Kita berhujan, berpanas, bersalji ke merata tempat. Kau memang setia dengan aku. Atau lebih mudah, aku yang setia pada kau. Setiap kali kau di timpa kecelakaan, aku susah hati. Sebenarnya kau bukan siapa-siapa pun dalam hidup aku tapi entah - aku rasa kau amat penting dalam hidup aku.
Aku kenal kau awal setahun sebelum aku jatuh cinta dengan Perempuan Dalam Hati. Perempuan Dalam Hati selalu kata aku sayang kau lebih dari dia. Kadang-kadang aku rasa dia merajuk bila aku lebih tumpukan kau berbanding dia terutama bila kau di timpa masalah.
Engkau yang bukan sesiapa bisa buat aku moody berhari-hari. Ini hubungan yang aneh. Aku sayangkan kau. Tolonglah jadi okey. Pagi tadi doktor tegur. Doktor tanya kenapa mata aku basah. Aku tak jawab apa-apa. Nanti doktor cakap aku gila.
Apa-apa pun, tolonglah jangan ucap selamat tinggal. Sungguhpun kau cuma tinggal kepingan - aku masih setia dan tak mahu lepaskan kau pergi. Kalaulah nurse tak jatuhkan kau siang tadi. Mujur kau masih berfungsi.
Kau cuma laptop. Tapi aku sayang kau segila ini. Terima kasih kerana banyak berbakti pada aku. Aku akan cuba cari barang-barang badan kau supaya hidup kau sempurna seperti biasa.
Ketika aku menaip ini - mata aku masih basah. Sungguh, kau amat istimewa buat aku. Ini memang nota gila tapi biarlah.