Tuesday, September 14, 2021

Night sky

I look at the sky and smile. Alhamdulillah.

Tuesday, August 03, 2021

Tak ada apa

"Abang tak ingat pun. Bila?"
"Abang memang. Semua tak ingat. Ingat apa je"
"Eh marah? Nanti kena jual hahaha"
"Jual ajelah kalau nak jual sangat kan"
"Dah marah pulak kenapa?"
"Tak ada apa"
"Tak ada tapi marah"
"Tak ada apalah"
"Nak kata datang bulan, dah. Nak kata buat salah, rasa tak ada"
"Tak ada apalah. Tak ada apa"
.
Perempuan memang selalu begini, kan?

Wednesday, May 12, 2021

Raya 2021

"Abang...abang..."
"Selamat Hari Raya, bluebird"
"Rindunya...."
"Rindu juga"
"Abang..."
"Abang okey. Jangan risau"
"Abang jaga diri tau"
"Hara pun jaga diri"
"Ara tunggu abang balik"
"Abang kena letak. Pagi nanti pakai cantik-cantik, jangan sedih-sedih"
"Abang..."
"Terima kasih izinkan abang datang sini"
"Rindunya nak dengar suara abang"
"Bye sweetheart"
"Bye abe. Jange lupo ko adik deh"
"Hahaha ye. Ingat sokmo"

Friday, May 07, 2021

Ngomel

Daddy: Ibu bebel apa tu?
Umar: Barang sepah daddy. Ibu marah
Daddy: Kenapa tak simpan balik?
Adam: Kita orang suka dengar Ibu bebel
Daddy: Pulak
Umar: Tak rasa kena marah daddy
Adam: Adam suka Ibu bebel. Ibu comel
Daddy: Sebab Ibu ngomel dalam bahasa Kelantan eh
Umar: Ha'ah
Daddy: Jangan buli Ibu. Ibu tak larat. Pergi tolong kemaskan balik
Adam: Okey daddy

Thursday, May 06, 2021

Jate hok istimewo

"Hara pergi mana hari ni?"
"Meeting"
"Laa dia orang tak reti buat meeting online ke?
"Alamak! minyak lupa isi. Orang dahlah nak cepat"
"Apa je ada dalam kepala tu"
"Stres kerja dengan pak arab"
"Abang dah isi dah minyak. Penuh"
"Mekasih tau"
"Kalau pak arab lebih-lebih nanti abang pergi sound dia"
"Takpe bang. Hara boleh handle"
"Pak arab ni memang jenis patriarki, misogini"
"Banyak laki macam tu bukan pak arab je"
"Abang tak"
"Abe jate hok istimewo"
"Hehehehehe"
"Hok aloh suko dio"

Wednesday, May 05, 2021

Sahur

"Bangun, sahur"
"Hi baby"
"Aip! Jangan goda hahaha"
"Hihi tak"
"Jom turun"
"Abang buat apa?"
"Tadarus"
"Tak ajak Ara pun"
"Hara nampak letih je"
"Abang masak eh?"
"Masak ala tentera"
"Thanks baby"
"Apa ni kenyit-kenyit mata. Hara jangannnn"
"Muah!"
"Saja la tu"
"Abe oyak kuat ime hihi"
"Ime memey kuat. Abe tok kuat hahaha"

Friday, April 23, 2021

PI

"Hari ni birthday buah hati abang tau"
"Yeke? Dah tak ingat tarikh. Sibuk kerja"
"Abang tak nak hantar bunga?"
"Buat apa?"
"Tanda ingatan. Macamlah abang tak tahu alamat dia"
"Tak tahu"
"Seriuslah"
"Betul"
"Abang tak ada nombor dia? Call ke WA ke minta alamat"
"Tak ada"
"Eleh. Tipu le tu"
"Ye"
"Bunga je pun"
"Tak boleh. Bini orang. Agaklah Ara ni"
"As a friend ke"
"Tak boleh"
"Tapi abang ada je pergi Shah Alam, Kajang, Putrajaya, Melaka kan"
"Hara ikut abang?"
"Tak"
"Hara suruh PI follow abang?"
"Tak pun"
"Macam mana Hara tahu?"
"Naluri seorang isteri"
"Abang tahu je Hara tak follow abang. Abang pun tahu tak ada PI yang ikut abang. Don bagitahu Hara? Ke Hara letak tracker dekat kereta abang?"
"Degup jantung abang, Hara tahu abang pergi mana"
"Yelah tu"
"Stop following her. I assure you, she's okay"
"Mana ada ikut"
"Nak tipu bini?"
"Abang tak ikut dia"
"Abang ikut jejak yang dia tinggalkan. PI abang yang follow dia. Am I right?"
"Hara selidik abang ke?"
"Yes and No"
"Kenapa? Hara tak percaya abang?"
"Abang dengan Hara tapi hati abang pada orang lain...kan. Abang cuba tapi abang masih tak dapat lupakan dia. Sometimes Hara jealous. Abang tak sedar, abang selalu menangis masa tidur. Abang menangis teresak-esak. Hara tak pernah kejutkan abang sebab Hara tak tahu cara nak tolong abang. Kalau abang masih sayangkan dia, Hara rela..."
"Tak. Abang nak Hara"
"Tapi..."
"Tak ada tapi. I'm doing good with you. Hara dah cukup bagi abang"
"Tapi batin abang terseksa"
"Kalau Hara tak ada, lagi abang terseksa"

Tuesday, March 23, 2021

2014

 


                                                    Goodbye forever....

Monday, March 22, 2021

Hello Dubai!

“Kita cuba duduk sini dulu. Kalau tak okey, kita pindah”
“Eh tak payahlah. Hara suka rumah ni. Cantik!”
“Mula-mula abang cadang nak vila tak pun ranch
View cantik. Nampak laut, luas”
“Paling penting ada pool nak berenang dengan bini hahaha”
“Aip!”
“Mandi cepat. Abang dah mengantuk ni”
“Awal mengantuk”
“Nak test katil baru. Kasi gegar hahaha”
“Sabar ajelah”
“Pasrah nampak”
“Nak cakap apa kan”
“Mandi jom!”
“Tak mo”
“Auummm!”
“Abang! Abang! Abang! Tak naklahhhhh!”
“Kena nak pasal laki ajak”
“E tak ubah perangai dari mula kawin”
“Tak nak ubah pun”
Thanks love. Penthouse ni cantik sangat”
“Boleh kasi satu kiss”
“Dekat mana?”
“Sini"

Sunday, March 21, 2021

Bawah umur

Umar: Memanglah Babang rasa nak mengorat dia daddy tapi masalahnya dia bawah umur
Daddy: Berapa umur dia?
Umar: 11
Daddy: Dia je lah bawah umur. Umar tak
Umar: Hehehe

Monday, March 01, 2021

Tak marah

♫ Lepaskanlah jika kau benci
Tidak sekali kumarah padamu
Ku tak marah ♫

-

Umar: Dia kata dia tak marah tapi dia nyanyi marah-marah. Sebenarnya dia marah ke tak daddy?
Daddy: Laaa mana daddy tahu. Dah dia kata tak marah
Umar: Tengok tu daddy dia marah
Daddy: Lagu pun jadi hal ke Umar
Umar: Dia kata tak marah, tapi nada suara marah masa nyanyi. Sebenarnya dia nak apa daddy?
Daddy: Daddy pun baru first time dengar 

Saturday, January 30, 2021

2021

Alhamdulillah.