1.
Saya tak pernah
tahu saya suka mengajar kanak-kanak sehinggalah saya mempunyai anak sendiri.
Saya sedari cinta saya pada bidang pendidikan amat tinggi. Malangnya ketika
saya sedar, saya sendiri sudah kehilangan hampir seluruh fungsi badan. Mengajar
pelajar universiti, remaja sekolah menengah dan kanak-kanak mempunyai
keseronokan yang tersendiri.
Saya tidak
mempunyai sijil/pengalaman mengajar kanak-kanak. Saya hanya mengajar anak
sendiri memandangkan anak-anak saya tidak mahu ke sekolah kerana sejak kecil
lagi saya mengajar mereka di rumah. Umar suka belajar di rumah sebab dia boleh
mengatur jadual pembelajarannya sendiri. Dia tak perlu merasa tertekan.
Saya masih
menghantar anak-anak ke beberapa kelas antaranya kelas bahasa Arab untuk Umar
dan bahasa Jerman untuk Huda. Saya juga berkira-kira untuk menghantar mereka
mempelajari bahasa Perancis. Dengan menguasai banyak bahasa, ruang pembacaan menjadi
lebih luas.
Selain itu, Umar
dan Huda turut menghadiri kelas Aikido dan Karate. Saya turut menghantar mereka
ke kelas muzik – Umar belajar bermain drum. Huda belajar bermain gitar. Dan
pastinya mereka perlu menghadiri kelas mengaji Quran dan mempelajari agama.
2.
Malaysia sebuah
negara maju. Sayang sekali sistem pendidikan kita masih bereksperimen dengan
beberapa dasar. Saya melihat perkara ini dengan perasaan galau. Sekolah Kebangsaan
tidak lagi menjadi sekolah favourite untuk
ibu bapa menghantar anak mereka belajar. Ibu bapa orang-orang Melayu mula
percaya SJKC mampu memberi masa depan yang cerah kepada anak-anak mereka.
Bagi ibu bapa yang
mempunyai kewangan yang lebih kukuh, mereka boleh menghantar anak-anak mereka ke private school atau ke international school. International school kini membuka kuota
yang lebih tinggi untuk anak tempatan berbanding sebelum ini. Kadar yurun
kira-kira RM 10,000 untuk setahun. Selalunya lebih dari RM 10,000.
Trend yang
sedang berkembang ialah homeschooling
yang menjadi alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia ada. Tafsiran homeschooling untuk kanak-kanak
bermasalah dalam pembelajaran adalah salah. Homeschooling
juga sudah di komersialkan, di jadikan satu pusat pembelajaran yang menggunakan
kurikulum Cambridge IGCSE (International General Certificate of Secondary
School)
Sebuah pusat homeschooling di Lembah Klang
memperuntukan masa dari 8.30 pagi – 1.45 tengah hari untuk sesi pembelajaran. Untuk
peringkat junior, antara subjek yang di ajar ialah English, Bahasa Malaysia, Pengajian
Sosial (Sejarah dan Geografi peringkat asas) dan Sains.
3.
Pusat Komuniti
yang saya sedang usahakan telah di bantah oleh beberapa ‘orang penting’. Mereka
tidak menyukainya kerana beranggapan pusat ini akan menjadi pusat kegiatan
maksiat pelajar sekolah menengah. Akibat bantahan, kerja-kerja penyelenggaran
terpaksa di hentikan.
Ruang pusat komuniti ini saya sewa dengan kadar RM 3500.00 untuk sebuah pusat. Jadi sewa bulanan untuk dua pusat ialah RM 7000.00. Deposit untuk 3 bulan dan termasuk bil elektrik dan air kira-kira RM 22,000.00. Kerja penyelenggaran bangunan hampir RM 80,000.00.
Ruang pusat komuniti ini saya sewa dengan kadar RM 3500.00 untuk sebuah pusat. Jadi sewa bulanan untuk dua pusat ialah RM 7000.00. Deposit untuk 3 bulan dan termasuk bil elektrik dan air kira-kira RM 22,000.00. Kerja penyelenggaran bangunan hampir RM 80,000.00.
Usaha pertama
saya gagal. Kanak-kanak yang saya tawarkan pembelajaran percuma pulang dengan
wajah sedih. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Saya harus fikirkan alternatif
supaya pusat ini dapat di tubuhkan. Alternatif yang ada ialah saya perlu cari
sebuah rumah sewa. Rumah sewa yang kemudiannya perlu dekorasikan semula untuk
mewujudkan sebuah pusat komuniti.
Ini bermakna
saya perlu keluarkan lebih banyak wang. Agaknya kerana dulu saya terlalu
kedekut maka inilah balasannya. Saya amat berkira-kira untuk memberi sedangkan
pemberian itu memberi makna yang besar buat penerima. Dan sekarang, rezeki saya,
Tuhan tarik secara perlahan-lahan. Syarikat saya mengalami masalah kewangan.
Apapun, saya tetap akan usahakan pusat ini.