Friday, December 26, 2025

Al-Muqallib al-Qulūb

Nota Subuh:

“Al-Muqallib al-Qulūb” (المقلّب القلوب) merujuk kepada salah satu sifat Allah SWT sebagai Yang Membolak-balikkan hati. Dalam kerangka akidah Islam, hati (qalb) bukan sekadar pusat emosi, tetapi pusat kesedaran rohani, niat, dan pilihan moral manusia. Oleh itu, segala perasaan sama ada suka, duka, cinta, benci, tenang atau gelisah difahami sebagai alat ujian, bukan ukuran mutlak kebenaran atau petunjuk tetap keadaan seseorang di sisi Allah. Islam menegaskan bahawa hati manusia bersifat berubah-ubah. Perubahan ini merupakan mekanisme ujian:
  • untuk menilai keikhlasan ketika senang,
  • kesabaran ketika susah,
  • dan ketundukan ketika emosi bercanggah dengan kehendak nafsu.
Rasulullah SAW sendiri sering berdoa agar hatinya diteguhkan, menunjukkan bahawa bahkan insan paling mulia mengakui ketergantungan mutlak kepada Allah dalam urusan hati. Maka, kegelisahan, keraguan, atau rasa yang tidak stabil tidak semestinya tanda kelemahan iman, tetapi medan tarbiyah Ilahi. Apabila segala hati dan perasaan dilihat sebagai ujian Allah, manusia tidak lagi memperhambakan diri kepada emosi, sebaliknya menjadikan emosi sebagai jalan untuk mengenal Tuhan, memperhalus akhlak, dan memperdalam kebergantungan kepada-Nya.
_

Al-Muqallib al-Qulūb, betapa segala hati dan perasaan adalah sekadar ujian Allah.  Semoga Tuhan selalu memberikan yang terbaik buat dirimu, duhai kekasih hatiku. 

Tak lena

"Tidur tapi tak lena"
"Mimpi?"
"Tak. Otak tak shut down"
"Kalau magnesium glycinate gagal tidurkan abang, kita pun surrender"
"Tidur 10 lebih. Pukul 2 terjaga. Lepas tu tak boleh tidur dah"

Tiada Sijil Halal

"Ra, TWG Tea tak ada Sijil Halal. Abang baru check. Hmm. Hari tu Ara beli banyak, kan?"
"Pas balik rumah kita tergerak hati so kita check"
"Ara dah tahu la kiranya?"
"Ha'a astu kita dah sedekah"
"Hmm nasib baik. Bacha Coffee pun tak ada Sijil Halal"
"Ramai cakap kopi situ sedap"
"Sampai termimpi-mimpi kalau boleh undur masa nak ajak Ara minum situ masa Ara usha abang dulu"
"Bila masa kita usha abang?"
"Biar la abang perasan. Perasan kejab pun tak boleh"

Ais Krim Tanpa Sijil Halal

"Ra, tolong check Baskin-Robbins dalam web Jakim"
"Takde ke?"
"Haah. Tak jumpa"
"Sama. Takde"
"Adoi. Tengok ramai orang beli"
"Abang kan pernah belikan kita"
"Eh pernah ke?"
"Ha'a. Sekali ri tu"
"Allahuakbar…"
"Bang…"
"Hmm…"
"Abang tak tahu, kan? Kita pun tak check"
"Hmm…kena buat solat taubat. Masa tu Baskin-Robbins tengah heat. Tak sangka la tak ada Sijil Halal"
"Don't cry, please. Kita tahu abang jaga halal haram. Allah pun tahu"


24/12

Tak Clean

"Princess goreng ayam ke tadi?"
"Acam mana tahu?"
"Buat kerja tak clean"
"Emang sengaja"
"Tinggal jejak?"
"Ha'a"
"Nak abang mop?"
"Ha'a. Thanks tau"
"Ni rumah Baba jangan sepah-sepah minyak"
"Haaa? Tak clear, bang"
"Ye la tu dah berdepan macam ni tak clear"
"Micai lentik acam hero Perancis"
"Jangan ubah topik"
"Kita rindu astu laki tak nak layan"
"Lapar ke?"
"Burger Subest oleh tak?"
"Tak boleh"
"Alaaaa cravinggggg"
"Bihun tomyam boleh makan nak burger"
"Burger ada sayur, mayo, telur sama aje acam sandwich"
"Siapa kata sandwich sihat? Roti putih kan tak elok"
"Abang makan aje kan?"
"Tapi abang tukar roti"
"Sama aje"
"Siap, kita pergi beli"
"Jab tau"
"Kang berat naik mula la"
_

"Sedap?"
"Nak rasa?"
"Kenyang"
"Rasa la. Sedap"
"Comot dah mulut tu"
"Heee"
_

"Maceh tau"
"Raaaa habis sos melekat pipi abang"
"Kiss pun marah"
"Dah? Jom balik"
"Bang, jom pergi bukit"
"2 pagi, Ra"
"Jom laaaa"
_

"Ra"
"…………"
"Laa dah tidur"
"…………"
"Ra, jom balik"
"Abang"
"Tu abang cakap kita balik. Nak tengok pemandangan"
"…………"
"Jangan tidur. Jatuh nanti"
"Kita ngantuk……"
_

"Ra, dah sampai"
"…………"
"Memang tidur betul ni"
_

"Semalam balik terserempak dengan Ba"
"Ye aje"
"Pergi la tanya kalau tak percaya"
"Astu?"
"Ba senyum je la tengok tengah dukung anak dia ni"
"Malu la kita"
"Tidur lagi"
"Salah abang belanja kita burger"


23/12

Melayu Mudah Lupa

"Buat salah besar tapi orang minta bebaskan. Tak ke pelik? Dah tu dapat diskaun banyak tahun. 3 tahun lagi nak bebas"
"Kan atok cakap Melayu mudah lupa"
"Bukan lupa. Mudah maafkan kesalahan pemimpin. Banyak pemimpin muda yang baik, rakyat Malaysia nak juga yang tahap sikit lagi nak jadi fosil. Orang muda dia orang tak nak"
"Fosil terus dia bagi"
"Ye la. Bukan tulang je dah reput, anu pun dah kecut"

Jegil Mata

"Tu la Ara tak tahu. Menteri Belia & Sukan, Digital,  Pendidikan, Menteri Kewangan II, ada satu lagi lupa pulak. Semua anak kawan dia"
"Laa ye ke?"
"Haa terkejut?"
"Kita tahu satu tu aje"
"Jegil mata tu eh"
"Ha'a hihihi jahat tau"

Sus

"Ra, Ra, Ra"
"Senang hati kenapa tu?"
"Perempuan memang tak boleh eh tengok laki happy"
"Ha'a. Perempuan mana aje tak sus?"
"Apa sus?"
"Ancient people emangnya nggak ngerti?"
"Iya"
"Ya udah"
"Hahahahaha apa sus tu?"
"Suspicious"
"Oooo"
_

"Tadi ada orang datang. Orang kaya ke influencer tak pasti. Bawak kru ramai, rekod sana sini"
"Zaman medsos, bang. Semua harus di rakam"
"Bagi sumbangan tak payah la kan buat video suruh budak ucap terima kasih"
"Maybe untuk minta derma. Biasa acam tu"
"Tak suka tengok"
_

"Abang tak suka bila orang buka pusat jagaan minta derma orang ramai. Dah pandai buka mesti kena ada dana"
"Pusat tahfiz pun sama. Meminta sana sini. Kaya dengan sumbangan tapi tak pernah audit"
"Tak boleh macam tu. Kita bukak, kita kena ada duit"
"Itu abang. Orang lain tak. Tu masalahnya"
"80% abang tengok rumah anak yatim tak terjaga faksiliti. Apa anak yatim nak pun dia orang macam tak tahu. Psikologi anak yatim lain tak macam budak biasa"
"Ramai yang ikhlas tapi ramai lagi yang jadikan pusat fulus"


25/12

Lupa

"Bang, reti tak guna app beli minyak?"
"Bayar cash. Tak guna IC. Tadi isi Blaze 100. Harga 97 dekat sama diesel patut ramai jual diesel"
"Bukan minyak kereta, bang. Minyak masak kena guna app"
"Ye ke?"
"Ho la"
"Nasib Ara cakap. Memang nak beli barang dapur asrama"
_

"Ra, R&R semua pakai QR. Abang mana reti"
"Abang nak beli apa?"
"Air untuk budak"
"Lahhh kan ada kad"
"Haaa lupa"
"Acam ri tu. Phone ada torch tapi jalan dalam gelap. Haih abang ni kan"
"Ha tu la. Lupa"


Panggilan telefon
23/12

Monday, December 22, 2025

Jejak

"Abang"
"Ada apa, Ara?"
"Pinjam phone"
"Atas meja"
"Kita nak uninstall tracker"
"Kenapa?"
"Ase acam tak perlu"
"Abang tak pergi Kajang dah. Betul"
"Takpe, bang. Uninstall aje"
"Dah tak nak ambil tahu hal abang?"
"Kita ase itu seharusnya"
"Tapi nanti kalau abang blur ke hilang ke Ara tak nak tahu abang dekat mana?"
"Acam tu tak payahlah"
"Hmm"


16/12

Nama

"Ada eh laki nama Noor Aini"
"Banyak je nama perempuan tapi laki. Azian contohnya. Saidatul Nadia pun ada"
"Kenapa jadi acam tu? Tak reti beza ke apa"
"Hanis, Norizan, Azizan, Iman laki perempuan ada. Kadang kena tanya cik ke encik"
"Kita pernah tau kena marah. Astu nama Amani rupanya lelaki"
"Kadang mak ayah nak anak perempuan dapat laki. Dia letak je la nama dah pilih. Perangai pun jadi perempuan sama la nak anak laki dapat perempuan"


16/12

N-Box

"Abang dah tunjuk gambar Ara bagi. Dia nak N-Box jugak. Bentuk cantik"
"Cantik dekat mana, bang? Acam mini Alphard aje"
"Tak tahu la mata dia"
"Tak puas hati kita"
"Susah nak pengaruh. Dia dah buat keputusan"
"Siapa aje boleh pengaruh dia? Mmm…Kakak?"
"Dah sah la beli kereta tu tak nak bagi Huda pinjam. Memang tak la Huda nak naik pun. Kena bahan lagi ada"
"Alaaaa acam mana ni? J7, please"
"Dia tak nak. Abang dah offer. Siap dah reka nak letak payung nasi lemak dekat mana"
"Siapa eh cipta N-Box? Acam nak hembus aje. Cipta kereta pun tak reti. Haish!"
"Hahahahahaha"


18/12

Lelaki Pemalu

"Laki kita kan tak sendawa depan kita. Kentut pun tak. Acam boleh kira berapa kali. Tu pun terlepas asenya. Selagi boleh menahan dia tahan lepas tempat lain. Yang penting, masuk toilet tak dengar bunyi membuang besar ke kecik ke"
"Laaa situ pulak jawapan"
"Kita geli bunyi sendawa. Ase acam loya nak muntah. Astu bunyi dalam toilet emang tak sukaaaa. Kekal beradab even 7 tahun kawin. Sopang benar"
"Perasan je semua"


18/12

Borak Politik

"Kenapa Menteri dengan Timbalan Menteri Wilayah letak orang Cina?"
"Entah dia. Dr. Zaliha perform di keluarkan. Pelik"
"Hari tu KPT, sekarang Wilayah. Bawah KPM pun ada Cina. Sepatutnya Wilayah tu Timbalan ke Menteri seorang Melayu"
"Itu la ramai marah"
"Menteri airport bocor tak nak pulak dia tukar"
"Itu laaaa dah macam waterfall bocornya astu nak panggil pelancong"
"Paling kena tukar Menteri Kewangan. Kata reformasi"
"Asenya next PRU 50/50 tapi pembangkang pun acam tak function. Takde pilihan. Semua ntah pape. Paling tak boleh brain Timbalan Menteri Agama. Siapa ntah calonkan dia"


19/12

Pantang

Daddy: Apa yang garang sangat tu?
Hasha: Luo tak mandi
Daddy: Pantang betul dia orang tak mandi
Hasha: Asha cakap mandi
Daddy: Mandi cepat, Luqman. Kan dah kena marah


19/12

Bosang

"Tuhhhhh hahahahahaha"
"FYP pasal dia aje. Bosang"
"Perempuan ada 3 jenis. Satu, kawin sebab loaded. Dua, kawin nak anak. Dapat anak minta cerai sebab nak bebas. Tak nak jaga laki. Tiga, kawin sebab laki tu baik. Dia senang nak perguna, nak bodoh-bodohkan laki"
"Ri ni kan kita takde mood so kita bagi abang menang"
"Mood pergi mana?"
"Ntahnya"
"Dalam kain eh? Nak check hahahahahaha"
"Grrrrrrrrrr"


20/12

Sunday, December 21, 2025

Senafas

"Kita nak mintak maaf. Ri tu kan kita nak makan eskrim astu abang check takde Sijil Halal astu kita merajuk astu abang still tak bagi astu mmm kita acam menyesal"
"Senafas je"
"Suami kita kan tegas. No is tabole"
"Ha la benda masuk perut"
"Thanks tau. Tu je nak cakap"
"Dah ada halal ke ais krim tu?"
"Tak check. Malas kita"
"'Ais krim' halal ada sibuk cari tak halal"
"Tak mau!"
"Hahahahahaha faham"
"Faham laaaa"
_

"Sekarang banyak kedai tak halal tapi ramai orang Islam makan"
"Dulu lagi"
"Kampung Nelayan Floating Seafood Market contohnya"
"Sabah?"
"Ha'a"
"Tak halal. Abang pernah pergi tapi tak makan. Tak tahu kenapa ramai orang Melayu makan situ"
"Tengah kecoh dekat FB sana sini tak halal. Sib baik laki kita rajin check. Abang dengan Jakim kan berpisah tiada"
"Kedai makan Cina memang abang tak masuk. Tak kira dia pamer halal ke tak. Melainkan abang dah check, yakin baru masuk. Kalau ada tanda halal tapi pekerja Indonesia pernah abang keluar tak makan pun. Sepanjang hidup sebelum kawin dulu, 2 kali je pernah masuk Chinese restaurant"
"Selalu kita semak. Ri tu aje kita malas sebab eskrim kan. Acam masuk Malaysia mesti halal rupanya tak"
"Makanan kita import eksport 80% di kuasai bukan Islam. Halal tak halal kita sendiri kena cari. Sebab tu pasaraya abang suka pergi Mydin. Tak payah check label. Kalau lain semua kena check"
"Kita menyesal sangat-sangat marah abang mmm"
"Tak apa"
"Oh ye, Bread History QB takde Sijil Halal and takde rekod pemohonan pun"
"Kita tak pernah beli"

Saturday, December 20, 2025

Padang Pasir

"Dah tahu abang suka lepas tu tanya"
"Acam bahayaaa. Tak nak kita matikan diri"
_

"Abang suka Amerika. Nombor dua, Negara Arab. Jangan ikut geografi. Asal Arab, abang suka termasuk Mesir dengan Moroko kecuali Turki yang separuh Europe walau secara umum orang anggap Arab"
"Egypt memang Arab, kan?"
"Geografi Afrika Utara. Nombor tiga Russia, Itali, Poland"
"Nombor empat?"
"Afrika. Nak belanja abang, jom pergi padang pasir. Nombor dua, gurun"
"Cerah mata cerita padang pasir"
"Hehehehe"

Main kereta

"Senyap aje. Kita assume baca buku lahhh main kete"
"Ra cari abang nak apa?"
"Keluar, bang. Best sangat ke lepak bawah katil?"
"Best. Tak nak cuba?"
"Tak kuasa kita"
"Tak muat eh hahahahaha"

Friday, December 19, 2025


Thursday, December 18, 2025

Perasan Cantik

"Nampak, risiko kawin perempuan lawa. Ni tak lawa. Perasan lawa"
"Kesian perempuan cantik"
"Tapi dia tak cantik. Putih je. Otak tak ada. Nak laki kaya. Laki dia tak cukup kaya. Tu sebabnya. Bangun pagi nak terus pergi breakfast. Anak maid jaga. Rumah maid kemas. Sekali kena buat sendiri. Meroyan la member tengok adik-beradik kawin laki kaya melancong sana sini. Dia terperap buat kerja rumah. Dia expect lain jadi lain"
"Ada anak salah, takde anak salah. Dia nak apa senanya?"
"Dah orang kata perempuan tak ada otak"
_

"Laki dia dah marah, bang"
"Mana laki tak marah dah cakap macam tu. Cerai je la dah orang tak nak. Nak bertahan buat apa. Selagi tak cerai, selagi tu macam-macam cerita keluar"
"Betul"
"Kalau orang tak suka, seribu kebaikan kita buat dia lupa. Kalau orang sayang, seribu keburukan kita ada, dia tetap sayang. Simple"
"Betul sangat"

Penghawa Dingin Kereta



Daddy: Kalau hujan lebat, set windshield, AC on, off recirculation. Tengok sini daddy tunjuk
Huda: *gelak*
Daddy: Fokus
Huda: No one cares to use the A/C during heavy rain
Daddy: Kalau cermin kabus susah nak bawa kereta
Huda: No worries
Daddy: Ingat tak daddy ajar ni?
Huda: Windshield + AC on. Recirculation off
Daddy: Smart
Huda: I’m 19
Dad: Don’t care. Drive safe, stick to the speed limit, don’t rush even if you’re late
Huda: Okayyy, daddy! *gelak*


Januari 4, 2025

Elak Gear Kereta Rosak

Panduan Mengendalikan Kenderaan Automatik untuk Mengelakkan Kerosakan Gear


Semasa berhenti di lampu isyarat:
1. Tekan brek kaki sehingga kenderaan berhenti sepenuhnya.
2. Berhenti singkat (≤ 30–60 saat): Kekal di kedudukan Drive (D) dengan brek kaki ditekan.
3. Berhenti lebih lama: Alihkan gear ke Neutral (N) dan tarik brek tangan.
4. Lepaskan brek kaki.


Apabila lampu isyarat bertukar hijau:
1. Tekan brek kaki terlebih dahulu.
2. Alihkan gear ke Drive (D) jika sebelum ini berada di Neutral (N).
3. Lepaskan brek tangan.
4. Lepaskan brek kaki dan tekan pedal minyak dengan perlahan-lahan. Elakkan pecutan mengejut.


Nota penting: Jika kenderaan menggunakan enjin Continuously Variable Transmission (CVT), tekan pedal minyak secara perlahan untuk mengelakkan kerosakan pada belt CVT. Elakkan menekan pedal minyak kuat dari keadaan pegun. Jangan menukar N ↔ D ketika kenderaan masih bergerak.

_
Huda ketawa besar ketika membaca manual yang aku tulis. Dia kata dia sudah dewasa dan telah lulus ujian memandu. Aku tahu, tapi bila aku lihat cara dia gunakan gear dengan salah, aku perlu tegur. Membaca manual sahaja tidak cukup; amali juga perlu. Betulkan yang salah, biasakan yang betul.


Januari 4, 2025

Ceraikan Suami

"Dah macam-macam sangat, dia cerai je la laki dia"
"Dia yang cerai?"
"Yela. Pandai sangat buat hal. Tunggu laki ceraikan mesti tak cerai. Dapat banyak advantage"
"Ha'a kan"
"Dah semua benda kena buat sendiri. Habis masak, jaga anak. Dua-dua kerja tapi laki tak buat apa. Balik, tidur. Sepanjang masa aktiviti luar mana tak kena cerai"
"Ada perempuan lain gaknya"
"Tak ada. Dia join geng kereta, main futsal, ikut konvoi. Hujung minggu tak pernah lekat rumah. Mana bini nak tahan. Dia enjoy, bini letih dekat rumah. Duduk rumah pulak, cari salah bini. Semua benda tak kena"
"Hidup acam orang bujang"
"Faham pun. Bini jadi tukang cuci pakaian, iron baju, share loan beli rumah. Berjalan guna kereta bini. Loan bini bayar. Duit anak sekolah ke taska ke apa semua bini. Gaji bini tinggal berapa je. Bayar kereta, bayar rumah, taska anak"
"Kita dengar pun sedih"
"Sebelum kawin kalau Ara tengok dialah laki paling boleh di harapkan. Ambil hantar apa semua. Bagi hadiah ratus-ratus. Dah kawin, apa pun tak"
"Jenis beria sebelum kawin"

Wednesday, December 17, 2025

Burung

"Abang nak lepas 2 ekor burung tu"
"Sayang la"
"Hidup bebas lagi seronok. Terkurung je buat apa"
"Kalau orang tangkap acam mana?"
"Abang anggap dia bebas. Kalau orang tangkap harap dapat orang baik tak aniaya dia"
"Acam sedih"
"Kebebasan tu nikmat. Abang beli sebab bengang tengok sangkar sempit sangat dekat kedai"
"Alaa mesti kita rindu dia"
"Nanti lepas dalam hutan"
"Buat rumah dia tak?"
"Tak kot"
"Kalau hujan lebat astu ribut petir acam mana?"
"Tapi tak suka tapi sayang"
"Love hate relationship gitu"
"Memerang tu pun nak lepas. Monyet pun"
"Abang okey tak?"
"Okey. Dah rasa hidup dengan kita, biarlah balik pada habitat dia"
"Sedihnya…"
"Abang teringin tengok polar bear dengan penguin. Penguin dekat Afrika kebuluran. 60,000 boleh mati kalau bekalan ikan makin susut. Tu berita tahun 2021. Sekarang tak tahu macam mana"
"Halus pujuk"
"Abang tak pernah ada impian pusing dunia tapi abang nak pergi Artik, Antartika, Greenland, Iceland, tour 4X4 Trans-Siberia, Trans-South America, Trans-Scandinavia. Last sekali sailing. Pergi travel dah tak seronok. Pelancong ramai sangat. Tak enjoy. Kalau kita travel cara ni okey rasanya"
"Kita pergi gurun tak?"
"Mesti la tempat favourite. Lepas 4X4, kita travel guna RV"
"Maksudnya 4X4 permulaan berwawasang?"
"Haah"
"Abang fahamkan kita princess"
"Sekali-sekala keluar dari castle best jugak kan. Belum cuba belum tahu"
"Acam mana princess nak sesuaikan diri?"
"Boleh, in sha Allah"
"Abang ase kita boleh ke?"
"Boleh. Ara apa je tak boleh"
"Bang! Masak guna kayu api ke acam mana?"
"Hahahahahaha"
_

"Kenapa Defender? Kenapa bukan Cherokee? Land Cruiser? Prado? Terrano? Opel?"
"Defender sesuai untuk off-road berat. Cherokee walaupun nama jeep, 4X4 dia sesuai untuk off-road ringan. Boleh belasah tapi Defender lagi tahan lasak"
"Jab g kalau ada soalan kita tanya tau"
"Ara nak naik apa?"
"Bang, dekat gurun ada ular berbisa, kan?"
"Banyak. Dulu abang ikut orang Badwi okey"
"Mmm…princess kan acam kena fikir masak-masak"
"Iye, faham"
_

"Abang minat tak?"
"Apa?"
"Truck 6X6"
"Macam ni, kan?"
"Ha'a. Acam selesa"
"Off-road best 4X4. Kalau santai-santai convert bas jadi motorhome pun best"
"Kita still tak faham psikologi abang. Truck versi camper acam best + selesa & boleh off road. 3 in 1. Tak perlu beli RV, kan? Anddd kalau travel tak tidur sepah, hotel acam tak perlu fikir"
"Ara minat ke?"
"50/50"
"8X8 pun ada. Nampak best. Abang beli truck, Ara ikut?"
"Tak pasti"
"First choice abang masih motorhome. Off-road 4x4"
"Alaaaa"
"6X6 ke 8X8 ke space tak cukup. Tak sesuai guna bawa kembar travel. Tak selesa macam naik bas"
"Penat tau kita promote"

Tuesday, December 16, 2025

Borak




"Netizen kan tengah busy ejen Mossad"
"Mana nak kenal. Serata dunia 1.2 juta kalau tak silap"
"Ramainya"
"Dekat universiti pun ada ejen CIA, CCP"
"CCP?"
"Komunis"
"Universiti kita?"
"Ha. Mana-mana tempat ada. Dia orang datang sebagai spy. Kumpul maklumat. Bahagian operatif akan jalankan. Jadi spy dapat duit tak payah pergi training cuma supply maklumat. Operatif lain, kena masuk rekrut"
"Acam kes ejen Mossad hidup kaya tu, kan?"
"Kalau spy orang gelar asset. Zaman sekarang orang sekalikan spy dengan operatif bawah satu figure. Dalam dunia intel, asing. Kadang-kadang overlap. Contoh kalau lama sangat satu-satu kes, operatif pun boleh jadi spy"
"Ooo. Bang, betul ke kerja terikat selamanya?"
"Tempoh berkhidmat mesti ada, kan?"
"Kita tanya abang"
"Berminat nak join ke?"
"Tak nakkk. Takuttttt"
"Tamat perkhidmatan bermaksud 'They are not routinely monitored on a daily basis.' Bebas tapi masih di pantau. Risau jadi double / triple agent. SV mesti tak lepas terus"
"Bang, astu kalau"
"Daftar je la jadi ejen CIA kalau minat"
"Tak nak kita berpenat-penat luar sana. Orang lain best tengok K-drama"
_

"Tak payah ambil tahu. Tak bermanfaat pun"
"Adaaaaa"
"Macamlah spy yang komen. Orang anggap spy best.  Terpengaruh dengan James Bond"
"Bang, asenya kan"
"Tak payah tahu. Kalau tahu jadi takut. Nak bernafas pun tak nak"
"Cikit-cikit marah kita"
"Bila marah?"
"Eleh"
"Banyak pengorbanan yang orang tak tahu, tak faham. Nak menghargai jauh sekali. Bila kaki dan tangan terikat, mulut tak boleh cakap walaupun benda penting. Tak ada apa yang best, tinggalkan je"

Batu

"Ra, mana batu sini?"
"Dah buang"
"Kenapa buang? Abang punya"
"Lah tak berguna, kan?"
"Tu Daneal bagi. Sampai KL nak tempah kotak frame. Abang nak simpan"
"Serius la?"
"Ha. Daun pun jangan buang. Nak liminate sekali lukisan kembar jadikan album"
"Banyak, bang"
"Tak apa. Dulu masa Umar, Adam besar, abang tak sempat buat semua. Kena fokus benda lain. Anak kita kecik sekali je, Ara"
_

"Satu bilik nak buat makmal Daneal. Dia mintak lab. Nak buat besar sikit nak tambah barang lab. Mana tahu kot nak bedah katak"
"Eeee geli la"
"Lepas tu kena cari kamera. Abang nak ajar dia tangkap gambar binatang"
"Phone?"
"Kamera betul tak nak phone. Kecil cukup sesuai dengan dia janji gambar lawa. Esok lusa kena beli dron. Dah pandai main dron abang dia"
"Acam susah nak dengar dia cakap. Acam busy aje acam bapak dia"
"Dia tengah belajar sendiri. Kenapa semut tak ada darah, macam mana ikan paus susukan anak, apa impak pemanasan global pada penguin, kenapa dinosaur pupus"
"Jangan sebuttt. Geram kita tauuu"
"Hahahahaha"

Bukan Cina

Daddy: Yela nanti daddy nak hantar Hasha tadika Cina
Hasha: Asha tak nak
Daddy: Kenapa?
Hasha: Asha bukan Cina

Gerakan Unification Church

Terdapat dua isu utama yang wajar diberikan perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri. Pertama, penglibatan Ahli Parlimen Melayu Islam dalam gerakan Unification Church, sebuah gerakan keagamaan berunsurkan kultus yang berpengkalan di Korea Selatan. Doktrin dan orientasinya menimbulkan kebimbangan awam khususnya dalam konteks sensitiviti agama dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Kedua, pendedahan makalah berjudul Unveiling the RSS: Exposing the largest far-right network in history yang menunjukkan peluasan global rangkaian ekstremis berkaitan ideologi Hindutva yang berpusat di India. Bukti  menunjukkan ideologi RSS telah bertapak di  Malaysia, sekurang-kurangnya di lima daerah namun sehingga kini tiada tindakan di ambil oleh pihak berkuasa. 

Monday, December 15, 2025

Matahari

"Abang"
"Hmm?"
"Tak pandang langit pun. Tak tengok bulan?"
"Tak"
"Kenapa?"
"Kadang-kadang kita terlalu pandang bulan sampai lupa matahari. Tanpa matahari, alam takkan nampak indah"
"People always admire the moon…"
"And forget to value the sun…"
"Is something on your mind?"
"Nothing… just thinking that the past can’t exist in the present"
"Einstein would say the past and present can exist together. The past is never really gone. It’s always with us in some way"
"Nope. Bergson saw time as something we experience. Once it’s gone, it’s gone"
"Biar la kita menang. Menyampah"
"Mana boleh. Lawyer kena fight"
"Tu pun berkira"
"Mesti la. Nak kekal kemenangan"

Sunday, December 14, 2025

Merajuk

"Hai Ara"
(senyap)
"Ara dekat mana?"
(tak jelas)
"Abang dah sampai rumah"
(tak jelas)
"Ra dekat mana? Bising bunyi kereta"
"Highway"
"Pergi mana?"
"Tepi jalan. Minyak habis"
"Laa. Ara dengan siapa? Kembar?"
"Ha'a"
"Bantuan dah sampai?"
"Belum call"
"Kembar nangis?"
"Ha'a"
"Kenapa tak check sebelum keluar?"
"Rasa sempat. Biasa kan abang isi"
"Baru tinggal tak sampai berapa hari"
"Astu tinggal lagi. Bertahun pun takpe"
"Ara dekat kilometer berapa?"
"Tak tahu"
"Highway apa?"
"Tak tahu"
"Hantar map. Abang pergi sana"
_

"Jauh jugak. Map tulis 40 minit. Duduk jauh dari kereta"
"Lorong kecemasan tutup"
"Allah. Letak kon alert lori"
"Kon takde"
"Mana pulak pergi? Letak apa yang ada bagi nampak dari jauh"
"Mini dinosaur je ada"
_

"Kereta laju. Lori banyak"
"Sekejab, abang nak sampai dah"
"……………"
"Jangan panik, jangan stres. Relaks"
"Mmmm"
_

"Masuk kereta, abang ambil anak"
"Kenapa datang?"
"Ra, masuk kereta dulu"
"…………"
"Merajuk ke?"
"Entah"
_

"Selalu tak keluar"
"Suka hati kita la"
"Yela salah abang. Abang tak nak Ara terluka, terseksa dengan perangai abang sebab tu abang hantar balik sini. Boleh bertenang. Bukan Ara - abang. Abang malu dengan Ara…"
"Serabut hidup kita abang takde"
"Sorry"
_

"Laju ke drive? Cepat sampai"
"Tak"
"Ye ke?"
"Abang hantar Ara balik, abang nak uruskan kereta"
"Acam mana eh boleh habis minyak?"
"Indicator tak naik?"
"Kelip-kelip"
"Habis tu kenapa tak isi?"
"Acam sempat"
"Malas berhenti dah tersadai tepi. Kalau kereta kena sapu tak apa, risau Ara dengan kembar sekali. Banyak dah macam tu. Berhenti lorong kecemasan pun kena langgar ini kan lorong kiri"
_

"Syukur Alhamdulillah, sampai rumah"
"Thanks, abang"


13/12

Saturday, December 13, 2025

Monetary

Monetary + Trade + Enforcement Architecture


I. Informational Sovereignty Transfer

This category remains the foundation because all subsequent enforcement tools rely on the informational asymmetry created here.

1. Disclosure of Classified FX Intervention Data
  • The U.S. attains visibility over BNM’s daily USD–MYR operations, undermining Malaysia’s historic confidentiality in currency defence.
2. Mandatory Reporting of FX Transactions
  • Eliminates BNM’s strategic opacity, enabling U.S. analysts to model intervention behaviour with near-perfect accuracy.
3. U.S. Reconstruction of Intervention Thresholds
  • Knowledge of Malaysia’s tolerance bands makes future accusations of “currency manipulation” legally easier to justify.
4. Exposure of Reserve Usage and Stress Points
  • Grants Washington superior situational awareness of Malaysia’s liquidity vulnerabilities.
5. Loss of Strategic Ambiguity
  • Market actors adapt to what the U.S. observes, weakening BNM’s ability to “surprise” speculators.

II. Constraints on Malaysia’s Domestic Monetary Policy Space

6. Limits on Macroprudential Tools
  • Malaysia commits not to use capital controls, reserve requirement shifts, or liquidity injections to influence exchange rates.
7. Restrictions on Aggressive Currency Defence
  • Large-scale USD purchases risk triggering U.S. retaliatory designation under the Trade Facilitation Act (2015).
8. Erosion of Central Bank Autonomy
  • BNM effectively becomes answerable to foreign evaluators in matters of intervention timing and justification.
9. Oversight of GLIC Portfolio Movements
  • KWSP, KWAP, PNB, and Khazanah face transparency expectations, eliminating indirect liquidity defence channels.

III. Systemic Surveillance Beyond Monetary Policy

10. Monitoring Malaysia’s Market Behaviour Across Agencies
  • Transparency extends horizontally across government-linked financial entities, consolidating U.S. informational advantage.
11. Structural Reduction of Policy Flexibility
  • Malaysia’s broader economic agencies—MITI, MOF, and BNM—must calibrate policy choices against the risk of U.S. scrutiny.

IV. Trade and Investment Enforcement Mechanisms

12. Trade Retaliation Under U.S. Law
  • Using Section 232 of the U.S. Trade Expansion Act, tariffs can be reimposed on electronics, steel, LNG, and palm-oil products.
  • This is unilateral and legally defensible under “national security” grounds.
13. Suspension or Withdrawal of U.S. Investment
  • Failure to comply can lead to reversal of semiconductor, aerospace, and industrial commitments (USD 220 billion total).
  • Investor-state arbitration mechanisms provide legal pathways for withdrawal.
14. Capital Freeze and Country-Risk Escalation
  • Private investors may halt projects or redirect funds to Southeast Asian competitors (Vietnam, Philippines, Thailand).

V. Financial and Currency Vulnerability as Penalty Channels

15. Designation as a “Currency Manipulator”
  • If Malaysia breaches trade or transparency provisions, the U.S. Treasury can issue a formal designation that raises borrowing costs and triggers capital outflows.
16. Ringgit Pressure and Reduced BNM Autonomy
  • Once labelled non-compliant, Malaysia loses market confidence, limiting BNM’s defensive manoeuvrability.

VI. Diplomatic and Strategic Costs

17. Loss of Trust in ASEAN and Indo-Pacific Frameworks
  • Non-compliance weakens Malaysia’s standing with Japan, South Korea, and ASEAN states that track adherence to U.S.-aligned standards.
18. Reduced Access to Defence-Industrial and Technology Cooperation
  • Strategic partners often benchmark reliability using U.S. compliance metrics; failure narrows access to future collaborations.

VII. Domestic Political and Institutional Repercussions

19. Internal Agency Conflicts and Loss of Investor Confidence
  • Non-delivery creates tension between federal regulators, Bank Negara, and multinational firms in aerospace, semiconductors, LNG, and fintech sectors.
20. Public Perception and Market Backlash
  • Economic downturn tied to non-compliance can trigger fiscal pressure, political instability, and domestic dissatisfaction.

VIII. The Underlying Logic: A Quiet Dependency System

21. Irreversible Informational Asymmetry
  • Once visibility is granted to the U.S., withdrawing it would itself be treated as a breach.
22. Penalties Trigger Automatically
  • No explicit coercion is needed.
  • Tariffs rise, investment stalls, markets react, currency weakens, and diplomatic trust erodes—each without formal sanctions.
23. Malaysia Retains Legal Sovereignty, But Operational Sovereignty Shrinks
  • The system creates a hierarchical dependency where Malaysia must stay compliant to avoid automatic economic and reputational costs.

Citations

• U.S. Trade Expansion Act, 19 U.S.C. §1862.
• Council on Foreign Relations (2025). Enforcement Mechanisms in U.S. Trade Law.
• Peterson Institute for International Economics (2024). Investment Protection and Retaliation Dynamics.
• IMF (2025). Exchange Rate Surveillance Report.
• U.S. Treasury Department (2025). Foreign Exchange Policy Review.
• Brookings Institution (2025). Trust and Compliance in Indo-Pacific Trade Agreements.
• ISEAS–Yusof Ishak Institute (2025). ASEAN Reliability Index.
• ISIS Malaysia (2024). Political Economy Outlook.

Friday, December 12, 2025

Berapa Kotak?

"Banyak kotak yang kita tak bukak dari Cyprus hari tu"
"Tali dah buang?"
"Dah…"
"Betul?"
"Ye"
_

"Berhenti Singapore"
"Leceh nak lalu border. Transit Singapore hantar Port Klang"
"Astu kenapa mahal?"
"Kos dah naik. Barang bulan satu sampai"
_

"Ara dah makan?"
"Abang makan apa?"
"Tak ada selera"
"Kita pun"
_

"Are you really giving up on us?"
"Abang fikir Ara…"
"Abang ada orang lain?"
"Tak ada. Cuma otak abang berkecamuk. Abang rasa abang dah susahkan Ara. Bebankan Ara. Bukan tanggungjawab pasangan untuk sembuhkan trauma atau luka. Abang tak sembuh sebab tu abang jadi macam ni. Sebab abang terluka, abang lukakan Ara. Abang tak happy, abang buat Ara tak happy"
"We can always try again"
"Dalam perkahwinan, suami tak boleh jadi beban emosi pada isteri. Ara dah banyak makan hati, kan…"
"I’m happy as long as I’m with you"


Panggilan telefon
12/12

Masak Haiwan

Daddy: Sedapnya bau. Hasha tolong Ibu masak apa?
Hasha: Haiwan
Daddy: Jawapan pun
_

Rindu

Dinosaur

Daneal: Ibu, what is this?
Ibu: Dinosaur
Daneal: No, it’s Brontosaurus
Ibu: It is still a dinosaur
Daneal: It live 150 million years ago
Daddy: Brontosaurus has sister taxa. Diplodocus, Apatosaurus, and Barosaurus
Ibu: Why did dinosaurs become extinct?
Daneal: Ibu makan
Daddy: Hahahahahaha


9/12

Hai Ummi

Ummi,

Malam ini, Im tak pandang langit. Tak mencari bulan di balik awan. Tak melihat bintang mahupun buruj. Anak-anak di KL bersama Ara. Rindu.

Im kesiankan Ara. Hari-hari yang di lalui tentu menyeksakan. Im tak tahu cara untuk atasi semua ini. Boleh Ummi ajar? Im tak mampu lagi melawan.

Im solat. Im menangis minta ampun berkali-kali; teresak-esak. Beban terasa ringan tapi Im masih buntu. Rumah sunyi sepi. Im rindu anak-anak.

Im tak nak lukakan hati Ara. Im tak nak susahkan dia. Im tahu dia penat melayan emosi Im yang tak terurus,  penuh kekacauan. Dia penat, Ummi. 

Sunyi

Rumah sunyi…

Thursday, December 11, 2025

Jangan Menangis

Daddy: Girls, dengar cakap Ibu. Jangan nakal-nakal. Nanti daddy datang, okey?
Hasha: Asha ikut daddy
Raysha: Acha tak nak
Daddy: Eh jangan nangis. Sekejab je. Dah-dah

Maafkan abang…

"Loving someone from far away is easier than living together"
"Really?"
"Yeah… less hurt, less pain. Sometimes the person we love deserves someone better. Someone who won’t ruin their life. A love that feels safe"
"Abang nak buang kita ke?"
"Tak…tapi abang kesiankan Ara. A man who’s a mess can’t give his woman a good life. You’ve already suffered so much. I don’t think I can be saved. Maybe I should step back and let happiness find you"
"Tak nak…please jangan macam ni"
"Abang kesiankan Ara.… Abang tak boleh sembuh dah. Buat apa Ara nak buang masa"
"Abang boleh. Abang just perlukan masa"
"Time didn’t change a thing. Ara kemas beg, abang hantar balik KL. Dua minggu lagi abang jemput Ara"
"Tak nak. Abang nak larikan diri ke?"
"Taklah"
"Tipu"
"Ara isteri yang baik sangat tapi abang tak dapat bahagiakan Ara…"
"Bahagia je"
"Abang dah buat macam-macam…"
"Tak pun"
"Ara stay KL. Abang kemas rumah. Budak habis exam, abang ambil Ara"
"Tak nak, tak nak, tak nak"
"Ara…"
"Tak nak…"
_

"Ara jaga diri, okey?"
"Abang pun"
"Abang minta maaf. Maafkan abang…"
"Abang tak tinggalkan kita, kan?"
"Tak…"
"Janji?"
"…………"
"Jaga diri tau. Don’t lose yourself"
*peluk*

Monday, December 08, 2025

Pandai

Raysha: Daddy work, work, work
Daddy: Aaaha. Daddy ada kerja sikit. Petang kejab lagi kita tengok ikan
Raysha: My heart die
Daddy: Amboi dia. Yelah, daddy tak kerja. Jom kita tengok ikan
_

Daddy: Girls, Ibu cakap tak boleh lama
Hasha: Asha tak dengar
Daddy: Memang la dah Ibu cakap dekat daddy
Raysha: Daddy (ikut) cakap Ibu. Acha tak
Daddy: Kenapa pulak? Kena la dengar
Raysha: Acha tak dengar
Hasha: Ibu tak cakap Asha
Daddy: Habis la daddy macam ni

Membeli

"Notification apa tu?"
"Barang"
"Barang apa? Sini tengok"
"Galaxy Z TriFold"
"Trifold pulak"
"Acam nak mencuba tak salah kan?"
"Kenapa tak buka je kedai handphone kan senang"

Laman Pembelajaran

Laman web untuk calon SPM.

Koya

"Kita baca mana ntah orang complaint Honor X9b skrin cepat rosak lepas setahun"
"Ramai beli sebab iklan jatuh tingkat 3 tu skrin tak pecah, tahan lasak"
"Ha'a astu habis warranty skrin redline"
"Sebab tu abang tak beli walaupun minat. Abang kan handsome. Orang handsome selalu bijak, suara sedap, body katang. Phewittt!"
"Abang la tu?"
"Hahahahahahah"
"Koya"


Panggilan telefon
24/11

Tak bayar

"Kita terjumpa group kontraktor. 90% cakap bila kerja siap orang tak bayar astu sesenang aje panggil orang lain sambung"
"Kita buat benda dia nak sampai siap kos 40 ribu. Dia tak bayar 40 ribu tu, dia halau kita keluar lepas seminggu dia panggil kontraktor lain. Dia suruh kontraktor tu sambung baki kerja kita. Kadang kos tak sampai 10 ribu. Dia jimat 40 ribu."
"Takde cara nak atasi?"
"Nak buka fail lawyer berapa banyak nak buka bukan satu dua orang. Jenis ni ada duit tapi saja tak nak bayar"
"Kenapa abang cakap acam tu?"
"Yela dah panggil nak buat rumah mesti dah stand by duit macam nak pergi travel. Orang pergi travel mesti siap bajet, ada duit kan. Mana ada orang pergi travel tak ada duit. Macam kita nak beli barang, mesti ada peruntukan khas. Duit kita dia tak nak bayar tapi elok je panggil orang lain sambung"
"Jahat nau perangai. Acam kawan Lucifer"
"Habis tu nak buat macam mana dah perangai manusia. Client ni senang je, Ara. Dia buat rumah, contoh RM 6 juta. Katalah baki terakhir perlu bayar RM 1.8 juta. Kalau dia tak nak bayar, dia cari defect. Dengan alasan tu, dia berkeras tak bayar walaupun kita offer macam-macam. Biasanya duit akhir RM 1.8 juta tadi tu untung kontraktor. Lesap macam tu je la. Dia orang tahu tu duit untung tu sebab tak nak bayar. Kawan abang sampai tutup company tak larat hadap. Berjuta orang tak bayar duit dia"


3/12

Belajar terbuka

"Jimat minyak, maintainance murah. Boleh buat berniaga, nak travel pun senang tidur dalam tu. Yang penting dapat elak makwe ngorat. Bawak sport car kang makwe ramai minat. Dia kan alergi perempuan"
"Anak kawan kita siap pakai cincin tak nak boy kacau. Dua-dua tak nak kawin. Apa masalah dia orang eh?"
"Generasi berubah, cara fikir pun berubah. Kenapa Ara susah hati anak nak Mini Box?"
"Eeee tak minat la. Kereta acam esbox. Buruk"
"Kita, Ra, kena belajar terbuka dengan pilihan anak-anak walaupun tak selari dengan aspirasi kita. Tu hidup dia, pilihan dia"
"Faham tapi mmmm sakit mata"
"Kurang-kurang kita tahu kereta tak laju. Tak adalah dia nak tekan sampai 200km/j. Kurang risiko accident"
"Okey, fikir positip"


November, 2025

Ara

"Nothing interests me today"
"Still upset?"
"No. Just thinking. Who am I, what am I, why I'm like this?"
"Stop thinking too much. You’ll spiral into depression. Come, let's go for a walk"
"Not in the mood"
"No excuses"
_

"Di kebanyakan waktu, abang selalu rasa I feel like I'm not good enough for anyone. Lepas mimpi tu abang rasa apa saja abang buat takkan cukup"
"Kenapa?"
"Entahlah"
"Because you compare yourself with others. Bertuah badan berebut laki nak. Untung laaa"
"………"
"Comparing yourself just steals your happiness. She chose him. Let her go"
"It's not about choosing. It's about betrayal. I can openly accept if any of my friends or anyone related to business betrayed me, but I can't accept…hmm…"
"From her, isn’t it?"
"Abang selalu fikir…kenapa masa lahir kena buang. Kalau tak kena buang hidup macam mana. Entahlah. Letih. Cakap topik lain"
"Otak abang penat sangat tu. Take a rest"
"Kenapa Ara baik sangat dengan abang?"
"You made me feel safe, and that made me feel loved. You’re more than enough"


6/12

Simpan Rambut

"Abang, simpan rambut panjang boleh tak?"
"Panjang mana?"
"Panjang laaa astu jambang tak boleh shave"
"Bulu kita dia yang tentukan"
"Boleh laaa"
"Ara mengandung eh?"
"Tak la"
"Habis pelik-pelik je"
"Astu bulu dada pun biar"
"Tak boleh biar kang penuh dada"
"Biar laaa"
"Dah apa masalah tiba-tiba ni?"
"Boleh tak?"
"Panjang tu panjang mana?"
"Acam messy messy"
"Messy waves? Tahun depan abang ada 4 projek besar. Tak boleh rambut panjang sangat nak jumpa orang. Jambang kalau tak shave serabai nanti"
"Tak sayang kita kan"
"Messy hair, jambang kena nipis baru handsome"
"Kita nak tebal"
"Rasa mengandung dah ni. Lain macam je"

Mengembara

"Bang, nak try iCAUR tak?"
"Tak kot"
"J8?"
"Defender abang handsome lagi"
"Alaaa"
"Nak beli buat apa?"
"Kita tengok acam best"
"Tak payah la. Membazir je"
"Abang buat apa tu?"
"Tengah plan nak naik RR Mafia ke Defender"
"Bang, bawang panggil kita. Jab tau"
"Amboi. Bawang pun dah ada mulut sekarang. Tak nak ikut, abang pergi dengan bini muda. Apa susah"
"Acam la kita kisah sangat. Tak kuasa eh"
"Jangan cabar"
"Bahagia tau kongsi laki. Kita jaga abang 2 hari aje. 5 hari kita infaq sana"
_

"Merajuk ehhh"
"Ara kan tak sayang abang. Nak pass sana pass sini. Tak nak abang buang je la apa susah"
"Bang, bang. Kita gurau aje"
_

"Abang nak pergi kalau Ara ikut. Kalau tak ikut, abang tak nak pergi. Tapi abang tak paksa Ara"
"Adventure mmm?"
"Ye. Kita nak pusing 3 trans naik 4X4. Panjat gunung, redah sungai, jalan berbatu. Ara sanggup?"
"Acam camping dekat memana aje, kan?"
"Mungkin tapi kita boleh cari hotel"
"Faham"
"Wild wild west. Tak ada luxury"
"Abang tak ase ke acam susahkan diri? Penat tau drive sampai South America sana"
"Penat, berhenti. Pasang khemah, tidur"
"Kalau rimau tetiba datang acam mana? Bahaya, kan?"
"Ah sudah. Mana pulak datang rimau. Abang berjaga masa Ara tidur, okey?"
"Kalau dia cakar abang acam mana? Astu kita tak tahu hospital mana"
"Macam mana nak jawab tak terfikir pulak benda tu"

Bapa Pentelefonan Negara


















"Banyaknya telefon"
"Bapa Pentelefonan Negara"
"Koleksi eh ni?"
"Simpan tau buat kenangan"

Saturday, December 06, 2025

Malaysia's trajectory over the next 5-10 years

Professional analysis of Malaysia's trajectory over the next 5-10 years, incorporating key economic and energy sector indicators:

Current Macroeconomic Baseline (2024-2025)

1. Fiscal Health:
  • Federal debt: 64.6% of GDP (Dec 2024), down from peak 65.6% (Q1 2024).
  • Deficit narrowing: 4.3% → 3.8% of GDP (2024→2025) via subsidy rationalization (RON95 fuel) and expanded SST.
  • Petroleum revenue dependency: Declining to 3% of GDP (2025) from 3.2% (2024).
2. Growth Drivers:
  • GDP growth: 5.0% (2024), projected 4.7% (2025). 
  • Inflation: 1.8% (2024), rising to 2.6% (2025) post-subsidy reforms.
  • Private investment: +12% YoY (2024), led by tech/energy transition.
3. Petronas' Strategic Pivot:
  • Profit dropped 32% YoY (2024) due to oil price volatility.
  • Accelerating energy transition: Gentari renewables (8GW capacity), hydrogen pipelines to Singapore, EV infrastructure.
  • Workforce restructuring: 5,000 job cuts (10% of global staff) to fund portfolio diversification.

5-10 Year Projections

Scenario 1: Successful Reform Execution ("High Resilience")
  • Fiscal Sustainability:
    • Debt stabilizes at ≤65% GDP by 2030 via GST reintroduction and non-oil revenue (SST expansion to RM51.7B).
    • Oil dependency drops to <2.5% of revenue by 2030, mitigating Petronas' volatility.
  • Energy Transition Leadership:
    • Petronas dominates ASEAN clean energy: 20GW renewables, blue ammonia exports, and CCS hubs (Penyu Basin).
    • National NZCE 2050 pathway advances via methane reduction (OGMP Gold Standard).
    • Growth Upside: 4.5%+ sustained GDP growth from high-value investments in AI/digitalization.

Scenario 2: Reform Stalemate ("Stressed Equilibrium")
  • Fiscal Risks:
    • Debt escalates to >70% GDP if U.S. reciprocal tariffs (24%) persist, widening deficits.
    • Petronas dividends decline >40% by 2030 due to stranded assets, forcing social spending cuts.
  • Energy Fragmentation:
    • State-level resource nationalism (e.g., Sarawak’s Petros) disrupts LNG contracts, triggering arbitration liabilities.
    • Delayed transition locks in carbon lock-in, reducing FDI for green projects.
    • Social Strain: Youth unemployment rises as subsidy cuts inflate living costs.
Synthesis: Probable Trajectory Malaysia will likely achieve moderate success (60% probability):
  • 2025-2027: Short-term pain from subsidy cuts (inflation spike) and Petronas downsizing.
  • 2028-2030: Rebalancing emerges via tax base broadening and high-value FDI in renewables/digital economy.
Key Watchpoints:
  • Petronas' FID on CCS projects (2026-2027) to monetize decarbonization.
  • SST efficiency: Revenue must cover ≥80% of oil revenue losses by 2028.
  • Labor reskilling: Absorption of displaced Petronas staff into clean energy jobs.
  • Failure hinges on political will for reforms and global oil demand erosion. Proactive sovereign wealth diversification (e.g., Khazanah scaling) is non-negotiable to avoid fiscal crises.

3/7

Sarawak

1. Political Leverage & Federal Dependence
  • Kingmaker Status: Sarawak's Gabungan Parti Sarawak (GPS) holds 23 parliamentary seats, making it crucial for PM Anwar Ibrahim's parliamentary majority. GPS uses this position to negotiate concessions, including autonomy over resources.
  • Federal Vulnerability: Anwar's unity government relies on GPS support. Sarawak Premier Abang Johari Openg has openly stated that state interests take precedence, using this leverage to challenge Petronas' monopoly.
2. Gas Aggregator Dispute: A Strategic Win for Sarawak
  • Petros as Sole Aggregator: In March 2025, Sarawak appointed state-owned Petros as the exclusive gas distributor within Sarawak, stripping Petronas of this role domestically. This allows Sarawak to control pricing, supply, and local distribution.
  • Petronas' Limited Retreat: Petronas retains control over LNG exports (95% of Sarawak's gas) and upstream operations under the Petroleum Development Act (PDA) 1974. The compromise preserves federal revenue while granting Sarawak domestic autonomy.
3. Economic Motivations & Revenue Shift
  • Billions at Stake: Sarawak aims to capture RM20 billion annually from gas distribution profits currently held by Petronas. This would boost state coffers, funding infrastructure projects (e.g., new airports, ports) and reducing reliance on federal transfers.
  • Existing Gains: Sarawak already enforces a 5% sales tax on petroleum products, generating RM4.8–6 billion yearly since 2020.
4. Why Full Expulsion of Petronas Is Unlikely
  • Mutual Dependence:
    • Federal Need: Petronas contributes 8% of federal revenue (RM32 billion in 2025). Losing Sarawak's gas (60% of national reserves) would cripple national finances.
    • Sarawak's Limits: Petros lacks Petronas' technical expertise and global networks. Abang Johari emphasizes "collaboration" for major projects like the Sarawak Gas Roadmap.
  • Legal Safeguards: The May 2024 Joint Declaration affirmed Petronas' federal rights under the PDA 1974, ensuring its continued role in exports and upstream operations.
5. Broader Autonomy Agenda Beyond Oil

Sarawak's pressure extends to other sectors:
  • Transport: Taking over Bintulu Port and negotiating acquisition of MasWings Airlines.
  • Finance: Becoming the largest shareholder of Affin Bank (31.25% stake).
  • Telecoms: Seeking control over state telecommunications spectrum

Future Implications
  • Precedent for Other States: Sabah may emulate Sarawak's model, while Penang demands 20% of federal taxes collected locally.
  • Investor Risks: Regulatory uncertainty already caused ConocoPhillips to withdraw from two Sarawak oil projects.
  • Federal-State Balance: Anwar’s compromise aims to avoid a legal battle (which Petronas might win) but risks fragmenting national resource governance.

13/6

Tak nak komen

"30% of Malaysian doctors in B40 group, only 10% truly economically successful, says Malaysian Medical Association rep. Another 30% only have enough to get by while the rest are said to be “below the water”. Sorry la kita tak percaya. Doktor kaya-kaya tau"
"Dah makan?"
"Tak nak komen ehhh"
"Nak komen apa? Mana tahu pasal doktor. Bini lawyer pun tak tahu pasal lawyer"
"Eleh"
"Doktor yang buka klinik dengan hospital swasta tak sama konsep dengan kesihatan awam bawah hospital kerajaan. Klinik running cara business. Gaji staf, tukang cuci, kos operasi senang cerita sama macam business lain. Beli ubat harga pukal, kuantiti dah tak sama dengan harga macam 10-20 tahun dulu. Swasta tak payah kacau sebab business. Perbaiki kualiti perkhidmatan, rasionalisasikan jam bekerja, struktur semula beban tugas doktor dengan nurse, semak gaji, buang kerja yang tak perlu dalam office yang merepek. Tu yang kena buat. Pamer harga tu bagus tapi boleh datangkan banyak mudarat. Orang boleh pertikai. Macam kerja yang lain. Kontraktor la selalu kena. 'Mahal sangat charge. Kos barang murah, kenapa upah mahal? Tukang-tukang semua ni ada Ph.D ke?'. Swasta memang fikir duit. Mana boleh suruh buat macam hospital kerajaan. Farmasi okey kot kalau nak pamer harga. Hospital swasta dengan klinik rasanya tak payah. Doktor kerja situ pun serba salah nak charge"
"Nampakkk sebelahkan doktor hihihihi"
"Penat abang ulas, itu je Ara komen? Kejab lagi ni haa nasib jauh"


Panggilan telefon
8/5