Sunday, September 20, 2020

Friday, September 18, 2020

TikTok

Adam: Makwe Babang semua lawa-lawa daddy
Kakak: Semua hot meletop
Umar: Kakak jealous Kakak tak ada pakwe
Adam: Makwe Babang semua pandai menari TikTok
Kakak: Serius Adam??
Umar: Adam!!!
Adam: Ops!
Daddy: Hmm…hmm…hmm
Kakak: Ye Ibu, Kakak datang!
Adam: Adam nak ikut Kakak
Umar: Err…adik nak
Daddy: Layan TikTok?
Umar: Eh tak daddy. Homework matematik belum siap

Manusia lemah dengan harta dunia

Daddy: Buat apa dekat bilik Ibu?
Umar: Kita orang main game
Daddy: Game apa?
Adam: Game ikan daddy hehehe
Daddy: Kenapa tak main dekat bilik game?
Umar: Main dekat laptop Ibu lagi best daddy
Daddy: Tu laptop Ibu buat kerja. Nanti rosak susah
Adam: Ibu kata Adam boleh guna
Umar: Dia macam ni daddy. Main game dekat laptop Ibu feel dia lain
Daddy: Penat daddy setup game station lawa-lawa tak pakai
Umar: Kita orang suka guna laptop Ibu
Daddy: Okey. Kalau dah main game tangkap ikan tak payah beli PS5
Umar: Kita orang nak PS5
Adam: Game ikan kita orang nak 
Daddy: Tamak. Semua nak
Umar: Manusia lemah dengan harta dunia daddy

Friday, September 11, 2020

Thursday, September 10, 2020

Cerita lama

Kakak: Daddy, air
Daddy: Terima kasih. Tak tidur lagi?
Kakak: Tak. Kakak baca novel
Daddy: Novel apa? 
Kakak: Natrah. Pinjam Ibu punya
Daddy: Dah pinjam nanti pulangkan balik
Kakak: Okey daddy. Daddy…hmm Mama macam mana sekarang?
Daddy: Entah. Tapi daddy rasa semua okey
Kakak: Sometimes Kakak rindu Mama 
Daddy: Daddy faham. Tapi keadaan dah berubah
Kakak: Kakak ada baca bila orang tak suka kita, tak nak dekat kita, orang akan beri seribu dalih. Mereka akan berikan pelbagai hujah yang sebelum ni tak pernah wujud. Sebenarnya mereka dah tak nak. Itu sahaja
Daddy: Bila orang tak nak, kita tak boleh paksa
Kakak: Orang tu tulis kita buat apa pun kalau orang tak nak stay, dia akan tinggalkan kita. Especially apabila hati dan minda dia pada orang lain. Daddy, Mama macam tu ke? Sebabkan Mama dengan Uncle A chatting dalam WhatsApp. Lepas tu Kakak baca “Affairs don't start in bedrooms, they start with conversations”
Daddy: Kemain power budak-budak sekarang ni membaca. Kalah orang dewasa

Saturday, September 05, 2020

4:15 am

Ulang tahun kali ini sepatutnya menjadi hari yang istimewa buat kita kerana abang akan bawa Hara belayar selama 16 hari di lautan penuh gelora. Kita akan belayar dari Yokohama ke Kobe. Seterusnya ke Xiamen dan berlabuh sebentar di Cebu. Destinasi ulang tahun perkahwinan kita ialah Bali. Perancangan Tuhan nampaknya tidak memihak kepada kita. Tahun ini kita menyambutnya di rumah secara sederhana, serba ringkas. 

Terima kasih kerana menjadi suri yang memahami, rakan yang baik serta kekasih yang setia. Cinta tak selalunya indah. Keindahan sebenar terletak pada diri orang yang kita cintai. Dia menjadikan hari kita berbeza setiap waktu. Cinta memerlukan kejujuran. Kejujuran dalam erti kata kita sanggup menjadi diri sendiri, mempamerkan segala kekurangan di hadapan orang yang kita cintai. Itulah sebesar-besar pengorbanan.

Selamat Hari Ulang Tahun, sayang.