Tuesday, November 28, 2017

Jarak

Saya seorang lelaki yang suka berjauhan dengan orang yang saya sayang. Saya kira jarak selalu mencipta detik rindu yang manis untuk di rasai setiap hari. Jarak, pada saya bukanlah halangan pada sebuah perhubungan. Saya selalu percaya jarak mendekatkan manusia yang saling berkasih. Cinta yang mekar di hati berputik kerana di bumbui rindu.

Setelah hampir dua minggu meninggalkan Hara atas urusan kerja, hari ini saya mengajaknya menunggang motorsikal ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Dalam pemilihan kereta, saya sukakan kelajuan. Berbeza dengan motorsikal, saya lebih sukakan chopper berbanding superbike. Pada saya menunggang chopper lebih santai, relaks dan menenangkan. 

Mungkin kerana faktor usia yang semakin meningkat, adrenaline dalam badan semakin berkurangan. Minat terhadap superbike semakin luntur. Bertemu Hara, gadis yang sukakan chopper sungguh menghidupkan perasaan. Saya seperti di tarik-tarik untuk menunggang chopper. Dan Hara seperti biasa kelihatan cantik mengenakan pakaian apa pun. Hara sentiasa menawan di mata saya.

Kami menunggang secara santai menggunakan laluan belakang. Sengaja tidak memilih lebuh raya; mungkin kerana mahukan udara bersih dan tunggangan yang lebih relaks. Hari ini saya membelah awan bersama Hara; menikmati udara dan harum minyak wanginya yang sungguh menyegarkan jiwa. Saya selalu merindu harum wangiannya. 

Tidak ada sebarang tujuan saya mengajak Hara ke Lexis Hibiscus selain untuk minum pagi sambil berbual kosong. Saya rindu menatap matanya yang ayu, mendengar suaranya yang merdu, menikmati haruman wangian yang mendebarkan. Saya selalu mahu berada dekat denganya. Saya selalu mahu bersama dia. Dialah yang mententeramkan resah jiwa saya.

Selesai sarapan pagi, saya mengajak Hara pulang menaiki train. Saya mahu berlama-lama bersama Hara menikmati keindahan alam. Saya ambil keputusan telefon tow truck, minta hantarkan chopper kami berdua ke kediaman masing-masing. Hal ini mudah sahaja di uruskan kerana motosikal saya mempunyai insurans untuk towing. Selesai sahaja urusan penghantar chopper kami bergerak ke kaunter tiket. 

Saya keluarkan buku sudoku sedang Hara ralit membaca novel penulis Perancis terkenal. Di antara kerdipan mata, saya mencuri memandangnya tanpa jemu. Mencuri pandangan melihat gadis pujaan adalah perasaan yang paling menakjubkan buat seorang lelaki. Saya melihat diri saya yang ada padanya. Dia seperti sebuah cermin buat saya.

Mujur saja dia masih belum milik saya sepenuhnya kerana saya ingin sekali merangkulnya dengan erat seperti pasangan yang sedang enak di buai perasan. Berjauhan selalu mendekatkan manusia, putik rindu dalam jarak yang jauh jarang sekali mengecewakan. Berada di samping Hara, masa terlalu mencemburui kami sedang rindu tak pernah jemu bertandang.


Rindu tak di ciptakan 
oleh jarak, namun oleh perasaan.
Kamu merindukan bukan karena ia jauh, 
namun karena
ia telah ada, di dalam kamu. 


— Kharisma P Lanang

Sunday, November 26, 2017

Ride

Daddy: Daddy bangun lambat sikit dah hilang
Umar: Daddy sampai Malaysia pukul 5 pagi. Adik tak nak kacau daddy penat
Daddy: Dekat mana ni?
Umar: Adik pergi ride dengan budak tecik-tecik
Daddy: Kemain dah pandai ride ride sekarang ni
Umar: Kita orang dah besar daddy
Daddy: Ni dekat mana dah?
Umar: Adik pergi book hunting. Sekarang adik dekat Tanjung Rhu
Daddy: Buat apa sana?
Umar: Sarapan pagi. Daddy datanglah sini
Daddy: Ride sangat. Atas highway duduk atas Defender. Jadikan buat aksi 
Umar: Daddy tuke mengumpat adik
Daddy: Hahaha Mini Ducati pun jadilah. Janji superbike. Dekat jalan besar duduk atas truck pun tak apa hahahaha
Umar: Daddy tuke cederakan hati anak sendiri
Daddy: Hahaha jiwa kena kental. Kata bikers
Umar: Bikers pun ada jiwa dan perasaan daddy
Daddy: Alah sentap pulak

Thursday, November 09, 2017

Satellite call

+ Hai Hara. Abang baru balik. Dah tidur ke?
_ Belum. Tunggu baby balik hikhik
+ Hahaha bukan main je
_ Baby jom video call
+ HP abang jangan kata internet. Kamera pun tak ada dik
_ Priv mana Priv???
+ Heeee tertinggal dekat Malaysia yang
_ Passport kan ada
+ Hahaha ada memanglah ada. Tapi tu handphone kerja
_ Kejab je plish
+ Tak mo. Segan. Abang call je
_ VC please please please
+ Segannnnnnnnnnnnnn
_ Poyoooooooooo. VC je pun
+ Abang tak biasa video call
_ Blwekk majuk
+ Laaaa. Majuk cepat tua
_ Biarlah. Biar tua
+ Tawanlah hatiku :)
_ Abang ni
+ Tawanlah hatiku :)
_ Abang balik cepat please
+ Kahkahkah dah rindulah tu kan
_ Sikit je rindu abang
+ Majuk je. Majuk je
_ Majuklah abang tak nak VC dengan adik
Satellite call boleh kot?
_ Tak mo. Putus-putus
+ Baru  feel bercinta bila cakap putus-putus hahaha
_ Poyolah abang ni
+ Abang call eh?
_ Okay baby

Wednesday, November 08, 2017

Who Am I to Stand in Your Way



Kiranya mimpi adalah pembawa petanda, saya tak lagi ambil peduli apatah lagi resah dan tak tentu arah bila di datangi mimpi seperti waktu dahulu. Kini saya lebih tenang. Tak lagi ambil pusing tentang mimpi yang datang setiap malam; terutama yang melibatkan awak. Mungkin saja, saya sudah begitu pasrah menerima takdir. Hal-hal lama tak akan mungkin kembali. Begitulah penamat cinta kita. 

Saya doakan yang baik-baik saja buat awak dan suami. Moga hari-hari mendatang di penuhi kegembiraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

_

I know it sounds crazy
But I need you to trust me
If it's how it must be
Then I'll fade away

When it finally feels true
Do what you have to
Cause I'll never blame you
For not choosing me



Who Am I to Stand in Your Way 
Chester See

_

Sharjah, UAE - Istanbul, Turkey
8.10 malam, 8 November 2017

Saturday, November 04, 2017

Hari-hari yang membahagiakan

Isnin, 30 Okt 2017

Sarapan pagi bersama Hara di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Cafés Richard menawarkan coffee dan sajian makanan dari Perancis yang berkonsepkan gaya mewah klasik Paris. Walaupun sedia maklum Hara bukanlah peminat tegar kafein, sengaja bawa dia ke sini untuk menikmati secangkir kopi panas sebagai pengikat kasih. 


Selasa, 31 Okt 2017

Petang yang agak istimewa kerana menghabiskan masa bersama Hara bermain polo. Hara nampaknya sungguh elegan apabila mengenakan pakaian untuk sukan ini. Katanya, dia sudah agak lama tidak bermain polo kerana tidak ada teman, di samping cuba menghindar beberapa tokoh koporat yang ingin mendampinginya ketika berada di padang. 


Rabu, 1 Nov 2017

Hari ini janji temu saya bersama pakar psikiatri. Kali ini saya bawa Hara bersama. Saya mahu Hara bertemu, berbual, bertukar pandangan atau apa sahaja bersama doktor peribadi saya. Saya mahu dia tahu dan maklum perkembangan psikiatri, psikologi serta trauma-trauma yang saya hadapi selama ini. Saya benar-benar tak mahu merahsiakan apa-apa dari dirinya.


Khamis, 2 Nov 2017

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini saya selalu benar berada di dapur bersama Makcik Siti memasak pelbagai hidangan. Dengan bantuan Chef Jo, saya kira, saya sudah mahir memasak beberapa hidang. Tengah hari itu saya minta Don hantarkan makanan buat Hara yang berada di pejabat. Hara menerima honey garlic salmon dengan begitu riang sekali. 


Jumaat, 3 Nov 2017

Malam tadi bawa Hara dan anak-anak menikmati masakan melayu di Bunga Emas Restaurant, Royale Chulan Kuala Lumpur. Makan malam yang di penuhi senyuman, gelak ketawa dan kegembiraan. Anak-anak kata mereka senang sekali dengan Hara. Apatah tidak, Hara begitu rajin melayan setiap soalan yang mereka lontar. 

_

Kelmarin, buat pertama kalinya saya menerima hadiah daripada Hara berupa sebuah Black Berry Priv yang telah lama saya idamkan tapi tak punya waktu untuk membeli, sebuah HP Elite x2 yang menurut Hara mudah untuk saya menyemak kerja di mana-mana dan sebuah jam tangan Patek Philippe. Katanya, dia mahu saya selalu mengingati dirinya.

Aidil Adha yang lepas, saya hadiahkan Hara sebuah jam tangan Richard Mille dengan kata-kata yang sama. Hara turut menghadiahkan saya sebuah buku berjudul Ugama Islam dan Akal oleh Syed Sheikh al Hadi yang di cetak semula oleh Malahah Press kerana dia sedia maklum saya sedang meneliti perihal akal dan agama. 

“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”
(al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan)