Wednesday, April 27, 2016

Kalah dengan rindu

After all this time, I still miss you every day.

Saturday, April 23, 2016

Maxis

Umar: Habis Maxis daddy. Mekela kehilangan 1 juta pelanggan
Daddy: Daddy tak pakai Maxis dari dulu lagi.
Umar: Mama guna Maxis.
Daddy: Mama memang setia dengan Maxis. Mengharungi susah senang bersama hehe
Umar: Daddy suka mengata mama. Adik report mama.
Daddy: Hahaha

Monday, April 18, 2016

A daughter is a gift of love

Malam tadi Kakak menangis cari daddy. Belum sempat daddy bangun dari katil, Kakak peluk daddy. Kakak mengadu Kakak mimpi ngeri - Kakak mimpi kena kejar dengan bayang-bayang. Daddy bangun, bancunkah Kakak hot strawberry. Daddy tengok Kakak minum dengan tenang.

Sepanjang malam daddy teman Kakak. Kakak tak nak tidur. Kakak takut bayang-bayang datang ganggu Kakak lagi. Daddy cerita tentang banyak perkara. Daddy tunjukkan Kakak buku-buku sastera dan seni. Kakak ralit baca dan tanya macam-macam perkara. Kakak kata, Kakak tak banyak pengetahuan sebab Kakak tak dapat membaca dengan pantas. Banyak buku Kakak belum habis baca. 

Lima belas tahun dari sekarang daddy harap Kakak akan jumpa lelaki yang boleh jaga Kakak sama macam daddy jaga Kakak malah lebih baik dari itu. Ini adalah harapan setiap ayah. Setiap ayah tak suka jika anak perempuannya di sakiti, terabai dan tak dipedulikan. Setiap ayah mahu anak perempuan di jaga seperti seorang puteri raja. Jika anak perempuannya di sakiti, diri si ayah terluka sama.

.

Masa berlalu sangat pantas. Anak-anak membesar sangat cepat. Masa yang ada seperti tidak cukup untuk di habiskan bersama anak-anak. Sepuluh tahun dari sekarang, mungkin si ayah akan bergelar datuk - mempunyai cucu dan keluarga menjadi lebih besar. Hidup dalam suasana kegembiraan dan kebahagiaan. 

Kakak tahu, kali pertama kita pergi shopping complex sama-sama untuk beli pakaian kecil Kakak merupakan pengalaman besar buat daddy. Daddy selalu fikir, daddy tak akan uruskan hal-hal dalaman perempuan. Daddy seorang yang pemalu dan perkara tersebut (beli pakaian kecil) sangat peribadi sifatnya. Telahan daddy salah. Oleh sebab mama tak ada, jadi daddy yang perlu buat semua itu. 

Entah tahun ini atau mungkin tahun depan, Kakak akan cukup umur. Daddy sangat berdebar bila fikirkan daddy akan handle hal-hal berkaitan kanak-kanak perempuan datang bulan. Tanpa berselindung, daddy mengaku yang ia sesuatu yang taboo buat daddy. Daddy seboleh mungkin cuba mengelak untuk berhadapan dengan perkara yang melibatkan soal biologi manusia. 

.

Kita masih di Spain menikmati peninggalan sejarah Islam yang menakjubkan. Bersama lukisan, peta dan celoteh Umar dan Adam, daddy berasa sangat bahagia menjadi seorang ayah. Terima kasih menjadikan daddy seorang ayah paling gembira di dunia ini. 

A daughter is a gift of love. - Unknown



Burgos, Spain
6.25 am

Someone

When someone leaves, it's because someone else is about to arrive. — Paulo Coelho



Burgos, Spain
6.45 pm

Sunday, April 17, 2016

Please call me

Let me hear your voice. Please call me. I will be waiting. Just call me, so I can sleep peacefully again.



Miño River, Ourense
10.08 pm

Saturday, April 16, 2016

Warm breath

Not to mention, I miss the feel of your warm breath against my skin.


Ourense, Spain
11.59 pm

Friday, April 15, 2016

Twice

I tried to call you twice.



Madrid, Spain
2.46 pm

Wednesday, April 13, 2016

Sound

Can I call you? I miss the sound of your voice. 



Madrid, Spain
4.02 am

Tuesday, April 12, 2016

I almost do

I just want to tell you, it takes everything in me not to call you and I hope you know that every time I don’t, I almost do.

Monday, April 11, 2016

Cinta tak dapat di padam dengan benci

Perempuan di lahirkan sebagai pelengkap lelaki. Dalam Kitab al-Siyasah karangan Ibnu Sina, beliau telah menggariskan beberapa ciri isteri yang baik. Antara ciri-ciri tersebut ialah bijak, beragama, cerdik, pengasih, subur, tidak suka bercakap banyak, bekerjasama, penasihat yang baik, jujur, boleh dipercayai, sedia berkhidmat untuk suami, cekap mengurus harta suami dan sentiasa suka menyenangkan hati suami. 

Lelaki dan perempuan sampai bila-bila pun tak akan terpisah. Kita adalah bukti kewujudan Tuhan. Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan supaya kita berasa tenang, damai dan lengkap. Kekosongan di antara kita di isikan dengan al-Mahabbah. Al-Mahabbahlah yang akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Malah, al-Mahabbah yang membentuk kita secara tidak sedar. Sedikit-sebanyak tingkah laku kita di pengaruhi oleh kecintaan kita terhadap sesuatu/seseorang. 

Cinta akan mengikat kita sampai bila-bila tak kiralah apa yang berlaku. Cinta datang dalam pelbagai bentuk. Hadir memberi seribu rasa. Cinta boleh tinggalkan kita dengan pelbagai cara - kadang-kala secara kita sedar, kadang-kadang secara kita tidak sedar. Antara cinta di ikat dengan kepercayaan. Cinta tanpa kepercayaan tidak akan hidup subur. Cinta yang penuh syak dan ragu-ragu akan mati di tengah jalan. Suburnya cinta datang bersama kepercayaan. Kepercayaan adalah sesuatu yang mahal. 

Setelah cinta subur dengan kepercayaan dan rasa yang mendalam, kesetiaanlah yang menentukan segala-galanya. Kadang-kala kita tewas hanya pada satu renungan mata. Kadang-kala kita tewas dengan satu sentuhan lantas kita mengkhianati mahabbah yang sekian lama kita bina. Kita pupuk cinta sebaik mungkin namun masih tetap rapuh di hempas pelbagai godaan dan dugaan. Cinta yang utuh tidak berganjak dari halangan dan dugaan. Ia kukuh dan kalis cabaran.

Cinta, atas definisi apa pun tetap sukar di tafsirkan. Sesungguhnya cinta adalah suatu perasaan yang paling dalam, yang paling sukar di teroka. Cinta, atas apa pun alasan amat sukar di padam dan di lupakan. Cinta boleh jadi segala-gala yang kita sayang, boleh jadi segala-galanya buat kita. Sekelumit rasa benci tak dapat memadam api cinta. Kadang-kadang kita hanya mencari alasan untuk membenci supaya rasa cinta semakin kurang. Cubalah, kita tak akan berjaya. Cinta tak dapat di padam dengan benci. 
_ _ _

Kali terakhir kita berhubung pada 25 Julai tahun lalu. Sungguhpun ia sebuah catatan pedih, penuh luka dan duri - abang masih menyimpannya. Hari ini, hampir sembilan bulan abang tak dapat apa-apa berita dari awak. Rindu itu tak dapat di sembunyikan lagi. 

“...waktu hanyalah angka, seperti juga usia. Kenangan, seperti kau juga tahu, akan selalu bermuara pada pada rindu. Katakan kau tak pernah lantang berseru pada semesta...” - R.A Budhiarti

_ _ _

Selamat Hari Lahir, sayang. Tak ada ucapan manis kecuali petikan dari seorang ahli falsafah:-

“Nikmati duniamu dan bersyukurlah atas apa yang terjadi padamu. Tuhan selalu punya rencana indah di luar inginmu. Dan Tuhan selalu punya cara terbaik untuk membahagiakanmu”. 




Toledo, Spain
12.30am

Hujan Punya Cerita Tentang Kita

Hujan pun tak akan tahu betapa deritanya menanggung rindu...



Toledo, Spain
11.02 pm

Sunday, April 10, 2016

Trepidation


  • Sakit kepala, 
  • Tekak terasa mual 
  • Muntah
  • Hilang selera makan 
  • Tidur terganggu di waktu malam (sering terjaga)


Sindrom sebegini akan datang bila sesuatu yang buruk akan berlaku. Tiba-tiba hati resah-gelisah, fikiran menjadi rungsing dan serba-serbi yang di lakukan rasa tak kena.

...

A feeling of fear or worry about what is going to happen because you think something bad or unpleasant is going to happen.

...

Deep down you already know the truth.

...

You know the truth, by the way it feels.

...

Trust your gut. Your gut feeling are usually accurate and correct. 

Saturday, April 09, 2016

Uncomfortable Feeling

I hate getting the feeling that something bad is going to happen.

Friday, April 08, 2016

Menantu Kesayangan Ibu

Ibu tahu, saya rindukan anak ibu. Satu-satunya anak Ibu yang comel tapi garang. Saya nak mengadu, dia suka buli saya. Dia suka ‘kacau’ saya - setiap hari saya fikirkan dia . Tapi rindu tak akan bawa apa-apa makna dan saya akan terus menderita akibat kerinduan yang mendalam. Orang kata kerinduan sukar di padam.

Entah kenapa saya masih rindukan dia walaupun perpisahan kami sudah hampir dua tahun. Tak ada sebab saya jatuh cinta pada dia - yang saya tahu hati saya suka dia. She’s wonderful. Dia buat saya gembira. Walaupun dia garang tapi sebenarnya dia manja. Saya tak pernah mengagumi perempuan lain selain dia. 

Hari-hari yang saya lalui teramat suram. Pakar psikiatri yang merawat saya kata, saya mengalami kemurungan dan tekanan perasaan yang amat tinggi, di tahap yang merbahaya. Sejak berpisah, saya bawa diri ke banyak tempat dengan harapan dapat lupakan dia tapi saya tak pernah berjaya. She’s not the woman that easy to let go. Saya tahu saya tak akan jumpa perempuan seperti dia lagi. Tak akan ada penganti seperti dirinya.

Saya tak cuba pujuk dia. Memandangkan dia garang, degil dan tegas, saya tak rasa saya akan berjaya. Lagipun dia beri kata putus dia tak mahukan saya lagi. Saya tahu saya bukan lelaki yang baik untuk dia. Saya tahu, dia lebih layak untuk lelaki yang lebih baik dari saya. 

Ibu tahu, bila anak Ibu beritahu dia jatuh cinta pada A, saya rasa dunia saya gelap. Saya rasa seperti batu besar menghempap diri saya. Ia sesuatu yang amat sukar untuk saya terima. Dia minta saya lepaskan dia pergi. Sampai sekarang saya masih ingat. Saya kalah perasaan bila dia kata kalau saya sayang dia, lepaskan dia pergi. Saya tak ada pilihan.

Sebelum dan selepas kenal anak Ibu, saya kenal ramai perempuan cantik dan berkerjaya tapi tak ada yang menarik hati saya. Dalam hidup, saya tak cari perempuan cantik. Perempuan cantik ada di mana-mana. Saya cari perempuan seperti anak Ibu. Cuma sayang saya gagal pertahankan cinta saya. 

Ibu jangan marah dia kalau dia kerja tanpa rehat secukupnya. Dia cuba fokus dan habiskan waktu seharian dengan kerja supaya dia dapat lupakan saya. Saya tahu bukan mudah untuk dia lupakan saya kerana saya cinta pertama dia. Mungkin dia tak ambil begitu banyak masa seperti saya untuk move on tapi saya tahu dia juga struggle untuk lupakan saya. Seperti yang saya kata, ia bukan mudah.

Ramai orang kata saya dayus sebab saya masih sayangkan dia walaupun dia pernah tinggalkan saya sebab orang lain. Saya tak begitu ambil pusing cakap-cakap orang sebab arwah Ummi selalu pesan manusia selalu buat kesilapan, manusia tak sempurna. Sungguhpun saya masih sayangkan dia, saya tak cuba untuk sambung semula hubungan kami sebab saya hormati permintaannya. 

Luka yang paling pedih ialah kehilangan orang tersayang tapi saya bersyukur Tuhan sembuhkan saya dari kanser dan beri peluang kedua menikmati hidup baru. Saya mungkin tak akan bersamanya lagi. Melihat dia bahagia dengan kebahagiaan yang tak dapat saya berikan dulu turut membuat saya gembira. Kebahagiaan dan kegembiraan dia adalah segala-galanya buat saya.

If you truly love someone, then the only thing you want for them is to be happy even if its not with you - Unknown

Semoga Ibu sihat, gembira dan dapat menikmati hidup dengan lebih bermakna. 




Imran
Menantu kesayangan Ibu.

Thursday, April 07, 2016

To your heart I love you from my heart

I need you. And despite everything, you need me, too. 



Seville, Spain
7.06 pm

Tuesday, April 05, 2016

Photo

Umar: Adik ada satu soalan.
Daddy: Apa dia?
Umar: Tenape daddy tak telalu ada talam gambar?
Daddy: Nanti orang nampak daddy je. Tak nampak Umar dah. Daddy kan kacak.
Umar: Daddy tebagai seolang daddy tak boleh buli adik tecil sepelti adik haa
Daddy: Daddy berkata jujur.
Umar: Adik tecik hati.
Daddy: Cian hehehehe
Umar: Adik melajuk!
Daddy: Hahahaha

Monday, April 04, 2016

Smile all the way

Umar: Tenape daddy termenung?
Daddy: Lagi 10 tahun Kakak dah 21. Tak lama lagi daddy dapat cucu hehehe.
Kakak: Daddy janganlah kira umur Kakak. 
Daddy: Umar waktu tu dah 18. Dah besar panjang.
Umar: (kerut dahi)
Kakak: Daddy tak boleh jadi grandfather muda.
Daddy: Kenapa pulak tak boleh? Dah ada anak dara mestilah dapat cucu cepat. Mesti cucu daddy comel-comel. Tak sabar nak jumpa cucu hehehe.
Umar: Tenape daddy nak cucu tepat-tepat?
Daddy: Nanti anak dah besar daddy tak ada kawan. Ada cucu baru best.
Kakak: At that time daddy still young.
Daddy: Kenapa? Nak daddy kahwin sekali dengan Kakak kemudian anak dengan cucu daddy sebaya? Wooha! (tepuk tangan)
Kakak: Daddy tak naklah. 
Daddy: Baguskan idea tu. Anak dengan ayah kahwin sekali. Dapat anak dengan cucu serentak.
Kakak: Adik tengoklah daddy ni. Kakak tak nak dapat adik masa Kakak kawin. Nanti kakak dengan future mama masuk labour room yang sama. Ngerilah adik.
Umar: Adik tak tahu. Adik tecik-tecik. Adik tak nak fikir.
Daddy: What’s wrong with that idea? Sound fantastic.
Kakak: Daddy tak naklah. Kakak tak nak.

Sunday, April 03, 2016

Kaki lima

Sampai di Granada 26 Mac lepas, Kakak ajak tidur di hotel paling murah di Granada. Dia ingin rasai pengalaman tidur di bilik paling murah dengan harapan dapat menjimatkan belanja. Di Granada tiada masalah. Selepas seminggu berada di Granada, bergerak ke Cardova. Memilih hotel paling murah dengan niat yang sama - Umar beberapa kali tarik muka. Dia tak suka. 

Di Cardova suasana agak berbeza. Pelancong ramai dan hotel dengan bajet murah agak sesak. Dapat bilik di sebelah pasangan yang baru berkahwin. Sudah dua malam tv di pasang dengan agak kuat hingga mengganggu tidur anak-anak. Mereka keletihan di siang hari dan tidak dapat tidur di waktu malam. Dek kerana tak tahan dengan bunyi bising tv, bangun dari meja kerja, keluar dari bilik dan ketuk pintu bilik sebelah dengan harapan dia dapat perlahankan volume tv. Percakapannya cukup kurang ajar. Oleh kerana tak dapat menahan sabar, pergaduhan terjadi dan hidungnya patah di tumbuk. 

Kemudian dia buat laporan pada pihak hotel. Tanpa siasatan, tanpa banyak soal, front desk hotel minta kosongkan bilik atau dia akan buat report polis. Tak mahu perkara menjadi lebih kecoh, ketika jam 2.30 pagi terpaksa kosongkan bilik. Susana sudah sepi ketika itu. Pengangkutan awam sudah tutup operasi. Teksi pun tak ada. Semalam, untuk pertama kali dalam hidup tidur di kaki lima deretan kedai sementara menunggu waktu pagi. 

Panas hati belum reda. Lihat anak-anak tidur di kaki lima beralaskan beg cukup menyayat. Keadaan di luar agak sejuk. Mata terlelap juga akhirnya kerana penat berjalan seharian di waktu siang. Terjaga ketika Umar kejutkan untuk solat Subuh. Solat di kaki lima kerana malas mencari tempat lain. Mujurlah ada beberapa botol air, dapat digunakan untuk mengambil wuduk. Jam 7 pagi keadaan menjadi sibuk. Selesai sarapan, ambil teksi ke hotel baru.

.

Kakak: I’m sorry daddy. 
Daddy: It’s okay Kakak. Benda dah jadi.
Umar: Adik dah takap kita tidur hotel mahal. Kakak tak nak. 
Kakak: Kakak minta maaf. I though we can save our money. 
Umar: Kita penat. Kita tene dapat bilik yang selesa belsama tilam yang selesa. 
Daddy: Daddy yang hilang sabar. Kalau tak, kita tak kena halau.
Adam: Daddy tak salah. Orang tu jahat.
Umar: Kita bukan backpacker Kakak. Backpacker jimat luit. Kita toulist. Toulist banyak luit
Kakak: Janganlah marah Kakak. Kakak salah.
Umar: Kakaklah tak nak tengar takap daddy. 
Kakak: I’m sorry
Daddy: Umar, dah la tu. Jangan marah Kakak. Bukan salah Kakak pun. Kita dah sampai hotel. Pergi mandi lepas tu tidur. Hari ni kita rehat. Petang nanti kita jalan-jalan.
Kakak: Daddy, I’m sorry making all of us in trouble (peluk)
Daddy: Not your fault. Jangan ambik hati sangat apa Umar cakap tu.

Saturday, April 02, 2016

Love always wins

Hi baby,

Though I may be thousands of miles away, you are the first thing on my mind.

May one day I be strong enough to let you go peacefully. May all your dreams come true. I will always stand by you no matter what has happened between us. Thank you for the joy you bring to my life. It's a precious treasure.

I am so in love with you even when we are apart. You know that love always wins.

I love you.



Mezquita de Cordoba, Spain
12.07 pm

Friday, April 01, 2016

Seperti mentari

You love me completely. I am your everything. You would be lost without me.

...

Seperti mentari menyintai bumi,
Memberi sinar selama-lamanya,
Tidak meminta sesuatu kembali,
Harus cintamu senantiasa.

- Sanusi Pane


Cordoba City, Spain
5.52 am