Wednesday, January 07, 2026

aku tahu dalam kepala dia mesti ada persoalan — kenapa sekarang, kenapa tiba-tiba. tak ada ribut, tak ada petir, tapi abg berubah dan seolah-olah tutup terus pintu hati.

semuanya bermula bila kami buat deeptalk tentang cinta. dari situ aku sedar satu perkara yang aku lama nafikan — aku tak rasa cinta sebagai suami. bila perbincangan kedua jadi lebih fokus pada kami, keadaan jadi tegang. emosi jadi tak stabil, dan setiap cubaan untuk berbincang berakhir dengan tarik muka, memberontak, dan diam. dari situ hubungan kami jadi dingin.

aku tak nafikan, wife aku dah buat yang terbaik. aku tak salahkan dia. tapi aku tetap tak rasa kami serasi. cara berfikir, cara menerima n melihat sesuatu perkara — semuanya berbeza. menyebabkan setiap luahan atau perbincangan, berakhir dgn pergaduhan. sbb tu aku mula banyak diam, sebab aku tak rasa ada ruang yang selamat untuk meluah. lama-lama aku rasa kosong dan hilang diri sendiri.

aku sayangkan isteri aku, tapi cinta itu tak pernah hadir walaupun selepas bertahun-tahun dan dua orang anak. yang tinggal cuma sayang dan tanggungjawab. aku kahwin dengan harapan cinta akan tumbuh, tapi selepas enam tahun, keserasian itu tetap tak ada.

aku sedar ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa. mungkin keadaan boleh reda sekejap, tapi aku yakin ia akan berulang. aku juga sedar kegagalan ini banyak datang daripada diri aku sendiri — aku melamar tanpa benar-benar kenal diri aku dan keperluan emosi aku. tempoh kami kenal tu pendek sgt, dlm 5 bulan, terus menikah.

aku takut kalau aku terus bertahan, aku akan makin kosong dan hilang diri. impaknya nanti akan lebih besar, untuk aku, dia, dan anak-anak. aku bukan nak lari, dan aku bukan jahat kerana rasa begini. aku cuma jujur dengan diri sendiri.

tentang anak-anak, apa pun keputusan nanti, aku tetap akan jadi ayah yang hadir dan bertanggungjawab. itu tak pernah berubah.

aku cuma cuba menahan keadaan ini daripada menjadi lebih buruk — dan dalam kemampuan aku yang terhad, aku hanya mahu kurangkan impaknya untuk semua.

aku pon tak tahu mana yg lebih minima impak, berpisah sekarang, atau bertahan tapi tanpa jiwa.

(Facebook)
_

"Ri tu kan abang pernah cakap laki kalau tak sayang dari awal maknanya tak sayang"
"Ha. Cinta tak boleh di pupuk. Perempuan boleh"
"Acam mana abang tahu eh? Sebab handsome?"
"Ha? Handsome?"
"Ya Tuhannn boleh tak tolong dia? Lambat acam siput"
"Ingat handsome lain hahahaha"