Sunday, February 10, 2013

Semut Hitam


Umar: Daddy, adik susah hati.
Daddy: Laaa susah hati kenapa pulak ni?
Umar: Adik terminum temut hitam tecik-tecik.
Daddy: Umar tak tengok dulu ke sebelum minum tadi?
Umar: Adik tak tepelasan. Daddy, habishlah pelut adik. (sedih)
Daddy: Kenapa dengan perut?
Umar: Nanti temut hitam tecik-tecik belanak dalam pelut adik. Habishlah pelut adik jadi salang temut.
Daddy: Hahahahaha mana ada la. Semut tu dah mati pun masa Umar minum tadi.
Umar: Mana Daddy tahu?
Daddy: Daddy kan Daddy Umar. Mestilah Daddy tahu.
Umar: Daddy, boleh tak adik nak pinjam (ste)toskop Mama?
Daddy: Nak buat apa pulak?
Umar: Adik nak dengar dengup jantung temut dalam pelut adik.
Daddy: Hahahahahahahahaha macam-macam la Umar ni. Tak ada apa-apa la.
Umar: (muka risau tak habis lagi)

Selamat malam, sayang.

1.

Terima kasih kerana mengembalikan beberapa memori silam yang manis. Mengulanginya membuatkan saya tersenyum. Terasa amat manis dan dekat di hati. Beberapa kali saya cuba menahan tangis dari kelihatan. Awak begitu bermakna dalam hidup saya.

Ketika saya fikirkan tentang sakit yang saya alami, kemungkinan hayat yang tidak panjang, perpisahan kekal dan lenyap segalanya...saya tak tahu nak fikirkan apa lagi.

Dan awak terus cakap “ Jangan tinggalkan saya”. Awak semacam faham apa yang saya fikirkan. Mencintai awak benar-benar membuatkan saya bahagia. Memiliki awak membuatkan hari-hari saya jadi begitu sempurna.


2.

Dulu, ketika banyak perkara belum terungkai, saya pernah kehilangan awak kerana sikap saya. Saya pernah merasa pedihnya. Saya tahu erti kesakitan itu. Kita sama-sama pernah merasainya dan saya tak mahu ulanginya lagi. Saya tak mahu hilang awak. Saya tak mahu hilang hidup saya bersama awak.

Saya tahu kalau saya tak ada lagi tentu hidup awak akan jadi kosong. Awak akan hilang seluruh kehidupan kerana kehidupan awak adalah saya. Saya tak mahu awak rasa semua itu untuk kali kedua.

Bekukanlah saya seperti yang selalu awak cakapkan. Nanti bila perlukan, cairkan saya. Buatlah apa pun supaya saya terus hidup dengan awak. Kalau awak boleh bekukan saya, bekukanlah saya. Sekurang-kurangnya awak boleh lihat saya dalam balang ais.

Kalau semuanya semudah itu...


3.

Saya perlu katakan, saya bertuah dapat perempuan seperti awak. Saya perlu katakan, saya bertuah dapat sepenuh perhatian dari awak dan saya perlu katakan saya berasa amat bertuah mendapat seluruh hidup awak.

Saya tahu saya jarang puji awak. Tak bermakna kalau saya tak beri pujian, saya tak berikan perhatian pada setiap yang awak lakukan.

Terima kasih kerana menyerahkan seluruh hidup awak untuk saya. Saya akan terus jadi kuat untuk awak dan seluruh hidup kita. Saya akan terus lawan biarpun hanya tinggal sisa-sisa perjuangan.

Selamat malam, sayang.

xoxo

Saturday, February 09, 2013

4.18am

Muntah.
Batuk berdarah.
Sesak nafas.
Badan cramp.
Mata pedih.
Kepala sakit.

:(

Friday, February 08, 2013

[19]


1.

Huda ke Paris selama dua minggu. Ada pameran di sana. Ocio temankan Huda. Harap-harap Huda sempat balik untuk ke Pameran Solo Yusuf Gajah. Huda sangat sukakan karya beliau. Umar demam beberapa hari akibat demam (rindukan kakak dia) sampai masuk wad. Tidur berselimutkan baju Huda. Ini kali pertama mereka berjauhan.

Umar nampaknya boleh sesuaikan diri dengan Adam. Mungkin sebab Huda tak ada jadi dia perlu belajar berkawan dengan Adam.

Adam tolong Umar tangkap kucing. Ada orang nak beli 50 ekor kucing dari Umar. Wah! Umar dapat projek besar! Dia kini sibuk mencari kucing jalanan untuk di jual. Sebelum jual, Umar akan pastikan kucing tersebut di mandikan dan bebas dari kutu. Di beri makan secukupnya (kucing gemuk boleh jual mahal – kata Umarlah).

Kucing tak suka Adam. Adam suka lambung-lambung anak kucing. Bila Umar marah Adam ( sebab lambung kucing), Adam ugut nak suruh Bob makan semua kucing Umar. Dahsyat betul! Mulalah Umar membebel sepanjang hari.


2.

Sedang ajar Adam makan guna tangan kanan. Rasanya Adam kidal. Ajar dia baca doa sebelum makan, basuh tangan sebelum makan dan cuci dan lap tangan selepas makan. Hari-hari ajar dia supaya jadi kebiasaan. Adam sudah pandai angkat pinggan ke sinki selepas makan.

Hampir setiap hari Adam hulurkan tuala (kecil) bila Daddy batuk. Tarik tuala (besar sebab berat nak pegang) suruh Daddy mandi bila Daddy bangun lambat. Adam akan paksa Daddy makan ubat bila cukup masa. Selagi tak makan selagi itulah dia tengok muka Daddy.


3.

Setiap hari ke taman permainan. Ramai betul kanak-kanak sebaya Adam. Mereka main bersama, menggunakan interaksi tersendiri. Umar cakap Adam suka bawa “Geng Tecik-Tecik”. Umar cakap dari jauh tak nampak Adam – nampak rambut Adam saja.

Adam suka main bola, guling-guling atas rumput dan kejar Umar!


4.

Adam ada tabiat baru. Setiap malam sebelum tidur Adam akan minta bacakan novel cinta. Ya, novel cinta. Sekarang sedang bacakan Di Bawah Lindungan Kaabah untuk dia. Sebelum ini, The Notebook & A Walk To Remember. Memang novel-novel ini tersimpan dalam almari dan tak pernah di baca. Sengaja beli untuk simpanan (kerana kata pengulas ceritanya seronok di baca). Malangnya saya bukan pengemar novel cinta.

Haih...Tak tahulah macam mana Adam boleh jadi mat romeo. Dia dengar lagu cinta, tonton filem cinta dan nak di bacakan novel cinta. Cerita cinta bukannya semua tak elok. Kalau di adun dengan baik, boleh saja menjadi novel terbaik seperti Lentera Mustika. Masalahnya, banyak novel Melayu yang tipikal dan tak membina jiwa/minda.

Ada tiga genre yang Adam suka – Cinta, Pengembaraan dan Sejarah. Kelmarin, bentangkan peta dunia. Adam baring sambil tengok gambar. Bukan main suka lagi.


5.

Umar tak lagi berniat untuk teruskan perniagaan dobi kerana komisyen yang di berikan sedikit. Dia juga berhajat untuk berikan tender mencuci baju kepada seorang makcik yang tinggal di kawasan Silibin.

Umar cakap makcik tersebut ibu tunggal yang kerjanya mengambil upah memcuci baju. Dia berikan komisyen lebih tinggi daripada kedai dobi tapi Umar tak ambil komisyen. Umar cakap makcik tersebut lebih perlukan duit.

Umar sedang usaha untuk mencari dana belikan sebuah mesin basuh buat makcik tersebut.


6.

Hi love, I miss you.

xoxo