Friday, April 24, 2020
Monday, April 20, 2020
Sunday, April 19, 2020
Catatan santai
Ketika saya keluar dari bilik, Hara sedang meeting dengan anak-anak. Tak pasti butiran yang mereka bualkan. Saya hanya dengar;
Saya hanya senyum, ambil air dan masuk semula ke bilik.
Friday, April 17, 2020
Wednesday, April 15, 2020
Saturday, April 11, 2020
Saturday, April 04, 2020
Harapan
Sepanjang tempoh COVID-19, bumi semakin pulih dari pencemaran manakala manusia gundah-gulana menghadapi masa mendatang. Di Jepun, keadaan masih terkawal. Tiada lockdown dan kegiatan harian masih berjalan seperti biasa. Perniagaan dan pejabat di buka seperti tiada apa-apa berlaku.
Wabak ini tidak merebak teruk di Jepun mungkin kerana masyarakat Jepun cenderung mengasingkan diri di dalam rumah. Mereka kurang bergaul dengan masyarakat. Jadi virus merebak dengan agak lambat. Sejak awal lagi sekolah telah di tutup dan pembelajaran di lakukan melalui sistem atas talian. Pengurusan bencana di Jepun sangat baik.
_
Sudah hampir sebulan saya tak pulang melawat keluarga mertua di Kuala Lumpur. Biasanya setiap dua minggu saya pulang ke Kuala Lumpur melawat mereka. Jarak perjalanan yang jauh bukan suatu halangan. Tentu sahaja isteri saya rindukan Bonda dan Babanya. Saya juga rindu untuk makan dan solat jemaah bersama-sama mereka.
Keluarga saya di Johor dan Singapura baiki-baik sahaja. Moga COVID-19 beransur pulih di seluruh dunia. Raya tahun ini mungkin untuk pertama kalinya kami beraya tanpa berkumpul adik-beradik. Pasti sahaja kemeriahannya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Moga-moga kita semua terselamat dari wabak ini.
_
Saya sudah bekerja dari rumah sejak dari bangku universiti lagi kerana saya tidak suka ke pejabat. Semua urusan biasanya di selesaikan di rumah sahaja. Jika ada urusan penting dan memerlukan kehadiran, barulah saya ke pejabat. Pasca COVID-19 nanti saya berazam untuk selalu ke pejabat bertemu staf untuk lebih mengenali mereka.
Saya sudah pun mempunyai pengalaman mengharungi fasa-fasa kesukaran lewat beberapa tahun lepas. Jadi, ketika COVID-19 melanda, saya lebih bersedia. Pasca COVID-19 nanti lebih parah dengan beberapa syarikat gergasi di tersungkur teruk. Ramai pekerja menganggur, syarikat gulung tikar, dan pasaran ekonomi tidak dapat berfungsi.
catatan 18 Mac 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)