Sunday, March 27, 2016

Little things mean a lot

Rindu membuatmu bertanya, apa dia menyimpan rasa yang sama? — Robin Wijaya




Granada, Sepanyol
10.10 pm

Saturday, March 26, 2016

Pertemuan

Pertemuan kita tak pernah salah.

.

Dalam perinsip pujangga lama, tak ada konsep move on. Sekali mencintai sudah itu mati. Begitu setia. - Yogi Prayoga



Granada, Sepanyol
8.30 am

Thursday, March 24, 2016

Cuba, a country of poets.

Morning sayang.

Baru bangun? Mesti belum mandi. Awak suka mandi lepas buat kerja. Abang selalu suruh awak mandi dulu sebelum buat apa-apa kerja tapi awak cakap membazir (air) sebab bila berpeluh kena mandi sekali lagi. 

Cuaca di Cuba mendung. Semalam abang tak bawa anak-anak berjalan melawat tempat. Abang cuma bawa anak-anak ke kedai buku. Tak banyak buku dalam bahasa Inggeris. Cuba mempunyai ramai penulis outstanding. Oleh sebab itu Cuba di kenali sebagai a country of poets.

Seperti biasa, abang beli beberapa naskah buku di sini. Cuba mempunyai sastera yang hebat malangnya banyak karya hebat mereka tidak di terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris tapi itu tidak menjadi alasan abang tidak membeli buku. Abang beli buku dalam bahasa rasmi Cuba.

Sebagai peminat Alejo Carpentier, abang beli dua buah buku beliau - Explosion in a Cathedral dan The Lost Steps. Pemilik kedai buku syorkan Before Night Falls karangan Antes que anochezca. Katanya karya wajib baca untuk peminat sastera.

Kalau hujung tahun ini awak bercadang hendak travel datanglah ke Cuba. Columbus menjejakkan kaki di Cuba pada tahun 1492 dan menyifatkan Cuba sebagai “the most beautiful country that human eyes have ever seen”

Cuba tidak begitu popular sebagai tempat pelancongan mahupun kesusasteraan tapi negara ini berbaloi di lawati. Selain Fidel Castro, yang turut popular di sini ialah cerut dan tarian salsa serta seni ukiran bangunan lama sekitar kurun ke 16.

Menyentuh tentang salsa, semalam abang bawa anak-anak menonton tarian salsa. Agak lama juga abang tak menari. Semalam menari salsa (can’t help myself - perempuan yang offer cantik sangat :p). Bila balik bilik satu badan lenguh. 

Kalau ikutkan rancangan awal, abang tak ke mana-mana malam tadi sebab abang kena study. Malangnya, abang tak boleh fokus (asyik teringatkan awak), abang jadi tension. Jadi abang keluar dengan anak-anak. Kebetulan jumpa tempat salsa. Berpeluh jugalah semalam tapi seronok. Balik bilik, lepas mandi abang tidur dengan lena. 

.

I fell in love with her when we were together, then fell deeper in love with her in the years we were apart. — Nicholas Sparks


Santiago de Cuba,
11.30am

Wednesday, March 23, 2016

A call

“Dengar cerita kena langgar. Teruk ke?”
“Yep”
“Jangan makan telur”
“Parut eh?”
“Takut nanah. Selalu cuci dengan iodin”
“Abang ada mana?”
“Cuba”
“Tak nak datang lawat Hana?”
“Tak kot”
“Dulu boleh”
“Dulu lain”
“Tapi abang datang”
“Susah nak explain. Haru-biru masa tu”
“Thanks for the call. I needed so much” 
“Okey”
“Okey”
“Jangan nak mulakan”
“Hihihi sorry sorry
“Aku blah dulu. Nanti senang aku call lagi”
Thanks tau”
“Bye”
“Bye abang. I thought you have forgotten me
“Tak”

Tuesday, March 22, 2016

Rambut meggi

Umar: Budak tecik-tecik dah tenekan adik daddy.
Daddy: Adam buat apa?
Umar: Daddy tengoklah tendiri.
Daddy: Hahahahaha! Itulah pandai sangat sakat dia. Kan dah kena.
Umar: Adik gulau je. Budak tecik-tecik silius
Daddy: Tak nak makan ke? Hehehe
Umar: Daddy support adik tiket
Daddy: #ciandia hahahaha
Umar: Daddy tanganlah buli adik. Adik tedih campur tetejut.

.

Umar suka mengusik Adam. Mentang-mentanglah rambut Adam kerinting dia cakap nak potong buat maggi. Adam pun confident gunting rambut dia, letak dalam mangkok berserta sos lagi. 

Monday, March 21, 2016

Never the same love twice

Umar: Daddy, kalau kita gunting lambut budak tecik-tecik boleh?
Daddy: Kenapa nak gunting rambut Adam? Belum panjang lagi.
Umar: Adik nak makan maggi. Talau gunting lambut budak tecik-tecik temudian kita lendam talam air jadi meggi tak daddy?
Daddy: Hahahahahaha!
Adam: Eeeee! (kejar Umar)
Umar: #tanya je #curious #lambutmeggi hehehe
Daddy: Hahaha jangan buli Adam la. Kesian dia.

.

My day would be perfect if you are here, with me. Can we start all over again?

I miss you, sayang. 

.

You’re the love of my life, and I’m not going to walk away from you, even for a second.

.

I miss your voice. Can I ring you, honey? Never mind. Just asking. 

.

There are all kinds of love in this world but never the same love twice. - F. Scott Fitzgerald




Varadero
9.41am

Sunday, March 20, 2016

Missing someone

Good morning beautiful.
I'll be away but I won't be long. Take care of yourself till I get home.

.

God doesn't give you the people you want, He gives you the people you need.


Havana, Cuba
6.56am

Sunday, March 13, 2016

Rindu Itu Pasti

Di rumah mak. Selesai mengemas buku, makalah, jurnal, majalah, kertas kerja dan fail yang bertimbun untuk di bawa balik ke Ipoh. Mak ada banyak koleksi buku pelbagai bidang. Tak sangka pula mak mengumpul buku-buku dan dokumen lama. Sekarang baru tahu ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!. Buku tahun 1920-an pun ada. Bawa balik ke Ipoh sedikit demi sedikit. Ruang buku di rumah sudah diperbesar setelah selesai memasang reading net untuk anak-anak tempoh hari. 

Bilik kerja walid penuh dengan buku-buku bertemakan seni - seni ukir yang paling banyak. Walid agaknya gemar mengumpul buku berkaitan kapal. Boleh di katakan semua buku walid tentang dunia perkapalan dari pelbagai pelusuk dunia. Atas sebab itu taklah menghairankan bila terjumpa berdosen replika kapal di bilik ini - di susun rapi di dalam almari. 

Walid, alangkah indah jika kita dapat duduk berbual sambil mencicip kopi dan bercerita tentang kapal dan samudera. Walid pergi terlalu awal. Perkenalan kita juga singkat, amat singkat sekali. Masih banyak yang tak di ketahui. Masih banyak rahsia yang belum di terokai. Mungkin perlu lebih rajin datang ke sini untuk menyingkap tabir rahsia, untuk lebih memahami walid dan mak.

Bawa pulang beberapa replika kapal ke Ipoh bersama dua kotak buku walid. Berhasrat menempah almari yang lebih besar. Boleh letakkan replika kapal walid di dalamnya. Ada sesetengah replika hasil tangan walid sendiri. Ya, walid pandai membuat replika kapal dan seni ukirannya sangat halus. Malangnya, bakat itu tak tertumpah ke diri ini. Kalaulah Tuhan izinkan kita hidup sebagai sebuah keluarga lebih lama pasti lebih indah.

.

Rindu itu pasti.



Rumah Mak
4.30am

Saturday, March 12, 2016

Don’t ever forget that




Morning, cupcake.

Saja baca emel awak - tarikh hari ini tahun lepas. Abang senyum. Awak garang betul. Have a bless weekend, sayang. 

PS: I regret the words I said in this email. Deep inside, I know I want you. I need you in my life. We have a long journey ahead of us. I also realize that I won’t have you back in my life, no matter how much I want to. Living without you is like breathing without oxygen.

PPS: I love re-reading your emails. They bring up a lot of emotions. Sometimes I feel sad, sometimes I feel angry, sometimes I feel better, but most of the time I feel joy. I smile all day without any reason. I may not be the man you are looking for, but you are the woman I am looking for.

PPPS: Whether I deserve you or not, I love you. Don’t ever forget that.


Batu-Batu Resort-Pulau Mensirip-Pulau Gaul
11.37 am

Anak

Bila kita ada anak, anak adalah segala-galanya dalam hidup kita. Kita tentu tak dapat menjadi ayah yang sempurna untuk anak-anak kita. Kadang-kadang untuk berlaku adil pada anak-anak sesuatu yang mustahil di lakukan. Ada antara anak-anak yang berasa kita lebihkan kakak/abang/adik mereka. Mereka terasa di pinggirkan dan kurang di beri perhatian.

Anak-anak suatu amanah yang indah. Tak boleh di beli dengan wang ringgit. Tak boleh di cari ganti. Tak mungkin patah tumbuh hilang berganti. Ada orang bertahun kahwin tak dapat anak. Anak orang kurang rezeki tapi berderet anak. Ada orang hidup serba lengkap tapi rumah belum cukup sempurna bila tak ada anak. Sesetengah orang di datangkan ujian hidup dengan lambat/tidak di berikan zuriat. Ia sesuatu yang menyedihkan, pasti, tapi tentu di ganti dengan sesuatu yang lain. 

Menjadi seorang ayah tunggal dengan tiga orang anak sangat mencabar fizikal dan mental. Melayan ketiga-tiga anak dengan minat, bakat dan kecenderungan yang berbeza merupakan cabaran yang hebat. Ada yang tiba-tiba datang ke bilik saat kita buntu menyelesaikan masalah syarikat dengan membawa mainan untuk di selesaikan (biasanya puzzle). Ada yang minta di gorengkan ayam jam 4 pagi saat kita baru terlelap mata. Ada pula yang datang menangis kerana tak dapat lakukan sesuatu yang mereka benar-benar ingin buat - misalnya masak kek (tapi hangus).

Anak-anak selalu akan menjadi penguat semangat hidup kita. Lapkan air mata saat kita tak dapat lagi menanggung kesedihan walaupun cuba di tahan atau buatkan kita sarapan pagi. Paling tidak pun menulis di kertas memo dengan kata-kata semangat. Anak-anak selalu ada daya kreatif yang tinggi. Mereka malah mampu memahami desak perasaan orang dewasa cuma mungkin tak pandai berkata-kata. 

Wednesday, March 09, 2016

Mereput

Umar: Kulit adik dah walna pelang daddy.
Daddy: Gelap sikit je. 
Adam: Kulit gelap barulah lelaki.
Umar: Lelaki tekalang tak nak kulit telap kan daddy.
Daddy: Kulit ada warna baru smart sikit.
Umar: Daddy tuke geng dengan budak tecik-tecik. Melajuklah.
Adam: Abang. Dah tahun 2016. Janganlah merajuk.
Daddy: Komen paling win hahaha!
Umar: Adik syak daddy dengan budak tecik-tecik ada tomplot.
Daddy: Amboi dah pandai syak-syak sekarang ni.
Kakak: Kakak rasa lelaki putih nampak tak maskulin daddy.
Daddy: Beauty is in the eye of the beholder. 
Umar: Adik syak Kakak masuk pakatan budak tecik-tecik. Meleputlah adik macam ni.
Daddy: Hahahaha Umar Umar macam-macam la.

Wednesday, March 02, 2016

Ku Dengar Degup Cintamu

Abang ada masalah. Masalah yang agak berat sebenarnya. Tapi abang tak nak fikirkan sangat. Cuba jadi lebih matang dengan menganggap sebarang masalah suatu peluang baru. Sekarang abang fikirkan awak. Kalau awak ada, paling tidak pun abang dapat tumpang sandar di bahu awak setelah penat seharian berfikir. Tapi awak tak ada. Abang kehilangan tempat untuk bersandar melepas lelah. 

Abang memang tak akan ceritakan apa-apa pada awak. Abang tak pandai kongsi masalah dengan awak. Abang tak nak awak susah hati. Abang tak nak awak serabut. Awak pun penat seharian bekerja. Masalah di tempat kerja tak kurang rumitnya. Oleh sebab itu abang jarang berkongsi banyak perkara dengan awak. Tabiat lama sukar di ubah malah mungkin tak akan berubah.

Awak kekasih hati yang menyenangkan, pandai menghiburkan dan ya, abang rindukan awak setiap detik. Berjuta-juta kali abang nafikan tapi sebenarnya abang tahu penafian tak sampai ke mana. Yang terselit di sudut hati paling dalam tak pernah menipu walaupun akal kita selalu cuba menipu perasaan. Hati tetap hati. Di pujuk berapa kali pun tetap sama. 

.

Abang nak sambung buat kerja. 

.

keindahan dari segala keindahan
antara bunga-bunga
batu pualam
kerinduan padamu
lebih mendalam.


Taj Mahal
Firdaus Abdullah




Pulau Rawa - Pulau Sibu
1.18am

Tuesday, March 01, 2016

Helikopter

Umar: Daddy belilah satu helikopter.
Daddy: Daddy punya dah ada. Umar pilih mana yang Umar nak.
Umar: Adik tak nak yang tu. Adik nak helikopter betul.
Daddy: Kenapa tiba-tiba Umar nak naik helikopter ni?
Umar: Adik bosan naik kendelaan dalat, daddy. 
Daddy: Padu betul jawapan Umar. Malangnya kalau daddy beli pun nak mendarat dekat mana. Rumah kita dalam hutan. Tak ada port yang sesuai.
Umar: Daddy telalu bagi jawapan mengecewakan hati adik.
Daddy: Hahaha boy mana boleh touching.
Umar: Tak baik daddy mengata adik. Adik talam tetecewaan,
Daddy: Hehehe cian.
Umar: (tarik muka masam)