1.
Ada seorang lagi
bayi di jumpai di Pusat Komuniti. Bayi perempuan. Sudah bawa ke hospital. Pihak
hospital kata bayi ini sihat. Esok perlu serahkan kepada Badan Kebajikan
Masyarakat. Kasihan bayi ini. Belum sempat kenal dunia sudah di buang di tepi tong
sampah.
Mujur juga buang
di Pusat Komuniti dari di buang di tandas/longkang/tepi jalan. Anak-anak
yang di buang ini tak lama hidup keseorangan. Lambat atau cepat pasti ada
keluarga yang ingin mengambil mereka sebagai anak angkat.
2.
Beli kebun
buah-buahan dan sudah letakkan kabin di sana. Kabin berhampiran sungai. Bila
malam dengar bunyi arus air. Sejuk. Sekarang musim buah-buahan. Hujung minggu
akan habiskan masa di sana lagi. Bercadang ingin bina sebuah treehouse. Pasti cantik sebuah treehouse dalam kebun buah-buahan.
Suasana tenang. Sesuai habiskan masa dengan membaca, mencatat dan menulis. Kebun
buah-buahan tidak begitu luas. Hanya 1 ekar setengah. Paling banyak pokok
durian. Ada juga mempelam harum manis, ciku, manggis, dan berbagai buah lagi.
Bercadang untuk tanam pokok limau bali.
3.
Akan bawa
barang-barang perhiasan lama dan klasik bila treehouse siap nanti. Barang paling lama dalam simpanan ialah
kereta mainan. Di beli ketika berumur 3 tahun. Sekarang
di simpan oleh Adam dalam biliknya. Adam tak bawa pergi mana-mana. Dia simpan
dalam almari kecil.
Banyak juga
barang-barang klasik di rumah. Umar kata macam muzium.
4.
Wah! Jadi Ketua
Houseman sekarang. Tahniah sayang!