When talking about marriage, Allah says your spouses are garments for you. A garment may or may not fit perfectly-but either way, it covers imperfections, protects, and beautifies. - Yasmin Mogahed
Umar,
Hidup kita akan selalu melibatkan perasaan. Tuhan kurniakan perasaan kerana kita adalah manusia. Kita bukan robot. Kita bukan malaikat. Perasaan adalah anugerah paling besar dalam diri manusia. Dalam hidup ini, kita akan melalui pelbagai perkara. Jatuh bangun hidup kita melibatkan perasaan. Kita tak boleh singkirkan perasaan dari diri kita. Perasaan melibatkan hati. Hati kita, walau kita jaga sebaik manapun tetap akan terluka di sini sana. Ini adalah lumrah kehidupan.
Daddy tahu Umar tak suka mama. Umar selalu cakap daddy back up mama. Umar perlu tahu, orang yang Umar cakap adalah satu-satunya perempuan yang buat hidup daddy sangat bahagia bertahun lamanya. Daddy tahu mama salah tapi bukan salah mama seorang. Salah daddy kerana tak punya keberanian. Mama bukan saja-saja tinggal daddy. Mama perlu buat keputusan dan daddy sangat kagum dengan keputusan yang mama ambil. Daddy sangat kagum, Umar.
Dialah satu-satunya wanita yang bertahta di hati daddy. Satu-satunya perempuan yang menghuni hati daddy. Betul, memang mama bersalah tapi kita tak boleh benci orang sebab satu kesalahan. Umar, jangan disebabkan satu kesalahan, kita lupa segala kebaikan yang pernah dia lakukan untuk kita. Sifat manusia budiman haruslah mengenang budi. Daddy tak pernah lupa segala kebaikan yang mama pernah lakukan untuk daddy. Dia, seorang wanita yang sangat istimewa di hati daddy.
Umar, dalam hidup ini kita mencari kebahagiaan. Semua orang ingin bahagia. Tak ada salahnya mama ingin hidup bahagia dengan orang lain. Kebahagiaan adalah melihat orang yang kita sayang hidup gembira dengan kehidupan mereka. Daddy tak membenci mama. Jauh sekali mendoakan hubungan mama hancur. Kebencian tak akan dapat menghapus kasih sayang. Kasih sayang kita pada seseorang tak akan pernah surut malah semakin bertambah. Itu adalah sifat azali kasih sayang.
Kita tentu sedih bila orang yang kita sayang tak ada lagi dalam kehidupan kita. Bertemu, berpisah adalah sifat kehidupan. Jangan ada sifat dendam dalam diri kita. Bila kita kehilangan seseorang, kita cuba didik diri kita agar mengingat segala kebaikan yang dia pernah lakukan untuk kita. Jiwa kita akan lebih tenteram, fikiran kita tak rungsing, hati kita senang. Kebencian akan selalu buat hati kita rusuh, fikiran kita berserabut, jiwa kita gelisah. Ingat selalu Umar, jangan ada kebencian di hati kita.
Kita lelaki. Kelemahan kita adalah perempuan. Tapi kalau kita beruntung, kita akan bertemu seorang perempuan yang akan selalu buat hati kita tenang, hidup kita nyaman, jiwa kita tenteram. Kita pasti walau sekali bertemu dengan seorang perempuan yang tak mampu kita tolak kehadirannya dalam hati kita. Perempuan cerdik akan selalu menjadi tunjuk arah pada kita, betulkan salah silap kita, damaikan hati kita. Perempuan begini sukar di cari. Amat beruntunglah kalau kita memilikinya.
Daddy harap Umar dapat melihat mama dari kaca mata daddy tapi tentulah daddy tak mampu lakukan. Daddy harap Umar tak lagi bangkitkan hal ini. Sejujurnya, daddy kecil hati dan sedih. Daddy nak Umar tahu, dan beritahu pada cucu-cucu daddy nanti, yang daddy pernah dan tak akan berhenti mencintai seorang wanita yang selalu buat daddy kagum dengannya. Daddy sangat sayangkan mama Umar. Tak akan ada perempuan lain yang dapat menandingi kehebatan dia di mata daddy.
Tadi, ketika abang sedang siapkan assignment, abang terdengar seolah-olah awak memanggil abang. Dulu, awak selalu terjaga dari tidur. Bila terjaga, awak akan panggil abang. Abang akan temankan awak tidur sepanjang malam. Kadang-kadang bila awak mengantuk, abang akan nyanyikan lagu supaya awak cepat lelapkan mata. Sampai hari ini abang tak mahu dengar lagu yang selalu abang nyanyikan untuk awak. Kenangan sangat tajam menikam kalbu. Abang tak mahu dengar sebab abang tak mahu kalah dengan rindu, kalah dengan perasaan. Rindu yang pedih…
Melihat awak tidur merupakan satu nikmat yang paling abang rindui. Menemani awak tidur sepanjang malam tak pernah membuat abang bosan. Abang suka dengar awak berdengkur walaupun seringkali awak menafikannya. Melihat orang yang kita sayang tidur sesuatu yang menenangkan. Dulu, kalau abang tak ada, awak tak dapat tidur lena. Awak selalu risaukan abang. Awak selalu teman abang bila abang tak dapat tidur. Tambah-tambah bila sakit tanpa belas. Kita selalu menangis di waktu malam, Kita takut berpisah, awak takut sakit yang abang alami akan memisahkan kita.
Sekali-sekala di waktu pagi abang tak mahu awak bangun dari pelukan abang. Abang selalu cuba buat hati awak cair supaya awak tak mahu ke tempat kerja dan selalunya abang berjaya menggoda awak. Awak tetap bangun dan bersiap ke hospital walaupun berat hati. Awak selalu cakap yang awak suka duduk dengan abang tanpa buat apa-apa. Awak selalu cakap, bila habis kerja, awak tak sabar pulang ke rumah sebab di rumah ada abang. I once was your home and your adventure. Cinta yang kita ada sangat manis. Awak pernah kata, I'm addicted to your love.
Sejak awak tak ada dalam hidup abang, abang sangat sunyi. Kita selalu berbual panjang. Bila awak pergi, abang tak ada teman berbual. Abang suka dengar setiap cerita awak di wad, bila awak pergi, tak ada lagi orang hendak berkongsi cerita dengan abang. Abang selalu excited nak tahu setiap hari-hari yang awak lalui. Abang suka dengar setiap perkara yang awak ceritakan pada abang. Sejak awak pergi, hidup abang sangat kosong. Tak ada perkara yang buat abang teruja. Dulu abang selalu tunggu awak balik kerja. Kadang-kadang abang telefon, sengaja menggoda awak supaya balik awal.
Pernah tak, sehari dalam hidup awak, awak rindukan abang? Pernah tak, bila awak dengar lagu kita, awak teringatkan abang? Pernah tak, dalam sehari awak tak boleh singkirkan abang dari ingatan awak? Pernah tak, awak tak ada selera makan bila terkenang abang? Abang percaya pernah. Awak tak mampu singkirkan abang dari hati awak. Kenapa awak tinggalkan abang? Kenapa awak tak pilih abang? Hari-hari merindu awak bukan suatu perkara yang baik. Kadang-kadang abang di bawa emosi dan abang selalu kalah dengan air mata.
Sewaktu di AS tempoh hari, abang hampir menghantar SMS pada awak. Abang berniat untuk kirim sepatah dua kata kerana terlalu rindu tapi abang kuatkan diri. Abang berjanji pada diri tak mahu ganggu hidup awak. Awak sendiri pernah cakap pada abang, awak mahu lupakan semua memori tentang kita. Walaupun berkecil hati, abang tak marah. Abang mungkin terasa tapi tak pernah membenci. Awak tak mahu abang dalam hidup awak. Abang perlu tabahkan hati supaya abang boleh bawa diri jauh dari awak. Sejauh manapun abang pergi, abang tetap mahu kembali pada awak.