Wednesday, July 02, 2014

Mystery of Love

Saya tak menaruh harapan yang tinggi yang kita akan kembali seperti biasa. Sungguhpun saya seakan-akan redha tapi sejujurnya saya masih menyimpan sedikit harapan. Harapan saya tak setinggi mana sebab saya tahu letak duduknya diri saya di mana. Saya harus pandang realiti walaupun pahit. Saya harus terima hakikat.

Bila awak tanya “Abang, are you trying to win me back?”. Saya jawab ya dengan keyakinan yang tak begitu tinggi. Ada banyak perkara yang saya fikirkan. Saya harap sangat kita akan kembali seperti dulu tapi saya tahu “I can’t fulfil all your wants”. Saya tahu dia boleh berikan apa yang saya tak boleh berikan. Dia boleh penuhi impian awak.

Atas sebab ini saya tak mahu letakkan harapan yang begitu tinggi. Kalau awak tak pilih saya pun, saya tak kecil hati sebab saya faham. Orang kata everything happens for a reason. Dan saya cuma sedar satu perkara sahaja – saya sayangkan awak tanpa syarat. Bila awak tanya “Abang, how can you still want me. I’ve betrayed you”. Saya tak tahu apa yang perlu saya jawab. Jawapannya tetap sama – sebab saya sayangkan awak.

Toba Beta cakap “True love is tested when betrayed”. Dan sekarang diri dan cinta saya di uji. Saya masih ada di sini. Saya masih dan akan tetap sayangkan awak. Apa yang telah berlaku menyedarkan saya beberapa perkara dan yang paling penting bila berlaku semua ini – awak jujur dengan saya - “Our relationship was not going anywhere”.

Saya bukan lelaki yang cepat mengalah. I won’t give up on us. Saya akan bertahan sebab saya belum mampu lepaskan awak pergi. Henry Rollins cakap “It hurts to let go. Sometimes it seems the harder you try to hold on to something or someone the more it wants to get away. You feel like some kind of criminal for having felt, for having wanted. For having wanted to be wanted. It confuses you, because you think that your feelings were wrong and it makes you feel so small because it's so hard to keep it inside when you let it out and it doesn't come back. You're left so alone that you can't explain”. Saya tak akan paksa awak terima saya semula. Saya cuma mahu bertahan sebab itu satu-satunya jalan yang saya tahu. Saya mahu bertahan supaya saya sedar saya masih ada sesuatu dalam hidup walaupun saya tak akan dapat semuanya, sekurang-kurangnya saya dapat sesuatu iaitu harapan.

Harapan yang membuatkan saya terus bertahan dan melawan kanser. Harapan satu-satunya yang tak buat saya putus asa. Harapan yang selalu buatkan saya rasa “Saya masih ada harapan walaupun sedikit”. Cinta memang menyakitkan. Who doesn’t go through hurt when they love someone? It’s part of love. Mystery of love. Tapi di sebalik kesakitan ada keindahan yang bukan sedikit.

Tak kiralah berapa kali saya terluka, saya tetap sayangkan awak. Orhan Pamuk kata dalam My Name is Red “Tell me then, does love make one a fool or do only fools fall in love?”. Awak rasa saya yang mana satu?. Saya sayang awak. Tak kira apa yang akan jadi di masa depan, saya masih dan akan tetap sayang awak.


Abang
Kota Cinta,
5.15 pagi