"B"
"B untuk apa? Hubby ke baby?"
"Babyyyy. Tak pernahlah B for hubby. Always babyyyy"
"Ha nak apa?"
"Awak tak nak ke panas enjin?"
"Enjin dalam kain? Sedia untuk di panaskan"
"Itu aje tahu. Jom la outing"
"Baru je sampai"
"Lapar"
_
"Sate apa nak? Ayam? Daging? Kambing? Perut? Limpa? Hati? Paru?"
"Hati"
"Berapa cucuk?"
"5"
"Hati 5, perut 5, ayam 10, daging 10. Boleh?"
"Sedapnya"
"Air mineral?"
"Kita bawa botol"
"Bungkus tokey macam ni"
"Abang minum apa?"
"Kongsi Ara punya"
_
"Asenya acam dah lama sangat abang tak beli sate Kajang"
"Ara nak ke? Esok abang beli"
"Tak nak"
_
"Minum air setengah jam sebelum makan atau sejam selepas makan"
"Minum air pun ada law"
_
"Musim hujan macam ni semua yang kerja sendiri susah hati. Nelayan tak dapat turun pantai, getah tak boleh toreh, car wash kurang orang, jentera tak jalan, hardware tutup awal. Construction berhenti sekejab"
"Kenapa, bang?"
"Mana boleh buat kerja waktu hujan. Konkrit tak kering tiang tak kuat. Kalau tukang kampung biasa setahun buat 3/4 rumah. Musim hujan kerja tak jalan. Mana nak tolak kereta sorong dalam lecak. Jentera tak boleh masuk site — tanah lembut. Lori hantar barang pun tak nak masuk risau terbalik"
"Ha'a kan. Tak terfikir kita"
"Kerja construction kena pandai susun jadual kalau nak kerja sepanjang tahun. Sebab tu kita susah nak dapat tenaga mahir"
"Katanya, PMX naikkan gaji separa mahir RM 2,500"
"Abang masa mula-mula dulu tak berapa pandai. Banyak buat kerja orang tak bayar. Kerja dah siap, nak claim tak dapat. Tambah sakit bila guna modal sendiri beli barang. Gaji pekerja sangkut. Lambat bayar, pekerja lari. Gaji setiap satu/dua minggu"
"Ramai ke yang lari?"
"Pekerja nak duit. Kerja construction tak boleh kawtim bab gaji. Mesti sharp bayar. Abang nak layan kerenah tuan rumah nak itu ini. Dalam pelan tak ada tapi minta macam-macam. Tak bagi tak nak bayar. Pekerja biasalah bila masa tak buat hal. Masa sakit dulu…abang hadap semua. Kiri kanan depan belakang nak guna duit. Dengan bil ubat…hmm. Abang masa tu tak tahu nak mengadu dekat siapa"
"Kita rasa sebelum ni abang jarang sangat cerita pasal sakit"
"Kanser?"
"Ha'a"