Wednesday, August 05, 2015

Things will get better

Dengar radio. Ucapan malam ini banyaknya yang patah hati – kekasih sedang bahagia dengan orang lain dan yang sewaktu dengannya. Patah hati bukan senang di ubati. Ramai yang sukar bangun setelah mengalami kekecewaan yang parah. Luka di hati tak sama dengan luka yang nampak di mata. Orang kata “One of the hardest lessons in life is letting go. Whether it’s guilt, anger, love, loss, or betrayal. Change is never easy. We fight to hold on and we fight to let go”.

Kita tak ada pilihan. Kita perlu terus maju ke depan. Kita perlu terus melangkah. Kita perlu lepaskan diri kita dari belenggu masa silam. Tidak dapat tidak, kita perlu lepaskan memori silam. Memori silam akan buat kita terus bernostalgia sedang orang yang meninggalkan kita tak rasa apa-apa bila kita tak ada dalam hidupnya. Malah, mungkin dia teramat bersyukur kerana segalanya kekusutan, masalah, belenggu sudah berakhir.

Secara perlahan-lahan, kita perlu lepaskan perkara silam supaya perkara baru akan hadir dalam diri kita. Tak perlu tergesa-gesa. Perkara ini tentu akan mengambil masa yang panjang. Orang kata “Great things take time”. Moga hari-hari selepas ini kekal indah dan berwarna-warna. Moga hari-hari selepas ini lebih baik dari sebelumnya. Moga hari-hari selepas ini mengajar diri tentang banyak perkara baru. Orang selalu kata “Stay strong. Because things will get better. It might be stormy now but it can’t rain forever”.

Lagipun hendak takutkan apa “Indeed what is to come will be better for you than what has gone by”. (Surah Ad-Duha verse 4)