Isnin, 30 Okt 2017
Sarapan pagi bersama Hara di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Cafés Richard menawarkan coffee dan sajian makanan dari Perancis yang berkonsepkan gaya mewah klasik Paris. Walaupun sedia maklum Hara bukanlah peminat tegar kafein, sengaja bawa dia ke sini untuk menikmati secangkir kopi panas sebagai pengikat kasih.
Selasa, 31 Okt 2017
Petang yang agak istimewa kerana menghabiskan masa bersama Hara bermain polo. Hara nampaknya sungguh elegan apabila mengenakan pakaian untuk sukan ini. Katanya, dia sudah agak lama tidak bermain polo kerana tidak ada teman, di samping cuba menghindar beberapa tokoh koporat yang ingin mendampinginya ketika berada di padang.
Rabu, 1 Nov 2017
Hari ini janji temu saya bersama pakar psikiatri. Kali ini saya bawa Hara bersama. Saya mahu Hara bertemu, berbual, bertukar pandangan atau apa sahaja bersama doktor peribadi saya. Saya mahu dia tahu dan maklum perkembangan psikiatri, psikologi serta trauma-trauma yang saya hadapi selama ini. Saya benar-benar tak mahu merahsiakan apa-apa dari dirinya.
Khamis, 2 Nov 2017
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini saya selalu benar berada di dapur bersama Makcik Siti memasak pelbagai hidangan. Dengan bantuan Chef Jo, saya kira, saya sudah mahir memasak beberapa hidang. Tengah hari itu saya minta Don hantarkan makanan buat Hara yang berada di pejabat. Hara menerima honey garlic salmon dengan begitu riang sekali.
Jumaat, 3 Nov 2017
Malam tadi bawa Hara dan anak-anak menikmati masakan melayu di Bunga Emas Restaurant, Royale Chulan Kuala Lumpur. Makan malam yang di penuhi senyuman, gelak ketawa dan kegembiraan. Anak-anak kata mereka senang sekali dengan Hara. Apatah tidak, Hara begitu rajin melayan setiap soalan yang mereka lontar.
_
Kelmarin, buat pertama kalinya saya menerima hadiah daripada Hara berupa sebuah Black Berry Priv yang telah lama saya idamkan tapi tak punya waktu untuk membeli, sebuah HP Elite x2 yang menurut Hara mudah untuk saya menyemak kerja di mana-mana dan sebuah jam tangan Patek Philippe. Katanya, dia mahu saya selalu mengingati dirinya.
Aidil Adha yang lepas, saya hadiahkan Hara sebuah jam tangan Richard Mille dengan kata-kata yang sama. Hara turut menghadiahkan saya sebuah buku berjudul Ugama Islam dan Akal oleh Syed Sheikh al Hadi yang di cetak semula oleh Malahah Press kerana dia sedia maklum saya sedang meneliti perihal akal dan agama.
Aidil Adha yang lepas, saya hadiahkan Hara sebuah jam tangan Richard Mille dengan kata-kata yang sama. Hara turut menghadiahkan saya sebuah buku berjudul Ugama Islam dan Akal oleh Syed Sheikh al Hadi yang di cetak semula oleh Malahah Press kerana dia sedia maklum saya sedang meneliti perihal akal dan agama.
“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”
(al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan)