Sampai rumah jam 4 petang dari KL. Kemas bilik. Semua buku medic di letakkan di dalam kotak. Tak pasti sama ada akan beri pada library atau jual pada penjual buku terpakai. Ada 5 kotak semuanya. Ada buku yang sekadar belek-belek tengok rajah. Beli kerana minat (atau lebih tepat lagi (bekas) kekasih hati menekuni bidang ini). Satu-satunya buku medic yang akan di simpan ialah karya Dr.Hatta dalam bidang psikiatri.
Buaian kayu akan di jual pada orang lain. Rasanya buai ini tak bermakna lagi ada di rumah. Elok juga di jual pada orang lain. Buaian kayu yang biasa dipakai semasa majlis persandingan. Tempah khas dari luar negara. Esok akan cat dinding. Gabungan warna merah putih rasanya tak sesuai lagi. Tukar ke warna krim lebih sesuai rasanya atau nanti boleh minta anak-anak pilih warna.
Apa pun 2014 tetap satu mimpi ngeri. Pengalaman pahit (dan manis) untuk di kenang. Tutup buku dan jadikan ia sebagai satu memori yang menjadi sebahagian dari diri. Manusia akan datang dan pergi dalam hidup kita. Walau apa pun yang telah terjadi, hidup perlu di teruskan. Diri harus menjadi kuat.
_ _ _ _
Everything about yesterday has gone with yesterday. Today, it is needed to say new things - Rumi
_ _ _ _
Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015.
_ _ _ _
Azam 2015 - ingin jadi lelaki yang lebih matang.