You are sloppy seconds. You let her control your manhood. This woman hurt you once already. She dumped you once for him. Girls can't stand being single. Run back to ex's it's the easy option.
1.
Kak Anis cakap
Im dayus. Im terima. Kak Anis cakap Im tak ada maruah sebagai lelaki, Im diam.
Im rasa kita tak patut ada isu. Im tahu Kak Anis ambil berat tentang Im tapi Im
lebih selesa uruskan hal Im sendiri.
Kenapa Kak Anis
tak boleh terima keputusan Im? Kenapa persoalankan? Im cuba bagitahu Kak Anis
tapi Kak Anis tak mahu faham. Im pun tak tahu nak jelaskan. Jangan cakap soal
cinta dengan Im. Jangan cakap soal ego dengan Im. Jangan cakap soal kepercayaan
dengan Im.
2.
Ummi tak pernah
ajar kita benci orang. Kita tak boleh benci orang. Kalau kita benci orang,
sakit hati yang kita hadapi tak akan berkurangan malah semakin bertambah.
Im cuba ambil
masa. Kalau Kak Anis nak tahu, Im belum tentu dapat dia semula.
Mungkin yang di sebelah sana masih belum putus asa. Kalau dia masih belum putus asa dan ingin terus mencuba – Im yang akan undur
diri.
3.
Perkara yang
telah terjadi kita kena terima. Kita tak boleh nafikan. Kita tak boleh
pura-pura buat tak tahu. Tentu saja Im akan rasa goyah dan tak selamat atau
kepercayaan masih belum kuat. Dan Im masih mencuba membina semula kepercayaan.
Im tak nak ada rasa buruk sangka. Ia akan mengambil masa.
Jangan tanya
apa-apa sebab Im sendiri tak faham tindakan yang Im ambil. Kalau ikut logik, Im
tak sepatutnya kembali kepada dia. Tapi hal cinta bukan mengikut logik. Ia
tentang hati, perasaan dan apa yang kita rasa. Im tak pandai nak jawab. Ia
sangat rumit untuk di huraikan dan Im pun tak minta Kak Anis faham.
4.
Kak Anis boleh
terus cakap Im dayus, tak ada maruah, tak ada ego, pengemis cinta, merayu cinta
orang. Kak Anis boleh cakap apa saja yang Kak Anis suka. Im tak akan marah
sebab Im rasa itu hak Kak Anis untuk judge
Im. Kalau apa yang Im buat sangat tidak lelaki di mata Kak Anis, Im minta maaf.
Kak Anis mungkin
betul. Kalau dia boleh kahwin dengan lelaki itu tanpa sebarang halangan tentu
dia tak kembali pada Im. Kak Anis betul – Im tak tanya sebab Im takut terluka
atau mungkin saja masih cuba nafikan kebenaran atau tak boleh terima kenyataan.
Tapi..yang sebenarnya, Im tak berminat
nak tanya. Im tak berminat nak tahu. Im tak peduli pun.
5.
Sungguhpun
dia buat salah, sungguhpun apa yang dia
buat sakitkan hati Im dan Im tak sedikit pun nafikan yang Im memang sakit hati,
Kak Anis tetap tak ada hak untuk hina dia yang bukan-bukan depan Im. Kak Anis
tak ada hak hina orang yang Im sayang. Kak Anis hina dia sama macam Kak Anis
hina Im.
Ummi ajar Im
bila perempuan yang kita sayang di hina, kita pertahankan dia walau seteruk
mana pun dia. Dia orang yang kita sayang. Ummi kata, sebagai lelaki, kita kena
pertahankan maruah dia. Dan itu yang Im buat. Itu juga yang membuatkan Im dapat
penampar Kak Anis. Sakit...pipi Im bengkak...
Kak Anis,
manusia tak sempurna dan memaafkan kesalahan orang lebih mulia dari memberi
hinaan. Hari ini orang buat salah dan kita hina dia teruk sekali. Nanti bila
giliran kita pula buat salah, tentu kita tak mahu orang hina kita sebegitu
teruk.
6.
Sekali lagi Im
minta maaf. Im kena pertahankan dia. Ummi kata, maruah seorang perempuan lebih
penting dari maruah seorang lelaki.