Thursday, May 09, 2013

[21]


1.

Suasana pilihan raya masih terasa. Untuk dua hari pertama selepas PRU, Umar sangat sedih. Isnin malam, 6 Mei Umar tidur dengan lenangan air mata. Umar kata harapan putus. Mungkin salah daddy juga sebab banyak sangat beritahu Umar tentang PRU. Dari SPR, proses pilihan raya, pemilihan calon, Parlimen, DUN dan sebagainya.

Umar letak harapan yang tinggi dan harapan itu hancur. Daddy tak pernah lihat Umar sesedih itu. Daddy rasa bangga sebab Umar ambil tahu hal negara walaupun Umar masih kecil. Mujur semangat Umar cepat pulih. Itu pun berpeluh juga daddy kena terangkan.

Hari ini Umar pakai baju warna hitam sebagai tanda sokongan. Suasana pilihan raya amat terasa. Tak pernah PRU Malaysia semeriah itu sebelumnya. Hon di sana sini, flashmob juga. Ramai yang pulang ke kampung.

Hampir semua adik-beradik balik mengundi kecuali V yang tak sempat mengejar penerbangan. Semuanya sudah balik ke destinasi masing-masing. Terima kasih kerana peduli.


2.

Sayang, saya harap awak dapat tidur lena. Mesti susah nak pejam mata. Selama ini kalau lambat awak tetap akan balik rumah tapi untuk dua malam ini awak terpaksa tidur di hospital. Saya tahu awak stres. Tapi saya juga tahu awak kuat. Saya tahu senior awak selalu buli awak. Awak rasa tak seronok nak pergi kerja. Awak rasa macam kerja tak ikhlas.

Sayang, tolong jadi kuat. Saya tak nak orang lain rampas diri awak. Saya tahu awak amat sayangkan karier awak sekarang. Saya tahu sejak dulu lagi ini impian awak. Saya tahu mendalamnya cinta awak pada bidang ini. Saya tak nak awak mengaku kalah. Saya tak nak awak jadi lemah. Saya tak nak orang lain rampas keseronokan bekerja yang awak temui dulu.

Saya harap awak tak kena aniya lagi dengan orang itu. Saya harap awak tak akan di beri amaran dan perlu extend. Awak perlu tahu saya akan selalu berada di samping awak. Saya akan jadi tulang belakang awak. Saya akan jadi segala-galanya untuk awak.

Tolong jadi lebih kuat sayang.

xoxo


8 Mei 2013