Perempuan sebenarnya tak di galakkan lakukan dua aktiviti ini:
1. Menari
2. Berenang (atau menyelam)
Kerana kedua-duanya menampakkan bentuk badan (walaupun tak menimbulkan keghairahan). Sungguhpun tidak menimbulkan keghairahan, masih lagi memancing mata-mata lelaki. Lelaki jarang sekali menjaga pandangan. Bukan menundukkan pandangan malah mendongak lebih tinggi.
Rasanya tidak ada lelaki dalam dunia ini yang tidak suka melihat perempuan cantik apatah lagi yang mempunyai bentuk badan yang menarik (mengiurkan). Sebenarnya, tak banyak lelaki tertarik pada rupa paras yang cantik. Kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada bentuk badan wanita.
Oleh sebab aurat perempuan meliputi hampir 90% yang perlu di tutup dari pandangan mata lelaki, eloklah di tutup dengan baik. Mata lelaki tetap akan memandang (merayap) ke setiap inci tubuh perempuan. Kerana itu, perempuan harus menutup apa yang perlu di tutup - labuhkan bahagian yang perlu, tidak ketat, tidak jarang - tidak menampakkan bentuk badan.
Ada banyak lelaki “gila” di luar sana. Maka, jagalah diri sebaiknya.
_ _ _ _
Petang tadi menonton penari-penari dari kelab kebudayaan lakukan rehearsal. Banyak remaja lelaki yang datang “mencuci mata” sambil bersorak. Dan kemudian mereka bercakap tentang “nasi lemak” dan “tiger show”.
Pedih telinga.
_ _ _ _
Daddy janji akan jaga Huda sebaik-baiknya sebab Huda satu-satunya anak perempuan daddy.