Wednesday, July 09, 2014

08.08

Let go when you’re hurting too much. Give up when love isn’t enough. Move on when things aren’t like they‘re before.

1.

Aku tak tinggalkan kau sebab kau pernah ada lelaki lain. Hal lelaki lain yang tiba-tiba muncul dalam hidup kau tak terlalu menggangu aku. Aku tinggalkan kau sebab apa yang aku rasa tak lagi sama macam dulu. Mungkin aku tak tahan bila orang yang aku sayang layan aku macam orang asing. Dan aku lebih menderita kerana “rasa yang tak lagi sama seperti dulu” berbanding kerana kau ada lelaki lain.

Aku tak tinggalkan kau kerana Kak Anis kata aku pilihan kedua dalam hidup kau. Kalau kau berusaha sedikit untuk ambil hati aku tentu aku masih mencuba dan enggan putus asa. Tapi tak...kau tak berusaha. Mungkin sebab kau tak biasa berusaha untuk dapatkan hati aku. Jadi, ia bukan suatu yang mengejutkan bila kau tak halang aku pergi. Aku anggap kau tak mahu aku lagi dan aku yang harus angkat kaki.

2.

Keputusan yang aku buat tak langsung mengembirakan hati aku. Aku ambil keputusan untuk pergi mungkin sebab aku rasa ini keputusan yang paling betul, yang paling tepat. Aku tak buat keputusan untuk mengembirakan hati. Kalau aku masih bertahan – aku tak gembira. Setelah dapat kau semula – aku masih tak gembira. Aku tak suka di layan macam orang asing dan rasanya muka aku sudah cukup tebal.

Aku kecil hati, mungkin, sebab kau buat-buat tak nampak usaha aku untuk kembalikan kita seperti masa dulu. Salah aku – aku terlalu mencuba, bila gagal aku kecewa. Aku sayang kau tapi sayang aku pada kau tak boleh bawa kau ke mana-mana. Sayang aku pada kau tak mampu ubah apa-apa. Sayang aku pada kau cuma setakat itu saja.

3.

Apalah yang ada pada sebuah kasih sayang...


TKE