Saturday, February 28, 2015

Kawan Adam

Adam: Daddy, kawan Adam lapar. 
Daddy: Adam tak makan lagi? Daddy teman Adam eh. 
Adam: Kawan Adam lapar. Dia belum makan. 
Daddy: Adam makan roti dulu nak? 
Adam: Kawan Adam tak makan roti daddy. 
Daddy: Adam nak makan apa? 
Adam: Kawan Adam nak kuaci daddy. 
Daddy: Kuaci? Mana nak cari. Adam makan benda lain dulu boleh? 
Adam: Bukan Adam daddy. Kawan Adam. 
Daddy: Kawan Adam mana satu pulak ni? 
Adam: Ni kawan Adam. 
Daddy: Bila masa Adam bawak dia? 
Adam: Adam letak dalam poket seluar. 
Daddy: Nanti daddy potong buah untuk kawan Adam tu. Haih Adam ni. Terkejut daddy. 
Adam: Kawan Adam cakap terima kasih.
Daddy: Yela, yela. Sama-sama. Nasib baik tak kena tahan dekat airport.
Adam: Kawan Adam baik daddy. Nama dia Tunnel. 
Daddy: Hai Tunnel. Nanti makan eh. Nasib baik dia tak mati. 
Adam: Abang cakap kalau dia ada oksigen dia boleh hidup daddy. 
Daddy: Abang Umar tahu? 
Adam: (angguk) Abang minta $2 simpan rahsia. 
Daddy: Bukan main lagi adik-beradik ni kan. 
Adam: Abang cakap abang uruskan. 
Daddy: Umar ni kan…hmm…okey-okey. Bagi kawan Adam makan dulu. 

Perempuan gelek

Business deal dengan orang Arab tak susah. Cuma remeh sedikit sebab kena ikut dia pergi berlibur di kelab yang mengajikan minuman keras (dan biasanya mereka ini pemabuk). Ini kali kedua membuat business deal dengan orang besar dan berpengaruh di Abu Dhabi. Dapat lari dari mengikut pak arab ini berhibur di kelab tapi tak dapat lari dari menonton perempuan arab menari gelek separuh bogel. Menari gelek separuh bogel adalah acara hiburan biasa di Arab.

Menonton saja sudah berpeluh-peluh di buatnya. Perempuan-perempuan gelek Arab ini cantik dan mengiurkan. Tidak duduk lama. Selepas 10 minit minta diri untuk balik ke hotel kerana minuman keras mula di sajikan. Panas punggung jadinya kerana itu terus keluar. Agaknya minuman keras sudah jadi seperti air mineral. Ini bukan sesuatu yang menghairankan. Kebiasaannya bila membuat urusan dengan putera mahkota arab, perkara ini biasa berlaku. Mereka sangat sukakan hiburan dan minuman keras.

Hari ini dapatlah cuci mata melihat perempuan arab mengelek. Perubatan mata percuma. Sempat bermain mata dengan beberapa penari gelek. Kemudiannya mereka marah kerana main mata tanpa selitkan tip di celah pangkal payudara mereka. Yang memberi tip dapatlah membuat apa sahaja. Acara ini biasanya berakhir dengan membawa perempuan-perempuan pelacur kelas atasan naik ke hotel mewah.

Thursday, February 26, 2015

My weakness

Sejak berminggu-minggu tak dapat tidur dengan lena. Sampai di Abu Dhabi walau badan penat masih tak dapat lelapkan mata. Mimpi datang bertimpa-timpa. Ia mimpi-mimpi yang mengerikan. Aku sebolehnya tak mahu ambil tahu dan ambil berat. Tapi itulah, cinta tak dapat lari dari ambil tahu dan ambil berat. 

Orang kata “Some people care too much. Its called love”. Maaflah. Aku lupa siapa diri aku pada kau. Dan percayalah, aku tak ada niat apa-apa pun; baik hendak berbaik semula atau menjadi kawan rapat atau apa sahaja. Tak ada apa pun cuma sekadar bertanya. Mungkin benar, aku terlampau ambil serius dengan mimpi-mimpi yang datang saban malam. 

My weakness is I care too much. I care for you not because you need care but because I want to. I will always care for you even if we are not together and even if we are far away from each other.

Sebelum berlepas

“Cakap tak fly sama dengan orang”
“Terlepas flight
“Lupa?”
“Skype dengan kawan”
“Who?”
“Kalau cakap pun bukan kenal”
“Perempuan?”
“Ha’ah. Nak jadi Sherlock ke?”
“Orang tak nak pergi boleh tak?”
“Bukannya lama pun. Dua bulan je”
“Tapi orang dah rindu abang”
“Pergi je la. Ottawa pun cantik”
“Kalau orang rindu abang camne?”
“Mana la aku tahu. Ko ni kan. Ish”
“Nak jaket abang boleh tak?”
“Eh pasal apa pulak
“Nanti orang rindu, orang peluk jaket abang. Rasa macam peluk abang”
“Jangan mengada-ngada”
“Nak jugak. Orang jerit nanti padan muka abang”
“Macam-macam la ko ni”
“Abang! Nak peluk!”
“Penerajang nak penerajang?”
“Orang nak kena masuk dah”
“OK”
See you. Bye-bye”
“Bye. Jaga jaket aku elok-elok”
“Jaket je ke”
“Ko sekali la jaga diri”
“Hehehe” 

_ _ _

Hana menangis. Pipi yang putih menjadi kemerah-merahan. Betul kata abah dia, Hana sangat manja.

Wednesday, February 25, 2015

For old time sake...

Baru sampai dari Abu Dhabi. Sepatutnya telah sampai lebih awal tapi dengan sengaja terlepas penerbangan. Cinta bukan sesuatu yang mudah untuk di fahami. Walau beribu kali di sakiti, di lukai hati seakan tak memahami. Tak ada apa-apa yang terjadi cuma teman orang di masa lepas tidur (di Skype). Dia tak sihat. For old time sake katanya.

Bila Makcik Siti dapat tahu, dia bising. Makcik kata hanya orang bodoh saja yang akan lakukan perkara yang tak masuk dek akal setelah diri melalui penderitaan dan kesakitan yang bukan sedikit. Tak ada apa-apa jawapan untuk di beri pada Makcik Siti. Makcik tanya banyak sangat soalan dan dengan sengaja biarkan seperti angin lalu. Makcik membebel panjang.

Kami memang tak ada apa-apa lagi. Sebolehnya soal hubungan dan cerita di masa lepas di tutup kemas-kemas dan tak mahu di buka. Kita memang tak ada apa-apa lagi tapi hati kita rasa dekat. Kita pernah berkongsi hati, cinta pandang pertama pula. Cinta yang sukar di tolak ke tepi. Kita hidup dan menjadi sebahagian dari cinta ini.

Masih tak dapat tidur dengan lena. Melalui episod mimpi-mimpi ngeri yang membuatkan diri terasa amat penat. Rasa lelah yang bukan sedikit. Bangun dengan rasa resah dan bingung yang tak putus-putus. Kadang-kadang terasa amat gelisah dan risau. Episod mimpi-mimpi ngeri ini berlalu sudah beberapa minggu dan seakan tidak mahu tamat.

Semoga awak cepat sembuh.

Sunday, February 22, 2015

Dr. Irine

“Hey. Err…are you okay?”
“I’m not okay”
“What happened, if I may ask?”
“Pagi kena marah dengan MO. Tadi kena baling case note dengan Specialist”
“Look like you have through the worst day”
“Yeah. Made a promise not to cry during my HO days, broke that promise today”
“Semua houseman rasa benda sama. Stres, pressure, kena buli dengan MO, HOD mengada-ngada”
“Doktor ke?”
“Tak la. So, Irine jangan menangis. Nanti orang nampak awak menangis orang ingat kita gaduh hehe”
“How you…”
“Tu tag nama”
“Thanks for cheering me up”
“Welcome. See you Dr. Irine”
“Your name, Sir?”
“Nama saya mahal kalau nak bagitau. Kena bagi saya coklat dulu”
“Next time we meet I hand you Black Forest”
“Kan nampak cantik bila dah gelak-gelak”
“May I have your number?”
“Saya tak ada handphone
“Datang dari planet mana? Marikh?”
“Betul, tak ada. 2 minggu lagi saya datang claim Black Forest saya tu eh”
“Sure. I’m waiting”
“Nice to meet you Dr. Irine”
Nice to meet you Mr Black Forest”
“Jangan banyak sangat senyum. Nanti saya ngorat”
“Hehehe thanks again”

Saturday, February 21, 2015

Let time decide.

Bertemu Hana seperti biasa di taman. Hana serahkan novel Mark Twain. Huda beberapa kali bertanya tentang penulis agung ini. Mark Twain terkenal dengan karyanya seperti The Innocents Abroad (1869), Roughing It ( 1872), The Gilded Age (1873), The Adventures of Tom Sawyer (1876), A Tramp Abroad (1880), The Prince and The Pauper (1881), Life of Mississippi (1883), The Adventures of Huckleberry Fin (1884) dan Joan of Arc (1896). Setakat ini, hanya dua novel sahaja yang di jumpai. Katanya dia akan teruskan pencarian.

Hana akan bertolak ke Kanada Selasa ini untuk mengikuti kursus jangka pendek (tak pula di sebut kursus apa) selama 2 bulan. Dengan muka yang agak muram, katanya dia tak mahu pergi (sebab tak mahu berjauhan). Aku beritahu Hana aku perlu ke Abu Dhabi selama seminggu kemudian ke Korea selama 4 hari atas urusan kerja. Aku katakan kalau dia tak mahu pergi ke Kanada, aku tetap tak ada di sini. Aku sibuk mengurus hal kerja dan kemungkinan besar tiada phone call (tentu tak boleh call sebab handphone tak ada) mahupun Skype. 

Status Hana pada diri aku masih belum jelas tapi yang pastinya melayan kerenah Hana sedikit-sebanyak membuatkan aku lupa kisah-kisah lepas yang menyedihkan. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi memikirkan kisah-kisah silam yang tak mahu lagi di kenang-kenang, di ingat-ingat. Aku rasa aku okey dengan Hana cuma untuk jadikan dia sebagai teman istimewa rasanya belum terfikir lagi. Aku masih perlukan masa untuk menjadikan diri dan emosi lebih stabil. Hana tak pernah bertanya tentang hal-hal lepas dan aku sendiri tak mahu bercerita.

Hari ini Hana tanya “Abang ada someone special?”. Aku rasa lebih tenang (berbanding dulu) untuk katakan “Tak. Tak ada”. Saat aku jawab soalan Hana, tak ada apa-apa yang terlintas di hati dan fikiran. Aku rasa lebih tenang dan semakin yakin untuk teruskan hidup ke fasa baru. Datanglah apa saja. Ujilah apa pun. Aku yakin, aku akan hadap apa saja yang datang menguji. Aku mahu menjadi seorang manusia yang tahan di uji. Aku mahu menjadi manusia yang matang dalam kehidupan dan memberi peluang dan ruang pada diri sendiri untuk bangun selepas rebah bagi mengecap nikmat hidup dan merasa bahagia semula.

Hana dengan perangai kebudak-budakan, manja yang bukan main dan kadang-kadang amat daring selalu membuat aku rasa terhibur (ini memang tak dapat di nafikan). Cuma kadang-kadang Hana terlalu berlebih dalam cuba mengambil hati aku. “Hana janji Hana sayang abang sampai mati”. Aku masih teringat kata-kata ini. “Jangan berjanji Hana. Kalau tak di tepati nanti hati rasa sakit”. “Hana janji Hana sayang abang sampai mati. Trust me abang. I’ll love you until the end of time”. Setiap satu patah perkataan. Setiap satu huruf aku masih ingat. “Masa tengah sayang memang macam-macam. Nanti dah tak suka campak macam sampah”. “Tapi Hana tak macam tu”. Aku tahu Hana, aku pernah rasa. Kata-kata itu tak terluah hanya simpan di dalam hati.

Let time decide.


However, what about a rejection or a disappointment? How does a heart take it? How long does one take to get over something? How long does it take to heal a broken heart?If we got backstabbed or turned down by someone whom we really trust or put high hopes on, how do our hearts take that? How long will the past haunt us till we can get back on track again? - Afiqah Aisyah

Thursday, February 19, 2015

Subuh yang hening

Adam: Panjang doa daddy. Tangan Adam penat.
Umar: Budak tecik shhhhhhhhh!
Adam: Tapi tangan Adam penat.
Daddy: Amin. Kesian Adam. Meh daddy urut tangan yang penat tu.
Kakak: Kenapa doa daddy panjang hari ni?
Daddy: Doa panjang pun tak boleh?
Umar: Daddy jadi alim pagi ni.
Daddy: Alaaa mengata daddy je Umar ni. Tak support langsung.
Adam: Daddy doa apa?
Daddy: Mama cakap dia ada masalah. Jadi kita doa untuk mama.
Umar: Mama tenapa daddy?
Daddy: Mama serabut sikit.
Kakak: Kenapa mama serabut?
Daddy: Entah. Daddy pun tak pasti.
Umar: Daddy tak tanya mama tenapa mama selabut-selabut?
Daddy: Tak. Jangan risau. Mama pandai handle
Kakak: Kakak harap mama okey.

Wednesday, February 18, 2015

Iron Lady

Sejak 3 atau 4 hari lepas, mimpi buruk datang hampir setiap malam. Mulanya ia sekadar mimpi biasa hinggalah di akhiri dengan sesuatu yang dahsyat. Sudah tidak berhubungan agak lama namun mimpi tentang dia masih ada. Mimpi yang tidak menyenangkan. 

Untuk bertanya secara berlebihan rasanya sudah tidak relevan lagi memandangkan kita sudah jadi orang asing. Namun kegelisahan yang awak rasakan ‘sampai’ juga kepada saya melalui mimpi-mimpi ngeri yang datang saban malam. 

Saya cuba untuk hulurkan tangan tapi rasa seakan tidak perlu/tidak manis atau sebetulnya huluran tangan saya tidak begitu bermakna seperti waktu dulu. Tapi saya yakin saat ini hanya saya yang awak fikirkan untuk leraikan kekusutan fikiran (dan hati awak).

Kita pernah melalui episod yang lebih parah. Ya, waktu itu ‘kita’. Berdua, kita selalu rasa kuat. Kita ada antara satu sama lain. Berdiri sendiri tak sama sewaktu kita berdua. Bila berdua, emosi kita semakin kuat. Kita susah untuk rebah kerana yang seorang lagi akan cuba memapah supaya kita tak jatuh ke tanah.

Doa saya agar segala ribut yang melanda diri dan hidup awak akan cepat pulih. Saya nak awak tahu untuk setiap perkara sukar yang awak lalui, saya ada, cuma adanya saya hanya di balik tabir. Saya selalu ada dengan awak.

Sayang, bila kita semakin dewasa, cabaran yang datang sesuai dengan usia kedewasaan kita. Abang tahu awak kuat. Awak perempuan besi. Perempuan tahan di uji. Jangan pernah merasa penat dengan hidup. Tak kisahlah apa yang terjadi, hadap apa saja yang ada.

Awak iron lady abang. Jangan tunduk pada dugaan.



Lyme Park, Manchester
17 Feb 2015

Tuesday, February 17, 2015

02:55




Ini kali pertama awak beri pantun selepas bertahun usia perkenalan kita. Setiap kali saya beri pantun, awak tak pernah balas. Kali ini awak balas.

Ia sungguh manis. 

You made my day.

Monday, February 16, 2015

Jawi

“Abang hantar apa dalam e-mel tu?”
“Kan ada tulis”
“Orang tak reti baca Jawi”
“Umur berapa ni Jawi pun tak pandai baca”
“23. Serius orang tak kenal huruf pun”
“Dekat sekolah tak belajar ke?”
“Kenapa eh orang kena pandai Jawi?”
“Hmm…tak bolehlah bercinta dengan orang tua kalau gitu
“Abang serius ke ni?”
“Kata nak bercinta dengan orang tua. Nak bercinta macam mana Jawi pun tak pandai”
“Abang tulis apa dalam e-mel tu? Bagitau la orang”
“Mana boleh cakap. Baca la sendiri”
Fine! Orang fly balik Beruas tanya Opah”
“Tak malu nak suruh Opah tolong bacakan”
“Abang kasi pantun eh?”
“Ha’ah pantun. Pandai balas pantun tak?”
“Ngeeeee heehee tak”
“Kosong harapan”
“Orang janji orang belajar Jawi”
“Good!”
Good je?”
“Nak apa lagi?”
Flying kiss ke?”
“Jangan harap”
“Gengster la orang tua sekor ni”
“Eleh. Baca Jawi pun hampeh. Banyak bunyi. Pirah”
“Tunggu la orang balik jumpa Opah cuti musim panas ni”
“Nak suruh Opah buat apa?”
“Abang, kita kira ehem…ehem eh?”
“Tak ada maknanya. Jangan nak perasan”
“Habis tadi kata nanti tak boleh bercinta dengan orang tua”
“Habis? Aku tak kata orang tua tu aku kan? Aku ni muda belia lagi kot”
“Tak payah belajar Jawi”
“Suka hati”

Saturday, February 14, 2015

Baby bump

Sweetheart kamu tu comfirm berisi ke?”
“Mana la Im tahu”
“Kamu tak halo-halo dia ?”
“Tak. Nombor dia hilang”
“Apalah kamu ni”
“Dia ada suami. Nanti jadi gosip pulak
Halo-halo cakap tahniah taknya jadi gosip”
“Ye je makcik ni. Nanti la Im contact dia”
“Nanti tu bilanya?”
“Bila-bila Im rasa nak contact dia”
“Ke laut gamaknya”
“Bila ada handphone Im contact dia”
Mintak gambar baby bump dia tau”
“Kena eh?”
“Wajib. Makcik nak tengok”
“Wah! Ayu je makcik bahasakan diri makcik hahaha”
“Pant*t”
“OK. Tak ayu dah”

Thursday, February 12, 2015

Orang lama

“Aku ni teringin nak tengok anak si Ocio tu”
“Eh? Zara dah pregnant ke?”
“Tu lah masalahnya. Belum berisi lagi”
“Baru je kawin. Makcik ni pun”
Six pack la. Tough la. Tak berisi jugak
“Sabar la mak cik ni. Orang tu baru jadi laki orang”
“Kamu ni nanti jangan nak tough-tough six pack bagai”
“Ala kenapa pulak?”
“Orang tough ni biasanya bawah dia pendek”
“Makcik ni. Ish!”
“Kontot anu kamu tu kalau main besi-besi ni tahu?”
“Makcik ni semua benda tahu. Power betul”
“Aku ni lahir tahun 40-an. Orang lama la katakan”

Wednesday, February 11, 2015

Mimpi

Mimpi dapat surat. Ringkas dan padat.

Abang jangan cuba buat baik dengan saya. Kita tak mungkin bersama lagi”

_ _ _

Isi lainnya tak ingat. Terjaga, langsung sampai pagi tak dapat lelapkan mata. Sehari dua sakit kepala datang semula.

Abang cuba tidak memikirkan tentang awak, tentang kita. Abang rasa terkilan sangat kita tak dapat tua bersama-sama. Abang tak boleh lawan ketentuan walaupun kadang-kadang kalau boleh abang rasa nak lawan ketentuan Tuhan. Mungkin sebab abang sayang awak banyak sangat...

Abang harap awak baik-baik saja.

_ _ _

Hari ini radiation therapy kali ke enam dan terakhir.

You're the most important

“Terima kasih bagi hadiah Paris Review tu”
“Abang suka?”
Box dia cantik”
“Edisi Valentine's Day
“Ooo patutlah. Thanks again
Happy Valentine’s Day abang”
“Yeah. Thanks. Lupa nak cakap esok aku tak ada”
“Abang pergi mana?”
Radiation therapy
Radiation therapy lagi?”
“Ha’ah”
“Hana nak teman boleh?”
“Kerja kan?”
“You're the most important person in the world to me”
“Tak payah ponteng kerja”
“Abang baik-baik tau. Jangan tinggal Hana”
“Hmm...”
“Betul orang tua-tua kata bercinta dengan lelaki tua best
“Pernah jatuh cinta dengan lelaki tua ke?”
“Pernah. First time
“Dengan siapa?”
“Dengan abang”
“Hmm...”
“Love at first sight”
“Bila masa pulak kita bercinta?”
“Abang ni kan. Orang baru nak feeling

Monday, February 09, 2015

Orang di masa lepas

Adam: Nenek Siti cakap Abang Bobo balik.
Daddy: Atok Mat bagitahu Nenek Siti ye?
Adam: (angguk)
Daddy: Kan daddy dah cakap Abang Bobo mesti balik.
Adam: Mama balik tak daddy?
Daddy: Hmm...mama tak balik dah.
Huda: Mama ada uncle lain ke daddy?
Daddy: Daddy tak pasti. Kalau ada lagi baik kan?
Umar: Tenape lagi baik daddy? Nanti mama tak tayang adik.
Daddy: Ada orang jaga mama. Kan lebih baik. Nanti mama ada kawan.
Adam: Daddy ada. Daddy kawan mama.
Huda: Kakak sokong.
Daddy: Tak boleh. Mama tak akan balik pada daddy.
Umar: Tapi tenape daddy?
Daddy: Sebab daddy dah jadi orang di masa lepas mama.
Huda: Kesian daddy.
Adam: Adam belanja daddy ais krim. Daddy jangan sedih.
Huda: Kakak pun nak ais krim.
Umar: Budak tecik-tecik belanja hot chocolate satu.
Adam: Adam belanja semua orang!
Daddy: Amboi! Banyaknya duit Adam!
Adam: Abang belanja hehehe.
Daddy: Set! Terima kasih tau Umar!
Umar: Budak tecik-tecik tukee tenekan adik.
Huda: Bukan selalu. Cepatlah! Kakak lapar!
Umar: Habishlah luit adik.

Sunday, February 08, 2015

Pagi Ahad

Umar: Adik buat temua teleje balu adik mandi.
Daddy: Kena mandi sebelum buat kerja.
Umar: Lugilah daddy. Tua tali mandi.
Daddy: Tak apa dua kali mandi pun.
Umar: Adik jimat celmat.
Daddy: Nak jadi macam mama jugak eh habis buat semua kerja baru mandi.
Umar: Adik jimat celmat macam mama.
Daddy: Pandai cakap macam mama jugak kan.
Umar: Daddy cembulu.
Daddy: Daddy wangi. Umar ada bau. Mandi-mandi.

_ _ _

Ingat awak.
Moga awak baik-baik saja sayang.

Saturday, February 07, 2015

Last Love

“Abang ni nak skype ke tak?”
“Kerja banyak. Tak boleh skype”
“Hana macam mana?”
“Aku buat kerja aku. Ko buat kerja ko”
“Kerja Hana dah siap”
“Ko cari la apa-apa buku, baca”
“Abang ni. Hana bukan budak kecik
“Dah umur 25 tapi perangai budak”
“Orang 23 la bang”
“25 kan? Jangan nak mudakan diri”
“23 la bang”
“Tipu ”
“Tengok webcam. IC tak tipu tau”
“Aku nak kena off. Kepala sakit”
“Abang dah makan ubat?”
“Dah”
Workaholic
“Kerja banyak”
“Abang tidur dulu . Hana teman abang”
Takpe
Let me, please abang”
“Sekarang tak boleh”
“Kenapa tak boleh?
Not now okay?
“Hana sayang abang tapi abang tak bagi Hana peluang”
“Aku tak sesuai”
“Mana abang tahu?”
“Aku tahu”
“I hope I'll be your last love”
“Hmm...”
“Kalau abang untuk Hana, abang akan jadi milik Hana”

Friday, February 06, 2015

Ajarkan Aku

Abang cuba buka e-mel Yahoo! tapi tak dapat. Abang lupa password. Lagipun memang lama abang tak buka mungkin sudah tak dapat di gunakan lagi. Abang rindu waktu kita selalu berYM. Abang rindu icon love yang selalu awak bagi dan icon comel yang lain. Sekarang tak ada orang guna YM lagi. Messenger pun tak ada orang guna.

Abang cuba buka e-mel Yahoo! sebab nak baca log chatting kita. Entah apa yang abang rindukan sangat. Awak tahu, kerinduan sangat membekas. Apa yang awak cakap semuanya betul; cinta kita tak akan layu tapi tak mungkin mekar kembali. Entah kenapa abang rasa sedih bila baca apa yang awak nyatakan. 

_ _ _

Hari ini abang berbual dengan seorang kawan di Messenger. Abang teringatkan awak. Seronokkan waktu dulu bila kita chatting. Zaman chatting pun sudah pupus. Kawan abang cakap ada 5 ciri lelaki yang dia cari. Salah satunya ialah open-minded.

Dia kata dia perlukan seorang lelaki yang open minded yang boleh terima pandangan dia bila mereka bercanggah pendapat. Dia perlu seorang lelaki yang meraikan pandangan orang lain.

Abang rasa abang tak begitu open minded terutama bila kita berdebat tentang Anwar Ibrahim. Akhirnya kita akan bergaduh dan awak ambil keputusan untuk tak lagi bercakap (berdebat) soal Anwar Ibrahim walau beberapa kali saya cuba provok tapi awak buat tak layan.

Ia kerugian yang amat besar buat abang. Awak kata abang tak biasa dengan ton suara awak bila berdebat (abang tak pernah tahu awak wakil pendebat hinggalah awak beritahu abang). Awak selalu kata "Don't take it personally". Kemudian kita bergaduh, awak merajuk dan kita tak pernah lagi bercakap soal politik.

Abang rasa abang perlu asah diri abang untuk jadi lebih open-minded dan meraikan kepelbagaian pendapat. Awak tak suka Anwar Ibrahim kerana dia di khabarkan menjual rahsia negara pada pihak asing. Abang tak suka Mahathir (tokoh kegilaan awak, yang selalu awak bangga-banggakan - penyokong seperti awak selalu memandangnya tinggi) atas banyak sebab,

Thursday, February 05, 2015

6:47pm

“Tadi ada perempuan cari kamu”
“Siapa?”
“Tak pulak makcik tanya nama dia. Skandal-skandal kamulah tu”
“Im mana ada skandal la. Makcik ni”
“Kejab makcik kira skandal kamu. Zaza, Min, I, Linda, Nina, Risa”
“Kawan ajelah. Skandal-skandal ni tak baik”
“Hana dah tahu?”
“Tahu apa?”
“Kamu dah boleh berdiri. Petang-petang kamu ajak dia teman kamu berlatih berjalan”
“Perlu ke makcik?”
“Perlu. Bakal isteri kamu tu”
“Malas layan makcik. Makcik hmm Im ni kacak dan menawan kan?”
“Puih!”
“Makcik dengki la tu”
“Lupakan kisah lama tu. Mulakan hidup baru. Kamu kena kuat lawan hati”
“Im OK. Makcik jangan risau”
“Kamu jangan nipu makcik. Makcik jaga kamu dari telur kamu besar telur puyuh”
“Ish! Makcik ni. Malulah. Dah jadi bapak budak dah ni”
“Senyum sikit”
“Kamu tak handsome dan menawan. Kamu comel!”
“Arghhh! Mana ada comel dah tua-tua ni”
“Mari makcik nak cubit-cubit pipi kamu”
“Makcik dah la cubit-cubit. Im dah besar kedabak
“Kamu tetap budak kecik. Pergi tidur. Jangan teriok dah tahu”
“Ye, ye”

Wednesday, February 04, 2015

Tipikal perempuan cantik

“Assalamualaikum”
“Abang! Gosh! Sorry Hana lupa!”
“Takpe. Siap dulu. Tunggu dekat luar je”
“Duduklah. Hana bersiap kejab tau”
“OK”
“Hana tak sempat kemas rumah. Schedule padat”
“Tak cakap apa-apa pun”
“Eleh. Mata abang tu scan habis rumah Hana kan”
“Tu la...ada hati tolong kemas meja kerja orang lain”
“Jangan sindirlah. Hari ni baru sepah tau”
“Lama ke nak bersiap? Esok je kot kita pergi tengok tempat tu”
“Kenapa pulak?”
“Takut tak sempat. Bersiap mesti lama”
“Petang ni kita dating!”
“Tu ajelah kerja ko kan”
“Abang ni lekas tua. Suka marah”

_ _ _

Ada dua keping gambar tertampal di white board Hana. Sekeping gambar semasa majlis perkahwinan Ocio. Sekeping lagi ketika di airport tempoh hari. Rumah Hana sangat bersepah. 

Rasanya Hana tak pandai mengemas dan tak mahir memasak. Rasanyalah.

Tipikal perempuan cantik.

Monday, February 02, 2015

Pagi tadi

Daddy: Daddy ada good news.
Umar: Daddy nak tawen?
Kakak: Kawin dengan siapa?
Adam: Bila daddy nak kawin?
Daddy: Bukanlah. Ish! Tengok tau daddy buat apa.
Umar: Wow! Daddy boleh berdililah!
Kakak: Speechless!
Adam: Daddy nak dukung.
Daddy: Tangan daddy belum kuat nak dukung Adam...
Adam: Tangan daddy kuat. Daddy dukung Adam.
Daddy: Daddy janji daddy usaha sampai daddy boleh dukung Adam.
Umar: Daddy tene belajar tahtih tahtih. 
Daddy: Umar tolong daddy eh?
Kakak: Kakak suka tengok daddy dah sihat.
Daddy: Tak mau la nangis. Daddy dah boleh diri pun nangis lagi.
Kakak: Kakak happy.
Umar: Tapi mama tak ada. Mama tahu tak daddy boleh berdili?
Daddy: Mama tahu. Mama orang pertama tahu. 
Umar: Mama takap apa daddy?
Daddy: Mama cakap dia happy untuk daddy.
Kakak: Mama cakap apa lagi daddy?
Daddy: Mama cakap mama rindu anak-anak dia ni. 
Kakak: Kakak pun rindu mama.
Umar: Adik pun.
Adam: Daddy, daddy Adam nak tengok cerita cinta. Dah mula.
Daddy: Jom jom daddy teman Adam.
Umar: Isk budak tecik-tecik ni tuke takap talah topik.
Daddy: Biar la dia. Umar ni macam mama. Garang macam singa je.
Umar: Adik lindu mamalah daddy.
Daddy: Hmm...daddy pun...