Saturday, September 19, 2015

Laughter is the root of good memories

Abang sebolehnya tak mahu menulis tentang awak (kita) atau sekurang-kurangnya tak mahu lagi mengingat awak. Rindu yang di sekat akan merosak diri. Tak menulis tentang awak (kita) membuat abang lebih tertekan. Tanpa membohongi diri sendiri, abang akui abang masih merindui awak. Belum ada hari yang abang lupa mengingat awak. Kalau abang tahu begini susah melupakan awak, tentu abang fikir lebih dari sejuta kali sebelum mengorat awak dulu. Tapi semuanya sudah terlambat. Awak tak baik mandram abang teruk sangat. Abang selalu demam. Anak-anak suka cakap daddy demam sebab rindu mama. 

Abang di Las Vages. Abang nak bawa anak-anak pusing US tapi mungkin terpaksa di tangguhkan memandangkan amaran tsunami dan gempa bumi telah di keluarkan di California, Hawaii dan Kepulauan Polynesia. Lebih dari satu juta penduduk di arahkan berpindah. Kawasan pantai menjadi kawasan larangan. Sudah dua kali penerbangan di batalkan. Abang sebenarnya risau kalau abang terperangkap di sini dengan anak-anak. Untuk hiburkan hati, abang bawa anak-anak pergi shopping. Nampaknya mata wang kita jatuh teruk tapi abang tetap berbelanja. Berbelanja lebih dari seadanya.

Di California, kedai buku dan pustakaan agak langka dan susah di temui. Anak-anak tak begitu gembira sebab mereka tak dapat beli buku. Agaknya mereka tak sukakan LA dan Vegas yang di sifatkan sebagai bandar untuk berlibur. Kota raya ini meriah di waktu malam. Terlalu banyak kelab malam dan pusat perjudian. Memang agak tak sesuai abang bawa anak-anak ke sini. Abang tetap harap anak-anak dapat sesuatu dari dua bandar ini. Tentu mereka belajar sesuatu di sini. Pengalaman di sini sangat berbeza. Umar nampaknya tak begitu selesa di US. Dia suka Paris. Dia kata orang Perancis lebih bertamadun dari orang US.

_ _ _

Lama abang tak bergosip. Abang tak ada kawan nak bergosip. Politik Malaysia semakin hari semakin membosankan. Abang tak baca sangat perkembangan politik negara. Yang abang risaukan ekonomi negara yang semakin hari semakin tenat. Nampaknya Tun M sekali lain memainkan perananannya. Apa pun, abang tetap tak suka Tun M. Tun M menyertai BERSIH 4 (kalau boleh abang simpulkan begitu) atas dasar untuk menyelamatkan kepentingannya. Abang tahu dan yakin awak tak suka dengan BERSIH 4. Abang juga yakin kalau kita masih berbaik tentu awak akan komen yang maha dahsyat tentang BERSIH 4 (sila mengaku).

Lama kita tak berborak tentang banyak perkara. Abang tak ada cerita yang menarik untuk di kongsi. Abang tak tahu nak buat apa. Abang tak nak balik rumah sebab awak tak ada jadi abang bawa anak-anak makan angin. Abang tak ambil cuti. Abang tetap kerja macam biasa. Kalau abang ada mood dan rajin - abang buat kerja. Kalau abang tak ada mood, abang termenung sambil ingat awak (minggu lepas abang mimpi KB wee). Kesihatan abang okey. Kadang-kadang sakit kepala tapi rasanya tak ada apa-apa yang serius. Berat badan turun. Mungkin sebab abang tak jaga makan. Lagipun abang demam (tak ada selera makan untuk tempoh yang agak panjang).

Awak sihat? Jerebu dekat Sabah teruk tak? Comelah awak ketot-ketot pakai topeng. Jaga kesihatan. Khidmat awak di perlukan. Jangan garang-garang sangat dengan pesakit nanti pesakit pun takut dengan doktor. Pergi diving tak? Kalau abang cakap tak payah pergi diving mesti awak pergi juga. Awak dan diving berpisah tiada. Awak pergi diving dekat mana? Sabah ada banyak pulau yang cantik. Selain sibuk merawat pesakit dan diving serta kerja-kerja yang lain, abang harap awak tetap baca buku. Perempuan yang cerdik semakin susah di cari. Tambah-tambah lagi yang comel macam awak. Jangan tinggal buku. Perempuan yang baca buku selalu nampak cool.

_ _ _

Awak mungkin sudah lupakan abang tapi abang masih rindukan awak. Sungguhpun awak pernah hancurkan hati abang, abang masih rindu awak seolah-olah tak ada apa-apa yang terjadi antara kita. Kadang-kadang abang rasa abang tak lagi ingat tentang awak dan Ainullah. Abang tak bohong. Betul, abang tak lagi fikirkan tentang itu. Abang selalu ingat awak yang comel, yang selalu ada dengan abang. Abang selalu ingat gelak ketawa kita. Lama abang tak ketawa macam dulu. Awak tahu, sebenarnya sangat susah untuk abang lupakan awak. Abang cuba dan abang gagal. Banyak kali abang cuba dan setiap kali itu abang gagal. 

Setiap kali apa yang abang tulis sampai di penghujung ayat, abang rasa sedih. Tanpa malu-malu, setiap kali sampai di penghujung ayat, mata abang akan basah sebab abang akan ‘berpisah’ dengan awak - di sini. Abang rasa sedih sebab bila abang habis menulis, abang tak dapat lagi ‘berborak’ dengan awak. Segala-galanya terhenti. Kadang-kadang abang rasa nak call awak tapi selalu abang tahankan. Sampai sekarang abang sengaja tak charge handphone. Abang rasa ia menyesakkan dada. Awak kerja baik-baik. Jaga ibu ayah baik-baik. Balik rumah selalu jenguk ibu. Tentu ibu selalu rindu awak. Nanti kalau sudah berdua tentu susah nak balik selalu jenguk ibu.

There's a path from your heart to mine - Rumi