Wednesday, November 28, 2018

Seluas lautan

10.30 malam


"Abang baru sampai rumah. Handphone tak boleh on. Sedih betul. Rosak selama-lamanya"
"..."
"Diam je. Hara okey?"
"Tak"
"Kes macam mana?"
"Okey"
"Habis suara tak okey. Nangis kenapa ni?"
"Rindu abang..."
"Hmm...Jumaat nak balik dah kan"
"Lambat lagi..."
"Jangan nangis dah. Lusa dah nak balik"
"I miss you so bad..."
"Dah eh. Dah malam tak elok nangis. Abang teman Hara tidur nak?"
"Okey abang. Abang dah makan?"
"Belum. Makanan Jakarta tak sedap"
"Abang makan dulu. Jangan mandi lama sangat tau"
"Ye. Jangan nangis dah. Abang mandi kejab"
"Okey abang. Sorry..."


-

5.15 pagi


"Morning. Bangun. Pukul 5 lebih dah"
"Tak nak. Abang tak tidur?"
"Abang ada depan pintu ni. Bukalah"
"Pintu mana bang?"
"Pintu ada 1 je kan. Abang dekat luar ni"
"Abang jangan main-main"
"Hah dengar tak abang ketuk ni?"
"OMG! Abang!"

-

"Abang dari Penang pukul berapa?"
"12.30. Drive tak laju sebab ngantuk. Kalau tak berhenti 2,3 tempat awal lagi sampai"
"Sorry tau abang"
"Bukan jauh pun"
"Jauhlah bang. Kuantan kot"
"Kuantan jeeee"
"Iyelahhh"
"Nangis lagi. Bengkak dah mata"
"I miss you..."
"Sikit lagi Kuantan nak banjir hahaha"
"A'ah. Banjir kilat"
"Ala sian"
"Tak rindu kita ke?"
"Rindu. Seluas lautan"
"Banyaknya! Tak main 0.001 cm dah keee?"
"Tak sampai hati nak cakap takut ada orang majuk"
"Jahat!"

Tuesday, November 27, 2018

3.01 am

Balik cepat. Abang rindu.

Sunday, November 25, 2018

Kain pelikat

“Seksi jeeeeeee”
“Biasalah pakai kain selak-selak sikit”
“Eleh selak sikit”
“Bukannya nampak apa pun. Lainlah Hara fikir lain”
“Eeeeeee abang ni. Mana ada”
“Tak tenang eh jiwa tengok abang pakai kain hahahaha”
“Heee tak. Abang perasan”
“Yelah. Abang rasa kain pelikat abang okey je”
“Memanglah okey”
“Habis? Dia yang tergoda marah kita pulak”
“Eeeee abang ni mana ada”
“Kejab abang mandi lepas tu boleh beromen hahahahaha”
“Abanggggggggggggg!!!!!!!!!!”
“Hahahahahahahahaha”

Saturday, November 24, 2018

Tulang ikan

“Lamanya abang tidur. Kenapa Hara tak gerak abang?”
“Hara suka usha abang tidur. Comel jeeee”
“Haaaa! Usha apa?”
“Adalah!”
“Ish seram abang dengar”
“Takut takkkk”
“Tak punnn”
“Bangunlah. Seksi je”
“Eh seksi ke”
“Tahu takut”
“Mana ada eh. Kita pakar tidur pakai kain”
“Yelah sangat”
“Kalau tak ada orang usik kain kita, tak jadi apa hahaha”
“Eeeee abang ni! Kita mana ada buat apa-apalah”
“Siapa cakap Hara buat apa-apa. Terasa pulak”
“Malas layan abang”
“Jari tu kenapa?”
“Tulang ikan”
“Dah letak ubat?”
“Belum”
“Meh abang letak ubat”
“Oh bahagianya kita!”
“Muah!”
“Tu bukan ubat banggg”
“Pakej!”
“Takut jatuh cinta dalam-dalam dengan abang”

_


Best eh usha abang”
“Best. Best sangat”
“Ye ye je”
“Abang best. Best lah. Semua best
“Makan sedap, main pun sedap kan”
“Abang niiiiiiiiiiii. Tu je tak best. Dah lah ganas. Mulut cakap lepas”
“Ada eh abang cakap lepas?”
“Ada. Tak selalu tapi kadang-kadang ada”
“Yelah. Kadang-kadang je. Abang kan tak best
Best. Best gila!”
“Apa yang best?”
“Abang suami yang baik, lembut, penyayang”
“Puji ada makna ni”
“Kita puji ikhlassss. Tak percaya ke?”
“Percaya”
“Tak percayalah tu. Majuk la gini”
“Lepas 10 minit abang pujuk”
“Abangggggggggg!!!!!!!!!”
“Hahahaha” 

Wednesday, November 21, 2018

Sayang seberat bumi dan langit

10.30 pagi


“Semua okey hari ni?”
Cancel. Tunda esok”
“Oh. Okey. Hara dah makan?”
“Belum. Hara on the way. Nak lunch dengan abang”
“Tak payah. Tidur rumah Baba”
“Hara nak balik. Sikit lagi masuk highway
“Tak kan esok nak drive pergi KL. Penat nanti”
“Dekat jee bang. Hara balik tau”
“Tidur sana. Esok lepas kes baliklah”
“Hmmmmm...majuk“
“Laa. Majuk pulak. Nanti penat. Hara tidur sana je, okey?”
“Okeyyyyyyyyyyyy”
“Good girl”

_

10.30 malam


“Abangggggggggg...”
“Yeee. Tadi kata nak tidur”
“Tak mengantuk. Anak-anak dah tidur?”
“Dah. Tak boleh tidur sebab abang tak ada keee”
“Abanglah. Tak bagi kita balik”
“Abang teman. Tidurlah. Pejam mata”
“Tak nakkkkk”
“Tadi cakap nak tidur”
“Abang buat apa?”
“Baca buku. Hara buat apa?”
“Hara fikir abang jeee”
“Hah parah!”
“Heeee biarlah”
“Bukan udang sebarang udang,
Udang dapat meniti rakit;
Bukan sayang sebarang sayang,
Sayang seberat bumi dan langit”*
“Alaa abang ni...”
“Tidurlah. Abang teman”
“Nyanyi satu lagu please
“Yelah, nanti kejab”
“Sayang abang!”
“Dan-dan!”


*Tenas Effendy

Tuesday, November 20, 2018

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?

Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, “Hakikat sebenar akan tahap kesejahteraan dan kebahagiaan adalah bersifat peribadi. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab yang baik”. Kebahagiaan dan kegembiraan merupakan kunci kepada kesejahteraan hidup seseorang baik secara jasmani mahupun rohani. Oleh kerana itu, telah banyak negara maju mengubah hala tuju dasar negara mereka ke arah negara yang lebih sejahtera. Sebuah badan pemerintah yang baik harus memastikan rakyat yang berada di bawah tanggungjawabnya hidup harmoni, sejahtera dan bahagia. 

Seiringan dengan itu, badan pemerintah harus melihat kesejahteraan rakyat sebagai salah satu kriteria penting untuk mengubal dasar negara. Mantan Perdana Menteri dan bekas ketua pembangkang, David Cameron meletakkan kebahagiaan sebagai agenda politik utama. Menurut beliau “It’s time we admitted that there is more to life than money, and it’s time we focus not just on GDP, but GWB - General Well Being” . Menurut A Map of Global Happiness 2006, Malaysia berada pada kedudukan ke 17. Pada tahun 2018, Malaysia berada pada tangga ke 34. Negara yang mempunyai rakyat yang paling bahagia, sejahtera dan gembira adalah Finland yang berada pada kedudukan pertama. 

Hari ini, pertama kali saya menunaikan solat sunat Isyraq di masjid. Usai solat saya menelaah surah Ar-Rahman. Membaca surah Ar-Rahman sangat mengetarkan dada. Subuh ini, saya merenung jauh ke dalam diri saya, kehidupan yang saya lalui serta ujian dan rintangan yang tak habis-habis perlu saya tempuhi. Surah Ar-Rahman melantunkan pertanyaan “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (Surah Ar-Rahman: 13) sebanyak 31 kali. Sedikit sebanyak, air mata saya bergenang. Benar, kadang-kadang saya tidak bersyukur. Mendapat banyak wang tetap tidak memberi kepuasan kepada saya. Saya selalu mahukan lebih. Ia adalah sifat semula jadi manusia. 

Tuhan memberikan saya banyak nikmat, kehidupan yang seribu kali lebih baik dari orang lain - tetap juga saya berasa kurang. Tuhan memberi banyak nikmat, tetap juga saya memandang satu nikmat yang di tarik Tuhan. Tuhan memberi segala-galanya, tetap juga saya berasa tidak cukup. Saya adalah hamba yang tidak bersyukur, mungkin tidak pernah bersyukur. Saya selalu merasakan segala kemewahan yang saya genggam sekarang ini adalah hasil usaha keras saya sendiri tanpa menginsafi semua ini adalah pemberian Tuhan buat saya. Every test is a blessing, every blessing is a test. Hidup saya banyak berubah setelah kehilangan orang yang paling saya cintai. Segala-galanya berubah.

Saya sangat terseksa dengan kehilangan itu. Perpisahan yang sangat memedihkan. Lukanya tidak pernah hilang. Agaknya, Tuhan telah memalingkan hatinya dari terus mencintai saya. Kun fa ya kun - dalam sekelip mata semuanya berubah. Saya barangkali terlupa bahawa Tuhanlah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Perpisahan meragut hampir keseluruhan hidup saya. Di tinggalkan sepi. Kehidupan menjadi gelap-gelita dalam sekelip mata. Dalam perpisahan itu, saya kembali mencari diri. Saya menemui banyak perkara baru, walaupun tak serupa, tetap juga bahagia dengan jalan berbeza. Tuhan mengajar saya bahawa bukan saya yang mengatur segala-galanya. Tuhanlah yang mengawal kehidupan kita.

Rahmat yang paling agung adalah Nurhara, isteri yang mendamaikan, penasihat yang baik, ketenangan yang sukar di gambarkan. Benarlah kata arwah Ummi, Tuhan tidak pernah tersalah memilih jodoh buat kita. Aturan Tuhan tidak pernah salah cuma kita sahaja yang enggan percaya akan perancangan yang telah di aturkan Tuhan buat kita. Saya selalu berazam menjadi suami yang baik buat Hara seperti yang di pesan dalam hadis riwayat at-Tirmidzi (11/315, no 1172) “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya”. Harapnya Tuhan menuntun saya menjadi seorang suami yang baik untuk Nurhara.

Monday, November 12, 2018

Pasca PRU 14

Sejak Pakatan Harapan memegang tampuk kuasa usai Pilihan Raya Umum ke 14, iklim ekonomi terutamanya pasaran saham bertambah buruk. Banyak kaunter dibuka rendah dan mengalami penurunan yang bukan sedikit. PRU 14 menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya saya tidak menyokong pakatan pembangkang (kini kerajaan) atas beberapa faktor. Nampaknya saya membuat pilihan yang betul. Saya sebenarnya sangat kecewa dengan kerajaan PH pada hari ini. Setiap hari, retorik semakin kuat di palu. Beberapa kementerian yang dipimpin belum menunjukan kredibiliti yang baik untuk mengubah dan membaikpulih sistem sedia ada. Menteri kita lebih suka bercakap berdegar-degar dari membuat kerja.

Keadaan ekonomi nampaknya masih di tahap sama. Kuasa beli pengguna semakin rendah, kadar pengangguran tidak menunjukan angka penurunan. Bercakap soal penurunan, harga dari unit amanah (unit trust) mencatatkan penurunan yang amat ketara sekali antara 6% hingga 25%. Harga saham Telekom Malaysia jatuh merundum menyebabkan beberapa badan seperti Khazanah rugi RM 3.9 billion, KWSP rugi RM 2.5 billion dan ASB rugi kira-kira 1.8 billion. Harga saham paling terjejas majoritinya adalah GLC. Indeks Bursa Saham jatuh sebanyak 200 mata. Harga saham dalam bidang komunikasi merosot dengan teruk sekali. Bukan telekomunikasi sahaja malah hampir ke semua bidang menunjukan penurunan antara 2% hingga 63%.

Bermula pada 14 November lepas, harga minyak dunia terjunam sebanyak 6.6% kepada USD 65.47 se tong. Rentetan kejatuhan demi kejatuhan harga saham dan minyak dunia, adalah sukar untuk kerajaan PH memulihkan ekonomi negara dalam masa terdekat. Desakan pelbagai pihak untuk memenuhi janji manifesto pilihan raya membuatkan usaha untuk mengatur strategi ekonomi negara bertambah sulit. Nampaknya kerajaan baru perlu mencari formula berkesan untuk membendung kejatuhan harga saham yang belum nampak tanda akan pulih dalam masa terdekat. Rakyat terbanyak tidak lagi terbeban dengan cukai GST tapi mereka masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi terutama golongan B40 yang tinggal di bandar.