1.
Saya patut
keluar awal macam biasa dan terus ke masjid. Mungkin sebab seharian awak sibuk
dan bila balik saya pun sudah tidur jadi saya ambil keputusan untuk tak ke
masjid Subuh tadi. Baru nak bercakap, awak kena keluar rumah.
Tak, saya tak
marah.
2.
Nurse salah beri
suntikan. Suntikan yang hampir bawa maut. Tiba-tiba selepas suntik susah nak
bernafas. Saya rasa bergelut. Saya rasa tak ada harapan. Tapi saya cuba juga
sehabis daya. Mujur saja nyawa saya masih bersisa.
Doktor bagi
morfin. Kena ambil macam biasa.
3.
Petang tadi
hujan lebat. Sejuk. Badan saya cramp. Boleh tak kalau awak peluk saya
erat-erat? Saya rasa sejuk sangat. Lapan helai t-shirt saya pakai. Tiga helai
baju sejuk. Enam lapis stokin. Enam lapis selimut. Tapi masih sejuk. Badan saya
menggigil. Saya tak boleh tidur.
Tadi telinga dan
hidung berdarah. Saya cuba makan tapi batuk teruk. Muntah berdarah. Saya
cuma makan ubat tapi kemudian muntah juga. Kepala saya masih rasa sakit. Kali
ini betul-betul saya rasa macam nak hentak kepala kuat-kuat ke dinding bagi
rasa sakit hilang.
4.
Hari ini saya
tak pergi dialisis.
Saya tak ada
mood.
Saya tak ada
kawan nak sembang.
Saya tak ada
kawan nak tengok rintik hujan.
5.
Saya rasa marah.
Entah siapa yang saya marahkan.