Thursday, January 22, 2026

Milik awak

"Hai, hai orang di sana. Saya busy tapi masih ingat awak"
"Eleh padahal ingat ex"
"Kejab lagi saya ronda rumah ex haaaa"
"Astu dah pergi nak buat apa?"
"Tu la kan. Tak jadi pergi"
"Babtu kena tinggal. Tak berani memiliki"
"Saya kan milik awak"
"Iye aje"
"Ye la"
"Astu jangan rayap sana sini. Habis kerja, kelik"
"Ha"


18/1

Pendidikan Negara

"Malaysia tak ada kerangka fikir. Blue print kita blur. Kita suka ikut sistem pendidikan negara orang. Masa zaman Maszlee, pendidikan kita cuba tiru Finland yang tak ada exam, silibus ringan tapi half way dia letak jawatan entah apa jadi"
"Masalah politik dalaman, kan bang?"
"7 tahun ke 6 tahun tak jadi isu. Yang jadi isu, mak bapak akan push anak untuk sama macam anak orang lain sebab takut anak di kata bodoh. Takut ketinggalan"
"Semestinya"
"Nampak tak abang dari masa depan. Tahun lepas, masa rangka program asrama, abang dah minta Ara cari private tutor. Orang ada mak bapak boleh push anak. Budak-budak asrama ni siapa nak ambil tahu? Ada rangka program tapi terhad dari tadika sampai lepas SPM"
"Kenapa tak bentangkan sama pak menteri?"
"Abang dah berulang kali buat, siapa pun tak pandang. Abang buat sendiri, senang. Macam bengkel gaji bersih RM 2000 dah siap tolak EPF & SOCSO. Itu pun ada cakap sikit. RM 2000 tu lebih kepada duit poket untuk simpan. Bila keluar result, abang suruh masuk TVET panjangkan langkah. Kira sebelum masuk belajar dah ada duit poket buat belanja"
"Try again"
"Apa?"
"Bentangkan program"
"Tak payah bentang. Tak jalan pun"

Jangan Masuk Campur

"Esok kita nak pergi"
"Tak payah"
"Astu biar aje anak kena buli"
"Dia dah 18 tahun. Kita jangan masuk campur. Cukup guide dia. Kalau setiap kali ada masalah kita masuk campur, esok kita dah mati, dia tak pandai bawa diri"
"Masalahnya melampau siap ugut sita barang"
"Ni baru permulaan. Panjang lagi perjalanan"
"Kacau anak kita, tunggu aje surat saman"
"Kalau 1000 orang kacau, 1000 nak saman? Jalan terus, buat tak tahu je. Ish mak dia ni pun"
"Awak mana tahu. Awak tak beranak. Kita sakit tau lahirkan anak"
"Tapi penat jugakkan buat anak berhempas-pulas ingat tak penat ke?"
"Nak claim tak beragak"
"Yela nak jugak claim"

Berniaga

Hari pertama

Pelanggan: Adik jual apa?
Umar: Nasi lemak ayam berempah, sambal sotong, paru berlada
Pelanggan: Yang ini nasi apa?
Umar: Nasi kerabu
Pelanggan: Ikan rebus?
Umar: Ikan goreng, ayam crispy
Pelanggan: Berapa harga sebungkus? Boleh bayar guna QR?
Hasha: Kenapa banyak tanya?
Aku: Haip! Hasha, apa cakap macam tu. Cakap sorry dekat aunty. Budak tak boleh menyampuk orang tua bercakap
Hasha: Asha minta maaf
Aku: Minta maaf, puan. Anak saya terlepas cakap
Pelanggan: It's okay. Budak-budak
_

Hari kedua

Pelenggan: Hari ini ada lauk apa?
Umar: Udang petai, daging salai, siput sedut
Hasha: Semalam dah tanya
Aku: Ye la orang nak beli kena tahu apa yang dia beli, berapa harga, benda apa dapat. Tu hak pengguna. Kita kena jadi peniaga yang berhemah. Hasha tak boleh cakap macam tu. Kejab lagi daddy rotan, nak?
Hasha: Asha minta maaf
Aku: Cakap dekat aunty
Hasha: Sorry, aunty
Pelanggan: You’re very adorable
Hasha: Thank you
_

Hari ketiga: Ada peniaga serang Umar — pertikaian tapak meniaga walhal sudah survey hampir dua minggu tak ada orang berniaga di situ.
_

Hari empat: Syiling berterabur di tapak meniaga. Ada tangkal berbalut kuning dengan lilit hitam
_

Hari kelima: Majlis Perbandaran datang. Ada orang buat aduan.
_

Hari keenam: Pejabat Tanah datang. Ada orang buat aduan.
_

Hari ketujuh: Pejabat Kesihatan Daerah datang. Ada orang buat aduan.
_

Hari kelapan: Kawasan Umar meniaga sudah di ambil orang. Hari itu…Umar letak nasi dalam bakul, berjalan sambil bertanya jika ada yang mahu beli barang jualannya. 

Teluk belanga

"Amboi dia. Awai lagu raya"
"Ra, hujung bulan kita pergi tempah baju"
"Abang dah pilih warna?"
"Belum. 6 pasang cukup tak?"
"7, bang"
"Haa okey"
"Satu teluk belanga"
"Tak nak"
"Bangsanya Johor"
"Bukan hamba"


9/11

Bengkel

"Ra, cari abang 6 sejadah, 4 Quran, 2 rak buku. 3 tingkat cukup"
"Letak mana?
"Bengkel. Tempat sangkut sejadah sekali"
_

"Bang, ada orang let go barang office. Nak tak?"
"Boleh. Laju"
"Shopping kan kepakaran kita"
"Sangat"
_

"Besar rak buku tapi boleh la nanti letak asrama budak"
"Beli semua, bang. Tak payah fikir"
"Kuat racun"
_

"Alang tu cari buku dalam 50 naskah. 35 BM, 10 BI, 5 Jawi"
"Dia orang baca ke?"
"Letak dengan harapan baca"
"Acam rugi aje kalau tak baca"
"Cuba dulu. Cukup enam bulan ke setahun kita tukar"
"Kalau tak baca?"
"Tukar jugak. Mana tahu buku lain kita letak orang minat"
"Tak penat ke beli buku astu orang tak baca"
"Orang tak baca kita tak rugi apa pun"
"Wangnya ngalir terus"
"Bab duit pandai tengah tidur nak duit berjalan. Ha pahala pun kena konsep sama. Tengah tidur pahala masuk"
"Buka yayasan, bang"
"Tak minat"
_

"Dah dapat buku apa nak beli?"
"Acam malas. Abang aje cari"
"Laa"
"Bubu kan makan, tidur, shopping. Kita pun acam sama"
_

"Tak nak pakai karpet office. Serik dah. Sekarang pasang tiles yang besar tu. Tak banyak keping sangat pun. Bilik air dah memang ada"
"Kenapa? Malas vacuum?"
"Keluar bilik air tak lap kaki, karpet basah lama-lama bau masam. Leceh nak vacuum. Dah tu nak tukar makan modal. Baik pasang tiles. Sekali tu je keluar duit. Nak kemas senang. Abang panggil orang buat deep cleaning sebulan sekali"
"Abang buka pusat kebajikan ke business?"
"Pekerja ni kadang susah nak cakap. Ada yang okey tapi tu la. Dia orang cuma nak kerja tapi tak nak jaga tempat kita bagi. Kalau tak panggil cuci, susah nanti rosak sana sini, kotor. Kita jugak kena tanggung kos repair. Baik panggil orang cuci. Keluar duit pun tak pening kepala"
"Banyaknya nak fikir. Office kita takde semua tu"
"Ni bidang apa. Ara bidang apa. Sekarang ni masalah gam mesin dah berpuluh tin hilang"
"Gam pun nak curi? Tak faham kita. Boleh jual ke masalahnya"
"Dah kaki hisap gam. Dapat tangkap nak buang je"
_

"Dekat dapur tu abang nak pasang kabinet lepas tu nak letak induction cooktop. Ada kabinet, periuk kuali tersusun sikit. Barang pun ada tempat nak letak"
"Coway, bang?"
"Tak payah. Masak air sendiri. Nak sejuk letak peti ais"
"Air purifier?"
"Cari satu. Elok jugak letak dah bau rokok"
"Pewangi bilik?"
"Tak payah"
"Bunga?"
"Tak payah"
"Pool table?"
"Tak boleh. Ummi tak suka"
"Table tennis aje"
"Cadangan yang baik. Boleh pertimbangkan"


10/1

Manusia

"Dia orang bawa motor masuk rumah. Habis mozek kena minyak hitam bukan senang nak cuci. Duduk bangunan senang. Rumah orang tak jahanam"
"Tapi takde bilik, kan?"
"Ada bilik lagi susah. Kang bawa masuk perempuan"
_

"Ye la dah nama pun manusia. Baru merasa hidup bebas. Luar waktu kerja bukan masalah kita. Dia nak buat apa, balik pukul berapa tak siapa ambil tahu"
"Masalah apa dia orang buat?"
"Dah baru kenal dunia macam-macam nak cuba. Masuk snooker angkut perempuan, judi mesin, hisap ganja, terlibat jenayah, kongsi gelap pun ada. Masalah sosial. Jadi gelandangan. Mental pun ada yang tak boleh adaptasi. Dunia luar rasa asing"
"Proses adaptasi perlukan berapa lama?"
"Ada yang cepat. Ramai yang hanyut. Sedih jugak tapi nak buat macam mana"
_

"Hari tu dah pernah sewa rumah fully furnished. Ada budak buat hal tapi bukan anak yatim. TV, aircond, peti ais, tilam semua dia rembat bawa lari. Dah dalam peti ais dia letak baik punya air ketum berbotol-botol"
"TV, aircond kita faham boleh jual. Tilam acam tak masuk akal"
"Teruk kena bayar dekat tuan rumah. Dah toilet semua sumbat. Pintu cabut, sinki patah"
"Free, gitu la perangai acam penutup tong sampah"
"Haa tu sesuai"
_

"Orang hantar senang sikit. Dulu makan dekat kedai terdekat. Ada seorang tu makan double. Contoh makan lunch nasi 2 pinggan air 2. Dia seorang bedal. Ni jenis parents manjakan anak"
"Dia membela ke, bang?"
"Malam kalau lapar turun lagi ajak kawan entah mana-mana. Semua masuk buku. Lari budget nak bayar. Pulak tu ada yang keluar lunch pukul 2:30 tak masuk lagi alasan jammed"
_

"Kita sedia la apa pun. Kalau orang tak nak kerja berat tak kekal. Paling lama dua bulan. Dapat gaji terus cabut"
"Kita pernah baca nasi kandar asenya gaji RM 1500 tolak makan, asrama yada yada yada balance RM 400 aje. Sian sangat"
"Apa nak pelik. Tidur pun atas playwood. Bilik berhimpit 20 orang lebih tu biasa"
_

"Lepas 3-4 bulan baru company bagi uniform. Bagi awal rugi. Dia orang nak gaji + makan free. Duit cukup, cabut"
"Bersih 2k tak cukup ke?"
"Ketum + rokok + nombor ekor / judi mesin + snooker hari-hari haa kira. Snooker main ikut jam. Tikam nombor paling sikit RM 10-30 sehari. Yang ada motor, minyak tak payah isi?.
"Simpan duit pergi travel kan lebih baik. Ini menghabis boreh aje acam bela biawak sengal"
"Motor sekali modified boleh lari 1000cc. Dah main motor tak payah beli barang? Tiap hari lerai pasang balik. Hujung minggu rempit. RM 2,000 hangus macam tu je"
_

"Ada benda baru abang nak buat. Nak suruh budak-budak ni derma darah. Kalau boleh derma organ sekali"
"Nak ke masalahnya"
"Dia orang mana tahu benda-benda tu semua. Tak di dedahkan. Biar rasa seronok bantu orang, diri bermanfaat"
"Emang semua benda abang kena fikir ke acam mana?"
"Darah. Benda free kan bukan kena bayar. Sedekah jugak tu. Lagi panjang pahala. Kalau kita tak ada duit untuk sedekah, cari jalan lain untuk jana pahala"
"Jana pahala siap"
"Abang dulu masa muda tak banyak duit. Abang guna tenaga buat pahala. Repair jalan rosak, bersihkan longkang tersumbat, cuci signboard, bersihkan surau, kutip sampah. Tak dapat buat selalu sebab kerja tapi abang tak tunggu free time baru buat. Antara gap sikit, abang buat apa yang boleh"


9/1

Saturday, January 10, 2026

Mutiara

 

Friday, January 09, 2026

Cerita dari Facebook

Assalamualaikum aku nak cerita satu penyesalan yang xkan pernah habis......

aku umur 38...bini aku 35...ank sulung lelaki umur 15..ank no2 perempuan umur 13...dua-dua ank aku duduk asrama penuh...dua-dua ank yg bijak pandai...hasil didikan mak dorang...sebab aku kerja..aku serah semua kat bini aku..untuk urus semua hal rumahtangga....bini yg setia...rajin..xpernah mengeluah..xpernah meminta....

Aku nikah umur 22...dan masa tu bini aku umur 19 tahun...kira dah 16tahun kami hidup bersama....tapi semuanyaaaa musnah bila aku dah mula buat perangai......aku dok bercinta dgn ex gf aku....aku dpt tau ex gf aku ni single balik...mula-mula hanya mesej kt FB suka-suka..beralih ke wasap...akhirnya berakhir nak nikah....

Lepas 3 bulan bercinta dgn ex gf aku..aku bagitau bini aku yg aku ada perempuan lain....tp baiknya bini aku xda mrh xda apa...dia kata bagi 2 minggu untuk dia pikir.....dan dalam masa 2 minggu tu juga ..dia suruh aku pikir...betul kee yg aku nak nikah lagi....ntah apa yg merassuk aku ...aku mmg dah gilerrr bayang dgn ex gf aku tu..aku mmg nak kawin dgn dia....2 minggu tu aku xda pikir apa pon....yang aku pikir nak kawin jeeee...aku xpikir apa perasaan bini aku.....selama 2 minggu tu kami xbercakap sgt..dulu lepas aku balik kerja kami akan makan sama-sama...malam layan movie sama-sama macam baru kawin sbb ank-ank dah besar.....dah duduk asrama....tp aku tak tau apa yg merrasul aku smpi aku boleh buat kerja mcm tu...

Tapi bini aku ni ttp baik...ttp masakkan bekal untuk aku....ttp siapkan baju kerja aku...ttp hidangkan lauk bila aku balik kerja..cuma dia dah selalu tido awal..dah xda tgk movie sama-sama..tp masa tu aku rasa bebas...sbb xda yg kacau aku..aku boleh hbskn masa tiap malam call ex gf aku tu atau keluar dating....habis 2 minggu masa berfikir...bini aku tnya ..aku ttp nak kawin lain? Aku jawab ya...dan masa tu aku tgk muka dia tenang...tp senyum dia kelat..dia izinkan tapi dgn satu syarat lepaskan dia.....aku mcm xpercaya dgn jawapan dia...aku ckp aku mampu....dia ckp mmg aku mampu dari segi kewangan..tp hati dia xmampu....

dia xnk nanti dia berdosa...aku berdosa..bakal bini aku berdosa....sebab hati ni xboleh bohong....sakit sgt kata dia. Masatu aku ttp nak kawin....dia minta hantar dia balik rmh mak bapak dia.....aku hantar....aku xpujuk dia...masa berlalu sebulan dah bini aku kt kampung...aku lgsg xda call dia.....aku tengah dilamun cinta...akhirnya bapak mertua dan keluarga aku msk campur...selesai semua..jatuhkan talak 1 antara aku dan bini aku....anak-anak merajuk dgn aku..

Masa berjalan...aku masih dilamun cinta....keluarga aku mrh aku...tapi nak taknak mereka Kene setuju dgn jalan yang aku pilih.....masa tu aku anggap aku betul...tapi lama-lama hati aku dah tak syok..aku dah mula rindu bini aku..masakan dia..senyuman dia sambut aku balik kerja kt pintu rumah kami....senda gurau kami...rindu semua...rindu yg membuak-buak... pengorbanan yg bini aku buat bukan sikit..korbankan masa depan dia sbb nak kawin dgn aku...beri sokongan aku sambung belajar sbb kami nikah muda.. dah 6bulan kami bercerai.....aku dah mula pujuk bini aku... tapi bini aku tetap taknak dgn aku....mana ex gf aku?aku dah putus dgn dia....aku nak bini aku semula je......macam mana nak pujuk bini aku?? Aku nak dia je...aku nak hidup bhgia mcm dulu...aku sunyi ..aku xkn bhgia kalau bukan dgn bini aku....aku nak bini aku je...aku buat salah sekali je....aku janji taknak buat lagi... tolong aku.

(Facebook)
_

"Emang taklah wife nak patah balik"
"Yela. Pandai buat, pandai tanggung"
"Abang pun acam tu?"
"Apa?"
"Kawin dengan ex"
"Abang tahu nanti Ara suruh pilih. Abang tak nak hilang Ara"
"Salah jawapan"
"Pernah terlintas nak cari jalan tapi…"
"Tapi?"
"Ara isteri yang baik. Abang tak nak buat kesilapan macam orang lain"
"Tak menjawab soalan"
"Abang ada bagi hint"
"Astu?"
"Takkan dia nak tinggal laki dia kan. Abang pun tak nak huru-harakan rumah tangga orang. Paling penting, abang tak nak jadi penyebab dia masuk neraka sebab minta cerai nak ikut abang. Kalau suami tak redha ceraikan isteri, nerakalah tempat isteri walau dengan suami baru taat"
"Banyaknya sayang…"
"Tapi abang happy, akhirnya dia pakai tudung depan abang ipar. Punyalah lama abang selalu ingatkan dia, tegur dia, nasihatkan dia. Benda tu je la abang selalu fikir. Sekarang tak dah"
"Tak nak tahu. Kita jealous"
"Tadi tanya. Tak jawab, paksa. Dah jawab, jealous"
"Kenapa sibuk? Husband dia kan ada"
"Kan kalau benda kita sayang, kita pelihara jaga elok-elok jangan tercela sikit pun. Abang tak pernah tengok aurat dia. Abang tak suka laki lain tengok aurat dia. Abang tak suka"
"Tak payah jaga, bang. Dah di tinggal pun"
"Yela kena buang, tahu, tapi perjuangan tu manis jugak walaupun kecil. Abang happy dia tutup aurat"
"Nasihat kita aje boleh, kan? Astu tegur pun tak perlu asenya. Berialah"
"Tak beria dah. Kang kena sound"
"Padan muka. Sibuk sangat aurat bini orang"
"Tak sibuk dah"
"Orang buang means orang tak nak astu laki bini happy, abang gigit jari. Orang tu tiap-tiap malam tidur berpelukan ketat-ketat, abang tidur pun ke laut dalam. Sedar diri, bang. Cermin diri orang dah tak ingin"
"…………"
"Astu sentap"
"Taklah…betul la tu. Ara nak tahu satu benda? Kajang pernah pesan dekat abang, jangan selalu marah bini. Kalau marah, ingat kebaikan bini. Jangan fikir nak cerai. Bukan la back-up ke apa. Cakap je"


2026-01-07

Wednesday, January 07, 2026

Kehendak hati

"Barang Ara ke tu sampai berlonggok depan pintu?"
"Kita kan busy acam tak sempat angkat"
"Tak sampai sebulan dah beratus barang sampai. Beli apa?"
"Kehendak hati haruslah di turuti"
"Ada je jawapan"


2026-01-06

Cerita dari Facebook

Admin akan hide profile kan? Boleh tak bagi saya kata² semangat. kisahnya macam ni, 3 minggu sebelum perceraian, hari jumaat tau, ada la saya perasan 1 status wasap client suami saya ber ♥️ dengan suami saya. caring betul ayat perempuan(ibu tunggal) tu kat suami saya. tapi bila saya tanya suami saya, dia nafikan status tu ditujukan untuk suami saya. okey lah. tamat conversation.

hari sabtu, suami saya pergi kerja macam biasa, eh malam tu dia langsung tak balik,

takde call, takde whatsapp untuk saya. saya tak boleh lelap, pagi tu pukul 7 lebih baru dia balik, saya tegur la kenapa buat macam ni, phone ada 2, kalau taknak call, boleh whatsapp supaya saya tak risau. dia just cakap sorry. tu je.

dan seterusnya, minggu depan nya, dia balik, tak balik, tak balik, balik, dan tetap juga tak ada 1 notification pun dari dia.

kemudian, hari jumaat juga, dia bagi tarikh kat saya, suruh saya pilih tarikh mana yang saya free untuk bercerai. (sampai hati dia kan).

Saya kata, saya tak free sampai hujung bulan 10, sedangkan saya nak kami berfikir secara waras. udahnya, dia kata saya ni main tarik tali, dia siap tanya pulak, nak aku lafaz luar mahkamah ke? saya kata tak perlu la buat macam tu, (terluka betul saya rasa) dan saya pun bagi tarikh.

tapi, saya tak menyerah tau, 2 hari sebelum kena pergi court, saya pergi office dia, saya tanya betul² kenapa nak bercerai, dia kata, malas nak cakap.

tapi saya cakap macam ni, saya pun ada terasa tapi tak perlu la pergi court. saya list la satu² :

1. dia tak defend saya bila ada isu ngan family dia
2. Hal rumah memang dia tak ambil tau, kadang lubang air kat sinki tu tersubat, asyik banjir je, saya minta tolong dia, nanti² katanya, last² saya la korek pakai tangan sendiri.
3. Saya kerja dia pun kerja, kadang² bila dia balik lambat, saya dah sisihkan makanan untuk dia, dia dah habiskan, pagi bila bangun, pinggan² lauk yg dah habis makan masih atas meja. apa la salahnya dah habis makan, letak kat sinki. huhuhu
4. langsir rumah pun kalau sebulan terjuntai, macam tu la terjuntainya kalau bukan saya yang betulkan.

okey, jadi tibalah kita di hari perceraian,

pagi kat rumah, saya peluk dia, menangis la saya kenapa dia sampai hati nak buat macam ni, tapi macam biasa, dia kata sorry buat macam ni.

otw nak pergi court baru lah dia cerita sebab² nya :

1. dia rasa macam baran, bila saya asyik sebut pasal hal rumah. (yela, takkan la saya yang nak handle semua 🥹, tolong buang sampah pun mujur dah tapi takde juga)
2. dia kata dia rasa bersalah bila dia tak boleh defend saya depan family dia.
3. dia kata, dia terasa bila saya cakap, nanti kalau dah pindah rumah baru, abang jangan la rosakkan barang rumah dah, semua nak beli baru nanti.(pe'el dia, kalau kami tengah bergaduh, dia suka tumbuk almari la, pecahkan pintu la, tu yang majoriti almari rumah saya takde pintu, dah rosak dikerjakan 😂. Salah ke cakap macam tu, kalau terasa pun, bagi tau je la.
4. kami ni kerap bergaduh sebab hal² kecil macam kat atas. jadi dia malas nak fikir dah.

tersentak juga saya, benda yang ini, dia nak bawa bercerai. patut saya yang bawa dia pergi bercerai sebab saya lagi banyak makan hati.. tapi semudah ini je? dia yang takde komunikasi. takde perbincangan ngan saya pun. cuba bila ada isu tolonglah bercakap.

akhirnya tetap juga jatuh talak 1. sakitnya la perasaan ini. kami kahwin 14 tahun. bukan 14 jam. banyak sangat kenangannya. huhuhu.

doakan saya dan anak² kuat. Alhamdulillah anak² semua dah sekolah rendah. tak besar sangat tak kecil sangat. jadi, masih boleh handle.

Doakan saya tau... 🤲

(Facebook)
_

"Tu perempuan janda tu"
"Nampak sangat, kan? Terang lagi cerah"
"Hati dan perasan boleh bolak-balik. Di datangkan sebagai ujian"
"Eee abang ni. Tak best la"
"Apa? Kang cakap dah servis baik dapat dosa kering pulak kalau dia tak buat"
"Astu balik, tak balik pergi mana aje"
"Yela duduk celah kangkang janda tapi kena la lapik. Puasa ni, berdosa kang"
"Hihihihi walaun"

Cerita dari FB

Selamat petang. Saya ingin meminta satu pendapat mengenai perasaan suami saya. Tolong sembunyikan profil Facebook saya ya.

Begini ceritanya, saya mengenali suami saya pada bulan Ogos tahun 2024 dan kami berkahwin pada awal tahun ini. Dari awal perkenalan kami, saya tidak tahu sekiranya dia mempunyai bekas kekasih atau mungkin masih berhubung dengan bekas kekasihnya, kerana suami saya memberitahu bahawa dia sudah berpisah dan berstatus bujang sejak tahun 2022.

Persoalan yang timbul sekarang ialah, mengapa suami saya kadang-kadang mengigau ketika tidur dan menyebut nama bekas kekasihnya. Apabila saya bertanya tentang mimpi tersebut, dia mengatakan tidak tahu dan tidak ingat apa-apa.

Dalam keadaan seperti ini, adakah suami saya benar-benar menyayangi saya, atau dalam masa yang sama dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya?

(Facebook)
_

"Obviously, dia tak sayang awak, sis. Sekadar mengeruhkan keadaan hihihi"
"…………"
"Senyap aje, bang"
"Nak cakap apa?"
"Cakap la dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya. Gituuu"
"Bahan abang ke ni?"
"Takkkk"

Siput

aku tahu dalam kepala dia mesti ada persoalan — kenapa sekarang, kenapa tiba-tiba. tak ada ribut, tak ada petir, tapi abg berubah dan seolah-olah tutup terus pintu hati.

semuanya bermula bila kami buat deeptalk tentang cinta. dari situ aku sedar satu perkara yang aku lama nafikan — aku tak rasa cinta sebagai suami. bila perbincangan kedua jadi lebih fokus pada kami, keadaan jadi tegang. emosi jadi tak stabil, dan setiap cubaan untuk berbincang berakhir dengan tarik muka, memberontak, dan diam. dari situ hubungan kami jadi dingin.

aku tak nafikan, wife aku dah buat yang terbaik. aku tak salahkan dia. tapi aku tetap tak rasa kami serasi. cara berfikir, cara menerima n melihat sesuatu perkara — semuanya berbeza. menyebabkan setiap luahan atau perbincangan, berakhir dgn pergaduhan. sbb tu aku mula banyak diam, sebab aku tak rasa ada ruang yang selamat untuk meluah. lama-lama aku rasa kosong dan hilang diri sendiri.

aku sayangkan isteri aku, tapi cinta itu tak pernah hadir walaupun selepas bertahun-tahun dan dua orang anak. yang tinggal cuma sayang dan tanggungjawab. aku kahwin dengan harapan cinta akan tumbuh, tapi selepas enam tahun, keserasian itu tetap tak ada.

aku sedar ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa. mungkin keadaan boleh reda sekejap, tapi aku yakin ia akan berulang. aku juga sedar kegagalan ini banyak datang daripada diri aku sendiri — aku melamar tanpa benar-benar kenal diri aku dan keperluan emosi aku. tempoh kami kenal tu pendek sgt, dlm 5 bulan, terus menikah.

aku takut kalau aku terus bertahan, aku akan makin kosong dan hilang diri. impaknya nanti akan lebih besar, untuk aku, dia, dan anak-anak. aku bukan nak lari, dan aku bukan jahat kerana rasa begini. aku cuma jujur dengan diri sendiri.

tentang anak-anak, apa pun keputusan nanti, aku tetap akan jadi ayah yang hadir dan bertanggungjawab. itu tak pernah berubah.

aku cuma cuba menahan keadaan ini daripada menjadi lebih buruk — dan dalam kemampuan aku yang terhad, aku hanya mahu kurangkan impaknya untuk semua.

aku pon tak tahu mana yg lebih minima impak, berpisah sekarang, atau bertahan tapi tanpa jiwa.

(Facebook)
_

"Ri tu kan abang pernah cakap laki kalau tak sayang dari awal maknanya tak sayang"
"Ha. Cinta tak boleh di pupuk. Perempuan boleh"
"Acam mana abang tahu eh? Sebab handsome?"
"Ha? Handsome?"
"Ya Tuhannn boleh tak tolong dia? Lambat acam siput"
"Ingat handsome lain hahahaha"

Sunday, January 04, 2026

Bata Merah

"Bata merah selalunya kita guna untuk fire rated wall atau pun untuk party wall. Kalau kebakaran, bata merah ada ketahanan 2 jam kalis api"
"Faham"
"Biasa orang guna bata merah untuk dinding pemisah sebab kedap bunyi"
"Bata putih tak kedap?"
"Tak. Jiran berjuang di tengah malam boleh dengar hahahahaha"


20/11

Buaian Kayu

"Abang dekat kedai karpet. Sejak bila kedai karpet jual buaian kayu?"
"Cantik tak?"
"Cantik"
"Astu?"
"Saja bagitahu. Buaian ada satu je. Pelik, kedai jual karpet"
"Kalau suka, beli aje"
"Tak…tengok dari jauh"
"Acam Marrybrown?"
"Tak. Buaian kayu la. Ish"
"Dekat mana kedainya?"
"Ahhh kejab lagi pergi beli kang tak pasal. Abang tak nak. Cerita je"


27/12

Nasi Lemak

"Apa dia orang cakap sikmak, sikmak tu? Orang KL ni baru balik Marikh ke apa"
"Nasi lemak"
"Tu je?"
"Ha'a"
"Cakap je la nasi lemak. Dah bunyi macam mencarut"
"KL slang gitu"


27/12

Tua

"Hari tu lupa nak cakap. Yelah, abang suka Netherlands. Alah, ajak pergi tak nak"
"Nampak sangat tua"
"Siapa?"
"Jiran sebelah"
"Eh Uncle Maher memang dah tua kan?"
"Hihihihihi"
"Apa?"
"Hihihihihihihi"
"Apa, Ra?"
"Tua emang slow gini hihihi"
"Abang ke yang Ara cakap tua?"
"Ho la"


27/12

Deep love leaves deep scars

"Cakap apa? Tak ingat pun"
"Abang cakap 'Kalau sayang, tak tinggal'"
"Oooo"
"Abang okey tak? Kenapa nangis? Tak pernah mimpi tak nangis. Abang mimpi apa senanya?"
"Tak ada apa. Terbawa-bawa semalam fikir kot"
"Cerita la mimpi apa"
"Kenapa tak tidur?"
"Tersedar"
"Dah, tidur"
"Abang…cakaplah"
"Benda lama. Tak penting"
_

"Deep love leaves deep scars"
"Sorry, kacau tidur Ara"
"This still hurts you, kan abang?"
"Jom tidur"
"Abang"
"Ninety percent of people don’t fall in love with the right person, but with the one who is there at the right time"
"Mmmm…"
"I don’t hate her. She chose the right one, at the right time, with the right man. No man can step in unless he is invited"
"Abang…"
"3:58 dah, Ara. Jom tidur. Kejab lagi nak Subuh"


28/12

Simple — no arguments

Kakak: Why didn’t you cut your hair?
Dad: Your mom likes it long
Kakak: Why though?
Dad: I don’t know. I didn’t ask. If it makes her happy, why not? As long as it’s not against our religion
Kakak: That lowkey sounds henpecked
Dad: You think so?
Kakak: Maybe
Dad: I take care of myself. For me and for her. I don’t like fighting over small things. If your mom wants my beard like Santa’s, I’ll grow it. If she wants my hair curly, I’ll do it. Simple. No arguments


30/12

Ada Beza

"Bang, gunting rambut tau"
"Kenapa? Orang simpan dah"
"Tak best dengar Huda cakap mmm"
"Ara suka, abang buat. Pendapat orang lain tak penting. Dia tengah besar, belum nampak perbezaan. Dengar nasihat bini dengan ikut telunjuk bini tu lain. Ikut telunjuk bini macam makan nasi kangkang. Ikut semua tak bantah. Bini ketua keluarga"
"Kita tak nak dia salah faham"
"Lama-lama dia akan faham. Ara tak payah fikir"


2026-01-01

Dimanja-manja

"Tapi abang rasa, dia penat layan perangai laki dia tu. Kejab merajuk, kejab moody, kejab silent treatment, kejab marah. Perempuan kawin sebab nak laki layan perangai dia bukan dia layan perangai laki"
"Letih tau layan perangai acam tu. Acam layan anak itik"
"Dah anak itik pulak kena"
"Astu bertukar peranan acam mana tu? Pelik aje"
"Perempuan nak di manja tapi laki nak di belai-belai, di sayang-sayang, di usap-usap. Dua-dua nak menerima tapi tak nak memberi. Susah la"


2026-01-01

Warna-Warna dalam Alam Melayu







Saturday, January 03, 2026

Cerita Rahsia

"Kuning memang bolot semua hasil bumi tapi dulu diam-diam orang tak bercakap"
"Utara sana nampak acam senyap aje tak sangka isu besar"
"Perak, Kelantan lagi la, Pahang, Johor semua projek besar tak ada orang lain punya. Negeri lain tak pasti. Ada tapi tak agresif sangat. Orang tak berbunyi"
"Ri tu ramai cakap dia orang tak payah business"
"Duit nak pakai banyak. Berapa lapis keturunan. Anak dia orang bukan tahu buat apa"
"Perlis tu jauh sana. First time dengar"
"Dalam Perlis tu ada satu orang je control semua. Dialah hilangkan Amri Che Mat, rasanya Pastor Koh pun tapi tak pasti. Dia juga jatuhkan GISB"
"Siapa dia, bang?"
"Daim Zainuddin punya bini nombor dua punya sepupu"
"Serius ke?"
"Radhi Khalid, pelakon tu sepupu dengan bini Daim. Bini Daim, ayah dia kawin 4 tapi dia dengan Radh lain mak. Adik bini Daim yang selalu cakap pasal ekonomi. Adik dia laki. Dia orang semua 10 beradik, semua ada Ph.D"
"Kita tak tahu pun"
"Radhi Khalid & Ogy Ahmad Daud sepupu"
"Situ aje semua"
"Pandai doktor simpan rahsia. Takde siapa tahu Daim abang ipar dia"
"Alaa abang dia ada kerja doktor pakar bedah HBPP"
"Semua tahu ek"
"Orang handsome memang macam tu. Knowledgeable"


30/12

Thursday, January 01, 2026

Dari Kekasih untuk Kekasih

Adapun rindu terlalu dalam,
Seperti api di dalam sekam;
Hendak diluah takut terlarang,
Hendak dipendam membakar alam.

Sayang
19-12-2025

Personal Hygiene Essentials

Oral Care

• Toothbrush
• Toothpaste
• Dental floss

Body & Skin Care
• Facial wash
• Body wash
• Deodorant
• Body moisturizer

Hair & Scalp Care
• Shampoo
• Hair conditioner

Fragrance
• Body spray
• Perfume

Shaving & Grooming
• Disposable razors
• Shaving gel
• After‑shave balm

Feet & Nails
• Nail clippers
• Foot powder

Sun Protection & Skin Maintenance
• Sunscreen
• Lip balm

Packing
• Small reusable toiletry bag

Clothing Essentials
• Songkok – 1 piece
• School uniform – 2 sets
• Singlets – 4 pieces
• Boxer – 6 pieces
• School bag – 1 piece

Footwear Essentials
• Toilet slippers – 1 pair
• Canteen slippers – 1 pair
• Black school shoes – 2 pairs
• Sports / jogging shoes – 1 pair (for PE and sports activities)
• Football shoes – 1 pair
• Casual/outing shoes – 1 pair (for excursions)

Socks
• School socks – 3 pairs
• Football socks – 2 pairs
• Sports shoe socks – 1 pair
• Casual shoe socks – 1 pair


24.12.2025