Thursday, July 30, 2026

Pilih Kertas Pembungkus Halal


• Pilih kertas bertaraf “food grade” yang sesuai digunakan untuk pembungkusan makanan.
• Utamakan produk yang mempunyai pensijilan atau pengiktirafan berkaitan, seperti logo HALAL atau piawaian keselamatan makanan yang sah (SIRIM / SGS / FDA)
• Elakkan kertas yang berbau pelik, mempunyai bau kimia yang kuat atau permukaannya terlalu licin.
• Berhati-hati dengan kertas kitar semula yang tidak jelas sumber dan spesifikasinya, khususnya untuk makanan berminyak.

Kegilaan Malaysia

 

“Malaysia merancang untuk membuka lebih banyak pusat beli-belah, dengan 34 kompleks baharu sedang dalam perancangan. Antaranya termasuk dua pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, iaitu Ombak KLCC dan 118 Mall, yang dijangka mula beroperasi pada separuh kedua tahun 2026. Pada masa ini, Malaysia sudah mempunyai 988 pusat beli-belah dengan jumlah keluasan ruang runcit mencecah 17.3 juta meter persegi.” — The Rakyat Post

Ary


"Itu dia punya nama testicle bra alias ballkini"
"Dah lendut ke sampai kena pakai penampung?"
"Mau bili kasi halo halo"
"Untuk apa menatang tu?"
"Kasi lu punya bola ada itu comfort"
"Jangan harap aku nak beli hahahahaha"

Wednesday, July 29, 2026

Bukan Salah Sesiapa

 



Tadi abang dengar satu voice note—suara seorang perempuan. Kemudian YouTube syorkan puisi ini. Abang buka. Abang dengar berkali-kali, seolah-olah sayang yang hantar.

Abang tak marahkan sesiapa pun. Bukan salah sayang, bukan salah lelaki yang sayang pilih — bukan salah sesiapa, kecuali abang. Seksanya hidup menanggung rindu. Lebih seksa memaafkan diri.


Hari terakhir di Yining, Xinjiang
26 Jun 2026, 7:34 pagi

AI and Rare Books


This week, it was reported that AI labs are buying up rare books in bulk, slicing the spines off, scanning the pages, and destroying the paper. Anthropic was first. Their internal planning document called it "Project Panama" and said they didn't want it known they were working on this. A federal judge ruled it legal. Buying a book buys the right to destroy it, and an upload still leaves only one copy behind. Now a broker sources the books for any lab that wants them and keeps the buyers anonymous. Books printed before 2022 cost more, because those pages are guaranteed to contain no AI writing. The orders arrive as spreadsheets of ISBN numbers. Out-of-print titles are on the lists. Nobody counts how many copies are left before a book goes into the cutter. Some of them may be gone forever.

[C&P]

ABCDGLC


"Siapa tu?"
"Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan. Adik-beradik dia"
"Ooooh"
"ABCDGLC"

Monday, July 27, 2026

Gurau Manja



"Raaa, apa tu?"
"Berdesup call kita"
"7:43 pagi dah usik abang"
"Gurau-gurau manjah gitu"
"Abang balik petang. Masak sedap buka puasa"
"Nasi kenduri boleh?"
"Kendurikan Ara sekali pun boleh"
"Ouch!"
_

"Raaa, abang busy ni"
"Kita nak cakap aje"
"Apa? Rindu?"
"Taklah"
"Habis tu?"
"The ceiling…the sky…but I'd rather be under you"
*tarik nafas*
"Okey, bye!"
"Lepas tu lari"


Panggilan telefon
27/7

Hukum Anak Bekas Suami

 

Anak bekas suami tetap jadi anak tiri kepada bekas isteri walaupun anak itu lahir selepas mereka bercerai.

Sunday, July 26, 2026

Berjalan tanpa Kasut

Dua hari ini aku habiskan masa bersama Ocio dan anak-anaknya. Sabtu, selepas bawa kembar masuk hutan secara santai dan mengutip cendawan, aku ke rumah Ocio. Aku bawa mereka ke Subang Parade untuk membeli pakaian, buku dan permainan. Kemudian kami makan tengah hari di NU Empire. Selesai solat Zuhur, kami ke pusat rawatan Tabib Cina. Ocio akan jalani urutan Tuina. Sebelum ini, Ocio sudah pun jalani akupunktur dan moxibustion bersama minuman herba secara berkala. Rawatan fisioterapi di hospital juga banyak membantu. Ocio nampaknya semakin pulih. Wajahnya nampak lebih ceria daripada biasa.

Prosiding mahkamah masih berjalan kerana bekas isterinya tidak hadir perbicaraan. Dia juga mengemukakan beberapa tuntutan termasuk hadhanah. Selepas bercerai, aku nampak Ocio jauh lebih tenang dan santai, seolah-olah batu besar yang sekian lama menghempap pundaknya akhirnya terangkat. Kata Ocio, dia tidak lagi mahu berkahwin. Ungkapannya ringkas tetapi padat — "Remarriage does not necessarily lead to happiness." Aku memahami kekecewaan yang masih bersisa daripada pengalaman perkahwinannya yang pahit. Herodotus pernah berkata "Punca segala kekacauan dalam sejarah ialah orang perempuan." 

Pagi ini, ketika berjalan di dalam hutan, kami berkaki ayam. Aku teringat tulisan Park Dong-chang dalam bukunya Walk Barefoot, yang membincangkan amalan berjalan tanpa memakai kasut (earthing). Beliau berpendapat amalan tersebut berpotensi membantu merawat kanser dan beberapa penyakit lain, termasuk kardiovaskular. Beliau turut menghimpunkan pelbagai testimoni daripada bekas pesakit yang mendakwa memperoleh manfaat daripada amalan ini walaupun sehingga kini belum ada bukti saintifik yang kukuh untuk mengesahkan dakwaan tersebut. Testimoni itu boleh di baca melalui karya keduanya, Barefoot Walking Saved Me.

Selesai meredah hutan, Ocio mandi sungai bersama anak-anaknya. Kembar pun tidak melepaskan peluang untuk turut sama bermain air. Aku pula ke dapur membantu Ara menyiapkan hidangan tengah hari. Menu hari ini ringkas sahaja — kari hijau daging, ikan bakar, air asam, kerabu perut, ulam raja dengan sambal kelapa dan tentunya air kelapa muda pandan. Selepas makan tengah hari, Ocio berehat. Anak-anaknya ikut tidur bersama. Sebelum berlepas pulang, kami hidagkan Ocio pulut mangga santan bersama sagu gula Melaka. Anak-anak kecil makan ais krim goreng yang di sediakan Adam. Selepas Asar, aku menghantar Ocio pulang ke rumahnya. 

Saturday, July 25, 2026

Hai Ummi

Hai Ummi,

Sekarang pukul 3:53 pagi. Balik petang tadi, Im terlelap di ruang tamu. Kemudian Ara kejutkan Im sekitar 8 malam untuk solat Maghrib. Selesai Maghrib, Im sambung tidur semula hingga jam 2 pagi. Kepala masih terasa berat dan sakit. Agaknya kerana semalam Im langsung tak tidur. Selepas mandi, Im duduk rehat di balkoni. Ara sudah lena. Memang dia tidak akan kejutkan Im kalau Im tertidur. Mungkin dia kasihan melihat Im terlalu letih. Minggu depan, Umar dan Adam akan kembali ke sekolah. Cuti sudah berakhir. Huda pula masih belum menetapkan hala tuju. Mungkin dia masih memerlukan sedikit masa.

Rumah anak yatim akan memulakan pelaksanaan program secara berperingkat mulai 1 Ogos 2026. Kerangka Induk sudah pun siap, namun masih dalam proses penambahbaikan. Mungkin ada yang menganggap aneh kerana kerangka program dibina selepas pusat mula beroperasi. Pendekatan ini lebih baik kerana kita dapat mengenal pasti keperluan sebenar pusat dan para penghuni berdasarkan realiti, bukan andaian. Melalui pendekatan ini juga, laporan prestasi dan perkembangan dapat dipantau dengan lebih sistematik bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan setiap program yang dilaksanakan.

Kebanyakan pusat jagaan anak yatim lazimnya menumpukan kepada keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan pendidikan formal. Perspektif mereka lebih tertumpu kepada aspek kebajikan berbanding pembangunan potensi insan. Bagi Im, anak-anak ini tidak mempunyai apa-apa kekurangan. Jika diberikan peluang, kemahiran dan bimbingan sejak kecil, mereka mampu berjaya seperti orang lain. Masalah yang sering berlaku hanyalah sebahagian daripada mereka mempunyai kelayakan akademik, tetapi kurang bersedia menghadapi realiti kehidupan apabila keluar daripada institusi.

Pusat ini dibangunkan dengan sebuah cita-cita —seperti obor yang pernah Ummi nyalakan satu ketika dahulu. Sama seperti Ummi, Im tidak melihat para penghuni sebagai "anak yatim yang perlu dikasihani", tetapi sebagai insan yang memiliki potensi untuk menjadi aset kepada masyarakat. Pusat ini dibina seperti sebuah rumah yang membesarkan manusia yang berjiwa, berakhlak dan mempunyai harga diri. Tetap akan ada ruang sunyi dalam hati mereka yang tidak mampu diisi, namun, sekurang-kurangnya kita berusaha memenuhi ruang itu dengan kasih sayang, ilmu dan harapan.

Sekarang, Im sedang memberi tumpuan yang tinggi kepada kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam kalangan penghuni, Im dapati beberapa orang mempunyai masalah disleksia (kesukaran membaca dan mengeja), diskalkulia (kesukaran mengira dan mengenal konsep nombor) dan disgrafia (kesukaran menulis). Laporan Bank Dunia mengenai kemahiran asas murid sekolah rendah di Malaysia yang diterbitkan pada April 2024 mendapati bahawa 27% murid Tahun 1 masih belum mampu membaca. Sebelum budaya ilmu dapat dibina, inilah masalah asas yang perlu di selesaikan dahulu.

Dalam Kerangka Induk, salah satu matlamat utama pusat ialah melahirkan penghuni yang berbudaya ilmu. Im bangunkan kerangka ini melalui empat tahap. Tahap pertama ialah membina tabiat membaca dan meningkatkan tahap bacaan secara berperingkat supaya buku tidak dirasakan sebagai beban atau sesuatu yang membosankan. Tahap kedua memberi penekanan kepada pembinaan kefahaman dan penghayatan nilai. Tahap ketiga pula bertujuan mengembangkan cara berfikir. Akhir sekali, Tahap keempat ialah membina budaya ilmu melalui penulisan esei, diskusi buku dan projek pembacaan.

Selepas tiga bulan pertama, setiap penghuni diwajibkan mempunyai rekod bacaan, ulasan ringkas dan sasaran bacaan bulanan. Bagi Im, lebih bermakna melahirkan sepuluh orang yang benar-benar mencintai buku daripada memiliki sepuluh ribu buah buku yang tidak pernah disentuh. Melalui kaedah ini, perkembangan setiap penghuni sejak fasa awal seperti kemajuan membaca, tahap numerasi, disiplin, minat dan bakat dapat direkodkan sebagai data asas untuk memperhalus program pada tahun berikutnya. Pendekatan ini juga akan memudahkan pusat dinilai oleh agensi yang berkaitan dengan data yang jelas.

Perkara kedua yang bergerak seiring dengan pembangunan kemahiran kendiri (life skills) ialah Pembangunan Kerjaya dan Pendedahan Profesional. Ramai anak yatim tidak pernah didedahkan kepada dunia kerjaya, khususnya dalam bidang profesional dan perkhidmatan awam yang berprestij. Oleh itu, pusat menyasarkan sekurang-kurangnya empat orang tokoh daripada pelbagai bidang dijemput setiap tahun untuk berkongsi perjalanan dan aspirasi kerjaya mereka. Melalui pendekatan ini, diharapkan para penghuni dapat melihat peluang kerjaya yang lebih luas dan berani bercita-cita tinggi.

Bye, Ummi. Nanti Im tulis lagi.

Friday, July 24, 2026

Malu

"Sebab abang malu. Ada sekali dulu abang pernah kena marah dengan Kajang sebab abang salah. Abang confuse terms, yelah, abang mana tahu kerja dia macam mana"
"Abang…masih simpan dalam hati sampai sekarang?"
"Haah…tak boleh lupa. Abang tak nak budak-budak asrama rasa apa yang abang pernah rasa…malu la"
"Jangan ingat. Sakit hati kan sakit"
"Sakit hati…kecil hati…"
"Lepaskan, abang. Jangan simpan dalam hati"
"Hmm…"


June, 2026

Wednesday, July 22, 2026

Perempuan


"Ha'a laaa. Betul abang cakapppp"
"Orang perempuan memang semua laki cakap tak percaya"

Belum

"Dah dapat lupakan Kajang?"
"Hai straight to the point je tanya"
"Astu nak tahu. Tanya ajelah"
"Belum lagi"
"Kenapa tak teruskan?"
"Sakit boleh tahan, rindu boleh simpan…tapi…ketenangan hati lebih penting"
"Tepi sikit. Dahlah berat"
"Ni kenapa?"
"Menyampah"
"Tapi abang sayang"
"Sayang pokok sana"
"Apa marah-marah. Cepat tua"
"Biar. Abang tak sayang kita pun"
*peluk*
"Lepasssss!"
"Shhh…"
"Lepasssss! Abangggg!"
"Dah, dah…"
"Bencilahhhh! Abangggg!"
"Ara, dah…dah eh…okey…okey…dah…"
"Astu peluk la kenapa lepas"
"Tadi suruh lepas"
"Tak pun"


12/7

Hancurkan Dua Lelaki

"Apa perasaan Kajang hancurkan dua lelaki dalam hidup dia?"
"Ha?"
"First, abang. Then husband dia. Dia tahu tak, dia hancurkan hati perempuan lain bila dia cari abang?"
"Hmm…"
"Sib baik tau kita tak bercerai"
"……"
"Ada husband, kan? Please jangan kacau laki orang. Dhia pun cakap penat tau jadi penyondol"
"Mana ada dia nak abang. Tanya khabar je. Tak sampai situ"
"Nasiblah tak di ceraikan"
"Suami dia sayang dia"
"Tapi makan hati dari dalam?"
"Tapi perempuan macam Nuha wujud, kan? Masih sayang dan setia dengan lelaki yang curang"
"Alaaaa acam mana tahu"
"Habis drama mesti kena tuju apa-apa dekat abang"
"Ending tak logik"
"Ada benda yang kita tak boleh perbetulkan dan ada benda juga tak boleh patah balik. Satu silap langkah, semuanya hancur. Maaf boleh di terima tapi tak semua luka sembuh — Irsyad"
"Abang terasa? Tapi tak nak sorry. Jangan bercinta dengan isteri orang. Dosa, bang"
"Iye"
"Abang pernah suruh Kajang cerai?"
"Tak"
"Astu nak bermadu?"
"Ke arah situ tapi tak sampai hati nak lukakan hati Ara"
"Ada, maknanya?"
"Dalam otak abang. Tak pernah cakap, tak pernah bincang dengan dia"
"Astu kenapa tak teruskan?"
"Tak semua yang patah balik akan jadi seperti keadaan asal. Dalam hati abang, tak boleh tepis yang abang cuma nombor dua. Tak berbaloi, Ara, rosakkan semua yang abang ada sedangkan dalam hati dia ada orang lain"
"Bistu layan"
"Because I’m still stuck in the chapter where I had a place in her life, but the reality is different. Maybe it’s time for me or maybe for her to accept that the story we both loved has already ended. Abang tahu apa suami dia rasa sebab abang pernah lalui. Like she said, he didn’t deserve it"
"Why did she put you in that situation?"
"I couldn’t sleep peacefully. Dulu sebab pilih orang lain. Sekarang sebab rasa bersalah"
"The same man who once destroyed you is now the man you’re feeling sorry for?"
"I made a terrible mistake. A brother should never hurt another brother, but I did. I’m ashamed of myself"
"Before this abang dendam dengan dia sebab dia ambil girlfriend abang. Sekarang dia dendam dengan abang sebab abang kacau wife dia. Kajang dah buatkan dua lelaki saling berdendam dan bermusuhan. Bahaya tau tak?"
"Abang dah backed off. Dulu pun. Sekarang pun. Tak adalah abang nak gaduh sebab perempuan"
"Masalahnya, dekat mata laki dia, abang yang jahat. Girlfriend pun orang marah. Wife lagilah. And kalau orang tahu, abang jadi lelaki paling jahat sebab ganggu wife orang. Ara tak suka label tu pada abang. Nama abang rosak sebabkan benda macam ni aje"
"Tak apalah, Ara. Benda dah jadi. Abang curang dengan Ara. Abang minta maaf"
"Ambil girlfriend orang tak fikir. Sekarang diri sendiri merasa. Sakit tak? Mesti dia tak sangka, kan?"
"Abang dah memang rasa bersalah. Ara tambah lagi"
"Abang aje rasa bersalah. Masa dia buat, ada tak rasa bersalah?"
"Orang yang pilih dia, kan? Benda dah lepas, sudah. Cukuplah sekadar jadi peringatan untuk kita ambil pengajaran. Doalah Ara tak di uji benda yang sama. Rumah tangga dia selamat, kita okey, dah cukup"
"Tak tahan ke dengar kita kecam ex awak? Sayang ex lebih dari sayang wife sendiri"
"Bukan macam tu. Yang salah dalam semua perkara ni abang. Ara kena faham kedudukan dia dalam masalah yang abang sendiri letak. Jangan salahkan Kajang"
"Tapi kisah abang dengan dia dah habis. Betul tak? Kenapa dia cari abang? Menyesal? Pilihan salah? Or what?"
"One last conversation, maybe. Sebab putus dulu cara macam tu. Tak best. Letak ending baru. Ara jangan risau. Dia tak nak abang. Dia sendiri cakap kita masing-masing ada keluarga. Banyak hati yang terluka. Abang yakin, dia fikir semua tu dan dia tak nak pun sakitkan hati Ara, hati suami dia tapi tak semua perkara kita boleh kawal. Ara tak pakai kasut dia, Ara tak tahu. Jangan kita hukum orang. Kalau dia ada buat salah, bahagian dia dah selesai. Bahagian Ara, belum tahu. Cukuplah, dia dah banyak tanggung derita yang di pendam sebab abang. Jangan tambah garam pada luka orang lain. She was a soul left with no choice"
"Ex sentiasa menang"


11/7

Panas

"Abang suka perempuan tak banyak kawan, tak ada kawan laki, suka duduk rumah, suka buku. Pandai masak, pandai kemas tak pernah jadi syarat utama. Lepas tu Allah bagi Ara. Mana tak suka. Dalam dunia Ara cuma ada kakak angkat dengan abang"
"Haff tak suka kakak angkat kita astu suruh break"
"Dia tak tahu ke putus kakak angkat sampai boleh terjun bangunan kalah putus cinta?"
"Tu masalahnya, bang"
"Bangang. Musuh dengan kakak angkat bini habis la masa depan. Cuba baik, bini pun sayang"
"Bab tu kita sayang awak"
"Ehem…panas aaa. Nak mandi"
"Kemah adjust bohhhhh"
"Hahahahahahaha"


17/7

Antara Dua Gunung

"Sakit kepala dah seminggu lebih. Semalam dengan hari ni monster datang"
"Dia buat apa, bang?"
"Tayang filem pendek di antara dua celahan gunung…yang sedang di…hmm…"
"What leaves you, was never yours. Move on"
"Sekarang sakit dada. Dah dua jam"
"Kita acam rasa nak lemon. Abang nak?"
"Boleh. Letak garam sikit"
_

"Kita dah jampi. Pergi balik sana"
"Amboi, macam halau hantu"


21/7

Tuesday, July 21, 2026

Lawan Dunia

"Ahad, 4.00 – 5.00 minum petang dan solat Asar berjemaah digabungkan. Sabtu berasingan"
"Haa tak perasan. Kejab nak betulkan"
"Sabtu malam lepas Maghrib takde slot"
"Memang takde. Satu hari dah penat. Lepas Maghrib chow pergi siap homework"
"Kenapa Sabtu Ahad tidur awal?"
"Lepas awal boleh bernafas sikit. Macam kita dulu dekat asrama nak jugak masa bersendirian. Warden pun boleh rehat. 10.30 lampu semua tutup"
"Isnin-Jumaat takde minum petang?"
"Malam lepas Isyak ada makan. Sabtu Ahad aktiviti banyak. Petang tu kita bagi kuetiau sup ke, laksa ke, mee kuah ke. Sedap sikit. Nanti pisang dah berbuah, boleh buat goreng pisang. Ubi kayu pun belum tanam "
"Acam lama tak makan laksa"
"Ara rasa mana okey minum petang ke minum malam lepas Isyak?"
"Kita follow abang sebab kita percaya abang"
"Orang tanya tak membantu la"
"Kita nak tahu menu"
"Menu yang dia orang buat macam biasa je. Abang punya belum siap lagi. Nak mintak tolong Ara tapi kang bagi menu dulang mas"
"Suka tau mengata kita"
"Hari tu minta jamuan pun haa beratur menu"
"Alaaa ritu spontan hihihi"
"Yang tak spontan tak tahu menu apa keluar"
_

"Crew cut? Kenapa tak buzz cut?"
"Tak nak la nampak macam budak sekolah Henry Gurney. Nampak soft sikit bila orang tengok"
"Emang semuanya harus di fikirin"
"Masalah asrama anak yatim biasanya masalah kutu. Habis kutu masalah kulit macam kurap. Pusing-pusing sepanjang tahun kadang hadap benda ni. Budak-budak ni zero. Tak tahu apa. Semua kita kena cakap, kena bagitahu, kena letak arahan. Tu dalam manual kena tulis mandi berapa kali, bila nak syampu rambut, bila basuh baju, bila nak potong kuku. Tak suruh tak buat. Potong rambut pendek senang. Senang jaga cepat kering senang. Tak adalah sikit rambut sampai 15 minit depan cermin. Bas nak gerak, dia siap pun belum"
"Bis la dia orang pakcik garang masuk. Barissssss sedia! Ke kanan pusing!"
"Bulan depan masuk jadual baru ada latihan angkat kayu, dukung kawan, lari naik bukit"
"Acam latihan kembar…sian tau kita tengok boys di tenterakan, tapi girls, amboiiiii berboxing sakan"
"Kuatkan fizikal, lepas tu mental. Nak lawan dunia mana boleh lembik"


20/7

Monday, July 20, 2026

Pantau

"Abang mana turun selalu. Pantau je. Buat kerja belakang tabir"
"Kita faham keterbatasan abang"
"Abang nak setup sampai boleh bergerak sendiri dengan dana sendiri lepas tu serah ah. Macam company, bos tak ada kerja tetap jalan macam biasa. Bertukar staf ke ketua tak ganggu operasi"
"Emergency dana ada tak?"
"Nak buat apa projek pun, kurang-kurang kena ada dana 3-6 bulan. Lagi bagus setahun. Abang dah prepare untuk 3 tahun. Kalau abang tak ada, Ara tolong tengok-tengokkan. Usaha kita bersama"
"Kita tak, abang aje"
"Ara tulang belakang paling kuat sekali. Urus pembelian buku, barang-barang. Banyak senangkan abang. Sanggup izinkan abang buat benda ni. Ye la, kira Ara infak masa abang untuk Ara ke asrama. Bukan semua isteri suka. Ara jaga anak, abang boleh handle benda ni. Sebab Ara sanggup bersama-sama, abang dapat buat. Tak pernah pun Ara cakap nanti duit habis funding asrama, anak kita macam mana. Abang lega Ara tak pernah cakap benda macam tu. Ara sentiasa sokong apa abang buat. Banyak sangat mudahkan abang macam beli buku…bukannya senang. Kena deal kedai luar negara apa semua, cadangkan itu ini. Terima kasih…"
"Klik, klik aje. Tak susah pun"
"Tu beli barang satu satu kena compare kena selidik. Semua tu makan masa dan tenaga"


20/7

Saturday, July 18, 2026

Syarikat Pemula Pilihan META

META Pilih 10 Startup Israel untuk Program AI Eksklusif, Beri Akses kepada Teknologi Llama dan Sokongan Pembangunan

Antara syarikat yang dipilih ialah:

QRGenetics
Sebuah syarikat bioteknologi yang memanfaatkan GenAI untuk mempercepatkan penyelidikan klinikal serta membangunkan pendekatan baharu dalam rawatan penyakit genetik, termasuk penyakit jarang berlaku.

Twee
Platform pendidikan berasaskan AI yang membantu guru bahasa Inggeris menghasilkan bahan pembelajaran dengan lebih pantas, tersusun dan interaktif.

Lucid Dreams
Membangunkan “pegawai kewangan AI” untuk startup dan perniagaan kecil, dengan keupayaan menjana analisis kewangan, ramalan perniagaan serta pemantauan KPI secara automatik.

Adge.ai
Menggabungkan kreativiti dan analitik data untuk membantu jenama menghasilkan kandungan pemasaran yang lebih berkesan, sambil meningkatkan kecekapan kos.

Vinst
Mencipta pembantu memasak AI dengan panduan visual masa nyata bagi menjadikan proses memasak lebih mudah dan mesra pengguna.

Weavy
Sebuah platform penciptaan kandungan AI yang memberi kuasa kepada pasukan kreatif dan agensi menghasilkan kandungan berkualiti tinggi melalui aliran kerja automatik tanpa mengabaikan elemen kreativiti manusia.

Spines
Platform penerbitan digital berasaskan AI yang membolehkan penulis mengurus keseluruhan proses penerbitan — daripada penyuntingan dan reka bentuk sehingga pengedaran buku ke pasaran global.

OrCam (Hear)
Membangunkan teknologi hearables pintar yang membantu pengguna menapis bunyi sekeliling dan memberi tumpuan kepada komunikasi audio yang lebih relevan.

Panjaya
Menggunakan AI untuk menterjemah dan menyesuaikan kandungan video ke pelbagai bahasa dengan mengekalkan suara asal serta ekspresi pergerakan bibir.

Startup Hiburan Mod Stealth
Sebuah syarikat hiburan yang masih belum didedahkan identitinya, namun sedang membangunkan teknologi AI untuk menghasilkan dan memperluaskan kandungan animasi pendek secara besar-besaran.


Sumber: Penulis asal
Catatan: 22.9.2024

Friday, July 17, 2026

Sastera Melayu

[KOLUMNIS] Sastera Melayu kian nazak

Azura Halid
15/07/2026 | 16:47 MYT

KESUSASTERAAN Melayu pernah menjadi nadi kepada pembentukan tamadun bangsa. Daripada pantun, syair, gurindam hinggalah novel dan cerpen serta sastera moden, sastera Melayu bukan sekadar medium hiburan, malah menjadi wadah ilmu, ruang pemikiran, penghayatan falsafah dan pembinaan jati diri masyarakat.

Menurut Hashim Awang, sastera ialah “ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa”. Ini menunjukkan bahawa karya sastera bukan sekadar tulisan biasa tetapi karya yang mengandungi unsur seni, imaginasi dan pemikiran yang mendalam. Namun hari ini, muncul persoalan yang semakin membimbangkan, iaitu adakah sastera Melayu masih relevan atau sedang menuju ke alam barzakh?

Kebimbangan ini bukan sekadar retorik emosional. Hakikatnya minat masyarakat terhadap sastera Melayu semakin merosot, khususnya dalam kalangan generasi muda. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang baru menamatkan pestanya menyaksikan anak dunia hari ini memandang sepi aliran buku sastera Melayu.

Mereka lebih gemar membeli (membaca belum pasti) buku-buku popular seperti komik, novel cinta akhir zaman dan kisah jenayah bawah tanah. Peredaran dunia digital yang bergerak pantas pula telah mengubah budaya membaca menjadi budaya menatal skrin.

Generasi hari ini lebih akrab dengan video pendek, kandungan media sosial dan hiburan segera berbanding menatap novel klasik atau karya agung Melayu. Siapakah dalam kalangan anak muda pada hari ini yang masih menekuni Hikayat Hang Tuah atau Sulalatus Salatin?

Menurut Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), rakyat Malaysia membaca purata 24 naskhah buku setahun, meningkat berbanding 15 naskhah pada tahun 2014 (ceritabuku.com, 2024). Namun begitu, peningkatan angka tersebut tidak semestinya menunjukkan perkembangan positif terhadap pembacaan karya sastera Melayu. Sebahagian besar bahan yang dibaca lebih tertumpu kepada bahan digital, maklumat ringkas dan kandungan popular yang bersifat segera.

Fenomena ini menunjukkan bahawa budaya membaca karya sastera semakin terhakis. Pembacaan karya sastera memerlukan renungan, penghayatan bahasa dan pemikiran kritis, sedangkan media sosial membentuk budaya bacaan pantas dan singkat. Kajian tentang tabiat membaca generasi digital di Malaysia juga mendapati golongan muda lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca kandungan di media sosial berbanding bahan ilmiah atau kesusasteraan (EA Journals, 8 Oktober 2019).

Lebih membimbangkan, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang sebelum ini diajar di sekolah semakin kurang mendapat perhatian. Kajian akademik oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyatakan bahawa pelajar kurang berminat mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kerana dianggap sukar dan kurang menarik (eJournal UPSI, 10 November 2013). Keadaan ini memberi gambaran bahawa sastera Melayu gagal dipersembahkan sebagai bidang yang relevan dan dekat dengan kehidupan generasi baharu.

Dalam dunia pendidikan hari ini, kejayaan sering diukur berdasarkan kebolehpasaran pekerjaan dan penguasaan teknologi. Akibatnya, bidang sastera dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ramai pelajar memilih aliran sains, teknologi dan perniagaan kerana dianggap lebih menjamin masa depan dalam sektor pekerjaan.

Sastera pula dilihat sekadar subjek sampingan yang tidak penting dalam dunia moden apatah lagi apabila subjek Technical and Vocational Education and Training (TVET) atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional semakin diberi penekanan.

Persepsi ini amat berbahaya. Apabila masyarakat mula memandang rendah terhadap sastera, sebenarnya masyarakat sedang menjauhkan diri daripada nilai kemanusiaan dan pemikiran mendalam. Sastera membentuk empati, adab, identiti budaya dan keupayaan memahami kehidupan secara lebih halus. Bangsa yang kehilangan sastera ialah bangsa yang perlahan-lahan kehilangan jiwa dan raga.

Hal ini dicabar pula oleh industri penerbitan sastera Melayu yang berdepan dengan cabaran yang lebih besar. Kemajuan teknologi telah mengubah landskap penerbitan buku secara drastik. Kajian Universiti Malaya mendapati perkembangan teknologi dan penjualan buku secara dalam talian menyebabkan industri penerbitan perlu bersaing dengan pelbagai bentuk medium hiburan digital lain (Jurnal Pengajian Media Malaysia, 1 Disember 2016). Akibatnya karya sastera semakin sukar menembusi pasaran arus perdana.

Situasi ini turut disuarakan oleh komuniti pembaca sendiri. Maklumat di platform bincang dan sembang dalam komuniti talian global seperti forum, media sosial dan pengagregat berita (Reddit), menyatakan bahawa sesetengah pembaca mengeluh kerana sukar mendapatkan karya sastera Melayu berkualiti di kedai buku tempatan. Kedai buku lebih banyak memasarkan novel popular dan bahan bacaan ringan yang cepat terjual berbanding karya sastera yang memerlukan penghayatan intelektual. Hal ini secara tidak langsung melemahkan ekosistem sastera Melayu.

Namun begitu, mengatakan sastera Melayu semakin nazak atau sudah nyawa-nyawa ikan, mungkin agak keterlaluan. Hakikatnya sastera Melayu sedang berada dalam fasa perubahan yang mencabar. Media sosial yang sering dipersalahkan sebenarnya juga membuka ruang baharu kepada perkembangan sastera. Kini muncul komuniti BookTok, puisi siber, cerpen dalam talian dan kandungan kreatif berasaskan bahasa Melayu yang berjaya menarik minat anak muda (Sinar Harian, 2 Jun 2025).

Persoalannya bukan sama ada generasi muda tidak mahu membaca sastera Melayu, tetapi bagaimana sastera Melayu dipersembahkan kepada mereka. Jika sastera terus diajar secara kaku, terlalu berorientasikan peperiksaan dan gagal dikaitkan dengan realiti semasa, maka minat terhadapnya akan terus merosot. Sebaliknya jika karya sastera dihidupkan melalui filem, animasi, teater, medium digital, podcast dan media sosial, kemungkinan besar sastera Melayu mampu kembali relevan, malar segar dan diminati generasi sekarang.

Tokoh-tokoh besar seperti Usman Awang, A. Samad Said dan Shahnon Ahmad pernah membuktikan bahawa sastera mampu menjadi suara rakyat dan cerminan zaman. Karya mereka bukan sahaja indah dari sudut bahasa, malah tajam dari sudut pemikiran sosial dan kemanusiaan. Adaptasi karya-karya Sasterawan Negara ke layar perak atau di kaca TV atau di pentas teater setidak-tidaknya mengurangkan ketenatan naskhah agung kesusasteraan Melayu daripada terus terpinggir.

Persoalannya adakah masyarakat pada hari ini masih bersedia mendengar suara sastera? Sastera Melayu tidak seharusnya dilihat sebagai tinggalan masa lampau atau bahan nostalgia budaya dan simpanan arkeologi semata-mata. Mungkin benar sastera Melayu sedang tenat.

Namun selagi masih ada penulis, pembaca, guru dan masyarakat yang percaya pada kekuatan kata-kata, sastera Melayu belum benar-benar mati. Yang paling membimbangkan bukan kematian sastera itu sendiri tetapi kematian minat manusia terhadap ilmu, renungan dan kemanusiaan (eJournal UPSI, 13 Nov. 2013).

Sastera Melayu ialah khazanah intelektual bangsa yang perlu dipertahankan dalam menghadapi arus globalisasi dan budaya digital. Jika generasi hari ini gagal menghargai sastera, kita bukan sahaja kehilangan karya-karya agung tetapi juga kehilangan akar budaya, kesantunan bahasa dan daya fikir yang membina peradaban.


* Azura Halid merupakan Munsyi Dewan yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.

** Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan bidang yang dijalaninya, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

Thursday, July 16, 2026

Cardinal Robert Francis Prevost

Cardinal Robert Francis Prevost was elected as the 267th Pope, taking the name Pope Leo XIV. His first major encyclical, Magnifica Humanitas ("On Safeguarding the Human Person in the Time of Artificial Intelligence"), was signed on 15 May 2026 and officially promulgated on 25 May 2026. In this encyclical, Pope Leo XIV explicitly addresses the ethical challenges of artificial intelligence, warning against the "Babel syndrome"—where human reality is reduced to data, performance, and technical control—and cautioning that the misuse of AI risks building a future that excludes God and reduces the human person to a mere means  


1. Labor Market Trends: The real 2024 data showing philosophy graduates experiencing lower unemployment rates (5.1%) than recent computer science graduates (7%)

2. Industry Shifts: The active recruitment of philosophers by major AI labs like Anthropic, Google DeepMind, and OpenAI to guide reasoning, safety, and model constitutions.

3. Ethical Frameworks: The accurate distinction between deontological approaches (like Anthropic’s rule-based Constitutional AI) and consequentialist approaches (optimizing for aggregate outcomes or helpfulness).

4. Theological and Moral Context: The precise and timely application of Pope Leo XIV’s Magnifica Humanitas, which provides a profound moral frame for this exact debate, warning against technological progress that lacks ethical restraint and human dignity.

Wednesday, July 15, 2026

Misteri Murdoku

Gua Musang — 15 Julai

اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ

Allāhumma-għsil khaṭāyāya bil-mā'i wath-thalji wal-barad, wa naqqinī minal khaṭāyā kamā yunaqqath-thawbul abyaḍu minad-danas.

Maksudnya: “Ya Allah, basuhlah dosa-dosaku dengan air, salji dan embun, dan bersihkanlah aku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kotoran.”
_

Selesai memberi salam dan membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW, Ara tiba-tiba datang memelukku lalu menghadiahkan bertubi-tubi ciuman. Aku masih terpinga-pinga — tak tahu punca, tapi bahagia. Oh, rupa-rupanya dia begitu gembira kerana berjaya selesaikan misteri Murdoku hasil karya Manuel Garand. Buku ini seakan-akan Sudoku, tetapi digabungkan dengan misteri penyiasatan kes pembunuhan. Ara sungguh ralit hingga tidak tidur malam! Murdoku diterbitkan dalam tiga siri — Murdoku: 80 Murder Mystery Logic Puzzles, Murdoku Volume 2: Back in Time dan Murdoku Volume 3: Around the World. Nampaknya dia sudah jatuh cinta dengan buku teka-teki misteri. Bolehlah aku hadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan kami nanti.


Catatan: Doa ini diriwayatkan dalam beberapa kitab hadis utama, termasuk Sahih al-Bukhari (no. 744) dan Sahih Muslim (no. 598) dalam bab solat. Ia dibaca oleh Rasulullah SAW ketika bangun daripada rukuk dalam solat malam (Qiyamullail). Sunat dibaca ketika bangun daripada rukuk (I'tidal) dalam solat tahajjud atau solat sunat lain, khususnya pada waktu malam.

Tuesday, July 14, 2026

Gua Musang — 14 July

Coffee brown polo. Beige travel pants. Brown fisherman sandals. Hexagonal shades. Brown leather watch.

Earth tones. Easy miles. 

Winsome, I know.

Vaksin Covid

BOLEH BUAT LAPORAN POLIS & SAMAN
BERDASARKAN PENGAKUAN DI BAWAH INI👇

VAKSIN MRNA, SIAPA NAK DULU?

Hari ini kami ke Kompleks Mahkamah Sepang bagi mengikuti perbicaraan kes Dr. Roland Victor yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia kerana dikatakan memuat naik video jelek pada tahun 2023

Saksi utama dari pihak pendakwaan hadir, iaitu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah (dikenali sebagai DG Noor Hisham

Antara jawapan penting dari saksi pendakwaan, Ts. Dr. Noor Hisham pada hari ini ialah antara kesan sampingan vaksin Pfizer adalah kematian. Ts Dr. Noor Hisham mengaku, KKM sengaja tidak mendedahkan kesan sampingan ini kepada Rakyat Malaysia,

Terdapat 1,239 kesan sampingan dari vaksin Pfizer yang KKM tidak dedahkan kepada Rakyat Malaysia.

Akhirnya kami sendiri dapat mendengar pengakuan dari mulut Ts. Dr. Noor Hisham, berkenaan dengan kesan sampingan dari vaksin yang sedang dalam ujian klinikal.

Alasan Ts Dr. Noor Hisham mengapa tidak dimaklumkan kepada masyarakat secara umum akan isu kesan sampingan ini adalah pada pandangan beliau, vaksin yang sedang dalam ujian klinikal ini lebih banyak manfaat dari mudharat.

Pada pandangan beliau, jika rakyat tahu terdapat 1,239 kesan sampingan termasuk kematian, pasti program vaksin di seluruh negeri tidak akan mendapat sambutan.

ISI KANDUNGAN
PRODUK VAKSIN mRNA

PEGUAM: TAN SRI MENYATAKAN VAKSIN INI BERKESAN TETAPI ADA MENYEBABKAN KEMATIAN. ADAKAH TAN SRI TAHU ISI KANDUNGAN VAKSIN TERSEBUT?

DG: SAYA TIDAK TAHU.

PEGUAM: KENAPA TIDAK TAHU?  BUKANKAH TAN SRI YANG MEMEGANG KUASA DAN PROGRAM VAKSINASI INI? MALAHAN TADI TAN SRI MENYATAKAN MEMPUNYAI JAWATAN DALAM WHO BERKAITAN PANDEMIK DAN VAKSIN.

DG: SEMUA YANG BERKAITAN ISU TEKNIKAL SAYA TIDAK PAKAR. YANG TAHU DAN PAKAR ADALAH PEGAWAI FARMASI DI BAWAH NPRA.


Monday, July 13, 2026

Saturday, July 11, 2026

Late Evening Preparation

• Exercise: Kegel exercises & breathing control practice
• Grooming: Hair styling, wear Baju Melayu + sarong (sage green Baju Melayu with black sarong), apply perfume
• Room: Wooden house, prepare the bed with flowers, choose calming music
• Shower: Mandi bunga
• Meal: Oatmeal, banana, nuts & water
• Focus: Stay calm, keep a clear mind, and remain present

Tomorrow Morning

• Prepare breakfast
• Give a flower to my wife

Umar & Adam

"Tak terkeluar nak cakap tahun ni tahun last dia duduk dengan kita"
"Sekejab aje masa, kan bang?"
"Abang teringat dia masa kecik lagi"
_

"Semalam dia belikan tiket, order makan, pergi bayar. Semua dia buat"
"He's a good young man. I wish I had more time with him"
_

"Tu memang tak boleh buat apa. Adam tak suka mamak. Nak masuk kafe. Umar suka mamak. Semalam dia order teh tarik gelas besar dengan roti telur banjir double. Lapar kot lepas main"
"Adam makan apa?"
"Roti planta satu, roti tisu satu, Neslo ais 2 gelas"
_

"Abang nak hantar anak masuk Tadika Islam. Taski"
"Why abang, whyyyy?"
"Bagus apa Taski"
"Bukan sekolah Cina?"
"Bila masa pulak? Rasa abang tak pernah cakap pun. Abang tak minat sekolah Cina. Nak belajar Mandrin, masuk kelas bahasa. Orang Cina tak suka kita masuk sekolah dia. Dia anggap Melayu nak menumpang kejayaan. Lepas tu dia ungkit Melayu tak menyumbang untuk pembangunan sekolah sebab tak bagi derma banyak. Yang Melayu sembang gegak-gempita pasal sekolah Cina padahal sumbangan tak bagi apa sangat pun tapi bukan main perlecehkan sekolah kebangsaan"
"Kita pun tak faham kenapa ramai sangat Melayu sekolahkan anak dekat SJKC"
"Sebab ramai anggap berkualiti tapi dari dulu tak pernah nampak SMJKC masuk senarai sekolah terbaik. Cikgu datang dari universiti yang sama. Kenapa cikgu SJKC lagi kualiti dari cikgu sekolah kebangsaan? Sebab sistem. Cikgu kita tak sempat mengajar. Siapkan fail P&P. Key-in data PPD, JPN nak tengok. Data tu pulak kena buat dua. Dah buat online, hard copy pun nak. Yang paling menyedihkan, cikgu kena alter markah student sebab nak nampak cantik atas kertas. Contoh, budak tu dapat C. Cikgu kena cari jalan bagi dapat B. Cikgu stres kena menipu. Sekolah nak jaga reputasi. PPD cari salah cikgu. Cikgu sekolah kebangsaan bagus je cuma tu la terlampau banyak buat benda tak faedah"
"Ramai cakap kerja cikgu paling relaks. Cuti banyak"
"Kerja cikgu penat, Ara. Orang tak nampak hari Sabtu masuk pejabat. Malam stay up key-in data. Waktu rehat, siapkan RPH. Result menurun kena menjawab dengan PPD. Cuti susah lulus. Peruntukan program tak ada, kena keluar duit sendiri. Kalau Pengetua teruk, meeting sampai 5 petang. Sabtu meeting lagi. Belum cerita kerani suka tolak macam-macam borang suruh buat sendiri padahal kerja dia"
"Sama ajelah macam kerja lain"
"Tak habis kerja dekat sekolah, bawa balik rumah. Kalau cuti, bawa balik kampung"


23/5

Today's Activity

Outdoor Camping | 11.07.2026

• Set up military tents
• Collected firewood
• Started a campfire
• Grilled chicken
• Cooked rice over a wood fire
• Set up a hammock
• Jungle trekking
• Balance walking on logs or stones
• Basic knot tying
• Nature observation (birds, insects, butterflies, trees)
• Bird and wildlife spotting
• Clean up the campsite


Toddler Gear

• Combat-style toddler uniform
• Boots
• Cap
• Backpack
• Water bottle
• Small flashlight
• Whistle


Task:

• Find three different leaf shapes
• Find a smooth stone
• Spot an insect
• Listen for bird calls
• Find the tallest tree

Ehem

"Tengok ke belum?"
"Dah. Eh nervous pulak hahaha"
"Ngada"
_

"Habis abang kena buat apa?"
"Ikut nasihat pakar hihihi"
"Hahahahaha"
"Tak dosa an, an"
"Memang la. Tapi abang tak biasa"
"Biasakan"
"Adoi. Dah susun strategi ni"


10/7

Tak Bosan

"Abang bosan tak makan benda sama setiap hari?"
"Tak. Hari-hari boleh makan gulai tempoyak"
"Tapi kita bukan tempoyak masalahnya"
"Kenapa?"
_

"Abang ada girlfriend?"
"Mana ada"
"Mmm…kita tak cantik?"
"Ara nak cakap apa?"
"Kita asekan, libido abang acam low. Abang tak payah puasa boleh tak?"
"Ada kaitan ke? Macam tak ada je"
"Bis tu?"
"Abang busy. Tak ada masa. Bukan tak ada masa. Tak letak kepentingan. Dah Ara senyap, abang diam je la"
"Astu salah kita?"
"Hari tu abang set alarm macam okey, kan?"
"Ha'a"
"Ara risau abang makan luar?"
"Risau aje berat kita naik astu abang tak suka kita"
"Jom mini honeymoon Datai Langkawi"
"Takdenya honeymoon kalau ada kembar. Jab g abang lepak dengan kembar aje"
_

"Ke sebab Kajang?"
"Eh tak adalah"
"Jujur aje kalau ada"
_

"Abang minta maaf. Mungkin sebab otak abang penat. Sekarang lagi susah nak tidur"
"Kita jumpa psikiatri, please?"


8/7

Sedih

Pautan

"Alaaa"
"Sedih dia hihihi"

Hai Min

Min belum balik? Bila nak balik? Lama sangat menghilang. Hari ini aku bawa anak-anak ke utara Selangor untuk urban exploration (urbex). Aku pandu Jeep Cherokee XJ tahun 90-an yang sudah diubah suai dan uplifted. Huda pula pilih Toyota Land Cruiser Prado 1994. Dia minta untuk pandu Defender kesayangan aku, tapi aku tak benarkan. Kemudian dia mencuba kalau-kalau aku benarkan dia memandu Suzuki Jimny 1996 — tentulah tidak. Model-model lama 4×4 sangat tahan lasak, rugged dan nampak sporty. Suzuki baru-baru ini telah keluarkan model baharu; AllGrip Plus dan Jimny Rhino Plus. Mungkin aku akan beli satu. Keluaran baharu nampaknya lebih bergaya. Harga bermula RM 160,000.

Beberapa bulan lepas, aku belikan Umar Honda N-Box. Kata Ara, kereta ini menyerupai mini Alphard. Aku tak begitu minat. Ketika di bilik pameran, aku ternampak sebuah kei car yang menarik perhatian aku — Suzuki Taft (memang tegap, cun dan seksi!). Kemudian, jurujual tunjukkan aku sebuah lagi model — Daihatsu Move Canbus. Aku tengok, aku senyum dan aku ketawa kecil sampai jurujual lihat pelik. Aku tak buat pilihan. Aku sambar sahaja. Harga kei car agak murah berbanding kereta lain. Sekarang aku sedang mengintai Mazda Flair Crossover. Harga di luar Malaysia cuma RM42,000. Isteri aku sarankan kalau Huda berminat dengan Suzuki Jimny — belikan saja iCAUR. Bentuk lebih kurang saja. 

Berbalik kepada lawatan kami pada hari ini, kami melawat projek pembinaan yang terbengkalai. Mula-mula kami ke Templer Hills Boutique Bungalow, Rawang. Terdapat kira-kira 45 unit banglo mewah yang kini terbiar sepi kerana pemaju gagal mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Kegagalan itu berpunca daripada pembinaan projek di kawasan cerun/bukit yang menghadapi isu pelaksanaan dan keselamatan. Harga semasa pelancaran ialah RM2.2 juta seunit dengan konsep gaya hidup luxury hill residential. Kini dilelong dengan nilai RM800,000. Banyak rumah telah ditumbuhi pokok-pokok liar dan tidak terjaga. Reka bentuk rumah dan susun aturnya sangat cantik.

Projek siap sepenuhnya pada tahun 2011 oleh Rentak Arena Development Sdn. Bhd. Kediaman mewah ini di dibina 2.5 hingga 3 tingkat dengan keluasan 4,853 hingga 6,665 kaki persegi. Selepas itu kami melihat Ulu Yam Abandoned Train atau lebih terkenal dengan jolokan LRT Graveyard di Ulu Yam. Terdapat puluhan gerabak lama LRT disimpan di kawasan ini. Pada sekitar tahun 2015, Prasarana memindahkan hak milik tren-tren lama ini kepada CSR-Zhuzhou (kini CRRC Zhuzhou) sebagai sebahagian daripada program beli balik (buy-back programme) bersempena pembelian 50 set tren baharu untuk Laluan LRT Ampang–Sri Petaling. Aku tak bawa anak masuk ke dalam kawasan — sekadar melihat dari luar. 

Sayang juga melihat banyak gerabak yang sudah rosak. Aku berminat untuk dapatkan sebuah dua, tapi tak dapat kenal pasti pihak yang perlu dihubungi. Beberapa tahun selepas pertukaran hak milik, CRRC Zhuzhou telah menjual gerabak-gerabak tersebut kepada pihak ketiga yang identitinya tidak pernah diumumkan secara rasmi. Pemilik tersebut dilaporkan merancang untuk mengubah suai gerabak berkenaan menjadi hotel kapsul atau restoran. Gerabak lama seperti ini kalau diubah suai dengan baik, boleh menjana pendapatan sebagai suatu tarikan yang unik. Kami kemudian bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bandar Baharu Lembah Beringin — sebuah bandar yang dibangunkan dengan konsep bandar hijau eksklusif. 

Ia dirancang sebagai sebuah bandar baharu dengan yang menggabungkan pembangunan perumahan, padang golf, pendidikan dan komuniti. Terkenal dengan gelaran bandar berhantu (ghost town) terbesar di Malaysia, projek ini telah diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2001. Projek BBLB dibangunkan oleh Land & General (L&G) melalui anak syarikatnya, Lembah Beringin Sdn. Bhd., menerusi usaha sama 70:30 dengan Kuala Lumpur Kepong. Di kawasan tersebut telah dibina kira-kira 2,300 unit rumah pelbagai jenis serta ratusan unit rumah kedai, termasuk pembangunan padang golf bertaraf antarabangsa. 

Padang golf tersebut direka oleh Ted Parslow dengan panjang kira-kira 5,897 meter, mempunyai 18 lubang dengan par 72, dan diberi nama SSG Beringin (Beringin Golf Club). Kelab golf ini khabarnya telah ditutup sepenuhnya ketika pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Di sini juga dibina sebuah kolej swasta, iaitu Kolej Yayasan UEM (KYUEM), yang menawarkan program Cambridge A-Level. BBLB kembali bernafas apabila Legenda Beringin Holding Sdn. Bhd. membeli kawasan seluas 1,400 ekar untuk membangunkan Beringin High-Tech Auto Valley. Syarikat automotif terkenal dari China, Cherry, turut membuat pelaburan di BBLB dengan membuka kilang pemasangan. Harapnya Lembah Beringin terus maju.

Kami kemudiannya singgah makan tengah hari di Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC). BBGC nampaknya sudah kembali hidup selepas melalui fasa kejatuhan akibat masalah pengurusan. Pelbagai program kini dianjurkan, namun suasananya masih belum begitu meriah. Kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa (BBBS) juga merupakan sebahagian daripada era mega township Malaysia. Syarikat yang mendominasi pembangunan kawasan ini ialah Talam Corporation. Mereka memperoleh tanah daripada kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan. Pada zaman kemuncaknya, Talam Corporation merupakan antara pemaju hartanah terbesar di Selangor dengan pelbagai projek township berskala besar.

Pada masa itu, banyak syarikat hartanah dan hartawan persendirian membeli tanah secara besar-besaran kerana desas-desus mengenai pembinaan lapangan terbang baharu di Utara Selangor. Selain berpotensi untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi, banyak pemaju turut berebut untuk membangunkan kawasan tersebut. Talam Corporation bukan sahaja mempunyai satu atau dua projek bermasalah, malah beberapa projek pembangunan mereka turut terjejas. Syarikat ini akhirnya jatuh terduduk apabila Dr. Mahathir menukar lokasi lapangan terbang baharu ke Sepang. Keputusan itu mematahkan sebahagian jangkaan pelabur yang sudah bertaruh pada Koridor Utara Selangor.

Selepas Krisis Kewangan Asia 1997/98 dan berdepan masalah kewangan korporat, beberapa projek perumahan serta pembangunan mereka mengalami kelewatan atau terhenti. Keadaan ini menyebabkan ramai pembeli hilang keyakinan. Syarikat Talam kemudiannya berdepan masalah kewangan yang serius dengan hutang sekitar RM690 juta kepada GLC Negeri Selangor. Pembeli hartanah yang paling terkesan kerana mereka terpaksa meneruskan bayaran pinjaman walaupun rumah masih belum siap. Bank bukanlah rakan yang baik kepada penghutang. Tak kira apa jua situasi, bayaran harus dilunaskan walaupun yang didirikan hanya tiang sebatang. Banyak pembeli yang muflis. 

Usai makan tengah hari, solat dan tidurkan kembar di dalam kereta (ini susah sikit — tak mahu pula tidur), kami ke Taman Ilmu, Bestari Jaya. Taman Ilmu terletak bersebelahan kampus UNISEL. Taman ini dibina di atas tanah bekas lombong. Pada mulanya, ia merupakan kawasan perumahan untuk pelajar UNISEL, tetapi diarahkan untuk dikosongkan kerana struktur bangunan didapati tidak selamat untuk didiami. Projek ini dilaporkan terbengkalai sejak tahun 2004 dengan kos anggaran kos baik pulih mencecah RM60 juta. Khabarnya, beberapa blok asrama telah diserahkan kepada UniSZA). Taman Ilmu dibangunkan menggunakan konsep bandar pendidikan. Sayangnya, hanya tinggal impian.

Menariknya, semua projek ini muncul dalam era optimisme pembangunan pada tahun 1990-an. Ketika itu, banyak pemaju percaya pertumbuhan Lembah Klang akan merebak jauh ke utara. Hal ini dapat dilihat melalui pembinaan jalan yang luas, susun atur taman yang besar, serta lot kedai dan rumah yang jaraknya jauh. Keadaan ini menggambarkan kawasan tersebut direka untuk menampung populasi yang jauh lebih besar daripada jumlah penduduk semasa. Banyak rumah dibina sebelum wujud komuniti, peluang pekerjaan, dan kemudahan sokongan yang mencukupi. Peluang pekerjaan banyak tertumpu di Lembah Klang. Krisis Kewangan Asia menjadi meranapkan sebilangan pemaju hartanah. 

Friday, July 10, 2026

Azlan

"Mana ada ingat Kajang. Nak ingat apa je…ingat pun sebab kena marah…"
"Sebab sayang, an?"
"Abang ni anak pungut je, Ara. Mana ada darjat. Tak sama keluarga laki dia. Serba-serbi hebat. Abang tak nak ingat pun. Tapi nak buat macam mana. Tak ingat pun datang"
"Campak aje tasik sana"
_

"Abang relaks datang sini. Lupa. Ara belum hantar borang Finland lagi, kan?"
"Ha'a"
"Tarikh tutup bila?"
"Hujung bulan"
"Apply tu, pergi"
"Acam jauh ngat-ngat. Tidur tak dapat peluk abang"
"2 bulan je"
"Lama tau"
"Rugi tak pergi"
"Kita kejar syurga. Abang kan lelaki syurga kita hihihi"
"Habis Azlan hahahaha"

Thursday, July 09, 2026

Hirsha

Usai solat malam, aku mengambil sebuah kitab Al-Arba'in al-Nawawiyah. Tanpa disangka, aku menjumpai catatan lama berkaitan nama Hirsha yang sekian lama aku lupakan. Ia merupakan sebuah laluan berbukit di antara Makkah dan Madinah, berhampiran Al-Abwa’, iaitu Bukit Hirsha. Bukit ini ialah tempat bersejarah yang disebut sendiri oleh Rasulullah SAW ketika baginda melalui laluan tersebut bersama para sahabat yang mempunyai kaitan dengan kisah Nabi Yunus. Baginda bersabda, "Seakan-akan aku melihat Yunus bin Matta di atas seekor unta merah yang berbulu lebat. Dia memakai jubah daripada bulu, tali kekang untanya diperbuat daripada serat, dan dia sedang bertalbiah."

Tahun 2024, dia mengandung — tiba-tiba, tanpa dirancang. Aku yang  lebih gembira dan teruja. Entahlah, bukan anak aku, tetapi ia sesuatu yang pernah menjadi impian dan harapan aku sekian lama. Dia mahu menamakan bayi itu dengan nama Imran, tetapi aku tidak benarkan. Aku risau kalau-kalau kawan-kawannya masih ingat tentang aku walaupun sudah sedekad berlalu. Aku bertambah risau jika suaminya tahu bahawa nama itu dipilih sempena nama seseorang yang pernah mencintai isterinya — aku tidak mahu bayi dalam kandungan itu menjadi mangsa kebencian. Aku kata, nanti aku buka kitab dan cari nama yang sesuai. Begitu terujanya aku seolah-oleh memilih nama anak sendiri.

Aku suka nama Hirsha. Nama itu tak pernah aku beritahu padanya. Bagi aku, nama itu sesuai untuk bayi lelaki walaupun dia belum membuat imbasan untuk mengetahui jantina bayi. Aku sepenuh hati percaya bayi itu ialah lelaki. Pada suatu waktu, ketika solat Subuh di masjid, aku bertemu imam untuk meminta pandangan. Aku bertanya tentang nama Hirsha. Kata imam, Hirsha lebih sinonim dengan perkataan "hirsh" (حرص). Dalam bahasa Arab, ia bermaksud "tamak" atau "sangat berkeinginan kuat", misalnya hirshun 'ala al-dunya yang bermaksud tamak terhadap dunia. Imam tidak menyarankannya kerana orang akan lebih mengenali makna "tamak" berbanding Bukit Hirsha.  

Ketika mencari nama anak, ejaanlah yang lebih penting kerana salah ejaan membawa maksud yang berlainan. Ejaan dalam bahasa Arab ialah penentu utama makna, dan kesilapan kecil pada titik atau baris boleh mengubah maksud secara drastik. Misalnya, Hakim bermaksud bijaksana, sedangkan Haqim bermaksud kentut. Hadziq ialah ejaan yang betul berbanding Haziq yang bermaksud sempit atau sesak. Begitulah juga dengan Haris yang membawa makna orang yang mengusahakan tanah, berbanding Hareez yang bermaksud tamak, rakus dan sangat berkeinginan kuat. Nampak mudah, tetapi memberi implikasi yang besar kepada seorang anak. Buatlah sedikit rujukan sebelum membuat keputusan. 

Salah satu panduan penting dalam pemilihan nama anak ialah merujuk ejaan Arab asal. Jangan hanya bergantung kepada ejaan Rumi kerana banyak perkataan yang bunyinya hampir sama, tetapi maknanya berbeza. Kemudian, pastikan kita menyemak makna tersebut dalam kamus bahasa Arab agar benar-benar membawa makna yang baik dan tidak tercela. Dalam riwayat Abu Daud, Baginda bersabda, "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka perbaikilah nama-nama kamu." Menjadi kewajipan ibu bapa memilih nama yang baik untuk seorang anak kerana itu adalah hak mereka ke atas ibu bapa. Maka, pilihlah sebaiknya.

Terima kasih kerana berkongsi kegembiraan dengan abang. Manis rasanya walau sebentar cuma…

Saturday, July 04, 2026

Hai Min

Hai Min,

Antara perkara yang paling memilukan bagi seorang anak yatim ialah mereka tidak mempunyai bahan bacaan. Sejak lebih dua dekad yang lalu, aku sentiasa berazam untuk menyediakan sebuah perpustakaan mini di setiap rumah anak yatim. Aku beli buku dari serata dunia untuk dibawa pulang ke perpustakaan yang sedang aku usahakan. Tahun ini aku berpeluang mengunjungi beberapa pesta buku antarabangsa, terutamanya ketika lawatan kerja ke India dan Sri Lanka. Sekarang sedang berlangsungnya Karachi International Book Fair di Pakistan. 

Minggu lalu pula berlangsungnya Pune International Literary Festival di Fergusson College, anjuran National Book Trust (NBT). Festival kali ini sangat istimewa kerana menampilkan pemenang Booker Prize, Banu Mushtaq. Nampaknya dunia kesusasteraan India sudah jauh meninggalkan kita. Penulis mereka sudah berjaya mencipta nama dalam anugerah buku yang berprestij sementelahan sastera kita masih berada di takuk lama. Sastera kita tidak banyak yang berubah. Jauh sekali untuk mencipta nama di peringkat tinggi.

Tahun lepas, aku sempat ke Big Bad Wolf di Sunway Piramid pada 19 Disember 2024 ketika menunggu Huda tiba dari Amerika. Aku pergi pada waktu malam. Kelmarin, 4 Januari 2026, BBW telah melabuhkan tirai bagi edisi 2025. Tidak banyak yang aku beli kali ini. Aku hanya fokus kepada box set seperti Harry Potter: The Complete Collection, The Hobbit & The Lord Of The Rings Boxed Set, Deluxe Hunger Games Collection, The Chronicles of Narnia,  Anne of Green Gables, dan The Homer Collection: Iliad and Odyssey. Harga penawaran sesuai dengan kualiti karya. 

Sejujurnya, aku tak pernah baca semua judul di atas kecuali Iliad and Odyssey - itu pun tidak habis. Pada tahun 2024, aku ke Melaka bersama keluarga makan angin. Ketika inilah aku kenal satu penerbit mandiri bernama Pipit Press yang giat menerbitkan karya terjemahan novelis hebat dunia seperti Dostoyevsky dan Camus. Terjemahan mereka agak baik, walaupun masih ada ruang untuk dipertingkatkan dari segi kualiti penyuntingan. Tahun ini aku mendapat tahu AJM menerbitkan semula karya penulis kegemaran aku — Pendeta Za'ba yang tajam fikrahnya.

Oh, barulah aku tahu bahawa Za'ba pernah menukang terjemahkan karya terkenal William Shakespeare seperti As You Like It, The Tempest, King Lear dan Hamlet. Sudah tentu setiap karya Za'ba wajar dimiliki. Setakat ini aku telah mendapatkan Empat Karangan, Bahasa Melayu: Kelebihannya dan Kekurangannya, serta Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya. Sebelum itu, aku juga telah membeli Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri, Mencapai Keluhuran Budi, Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat, Asuhan Budi dan Falsafah Takdir. 


Catatan tarikh & tempat: Tiada catatan

Disunting sepenuhnya di Urumqi, Xinjiang, China pada 4 Julai 2026, jam 2:26 pagi

Friday, July 03, 2026

Hai Min

Hai Min,

Ada banyak perkara yang ingin aku tuliskan. Surat ini asalnya bertarikh 8 Januari 2025. Aku tak sempat kemas kini, lalu terbiar begitu saja sehingga hari ini — 26 Disember 2025. Masa berlalu begitu pantas, namun ingatanku terhadapnya tidak pernah surut. Aku cuba sembunyikan sebaik mungkin agar tidak mengguris hati isteri yang setia di sisi. Sekembalinya ke Malaysia, aku agak sibuk di rumah anak yatim. Keluar pagi, balik petang. Kemudian bersiap pula ke masjid. Begitulah rutin aku sejak beberapa hari ini — sibuk mengalahkan YB.

Asrama anak yatim telah berpindah ke tempat baharu. Awal tahun lalu, aku membuat beberapa pembaharuan, namun tempat itu masih banyak yang perlu dibaiki. Tidak lama kemudian, pada bulan Februari, Ara memberitahu tentang sebuah bangunan yang ingin dijual. Tempat ini suatu ketika dahulu sangat mahsyur. Ia merupakan dua bangunan tiga tingkat dengan dua blok berasingan serta lif yang masih belum dibaiki. Di sekelilingnya masih terdapat baki tanah yang agak luas. Banyak yang aku rancangkan untuk tempat ini.

Projek pengubahsuaian bermula pada bulan Mei 2025 dan baru sahaja selesai. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat. Bangunan ini sebenarnya sudah mempunyai lantai mozek dan kelengkapan asas seperti sofa, almari pakaian, meja makan, katil, tilam serta kemudahan mandi air panas. Bekalan air dan elektrik juga masih ada. Aku hanya gantikan bahagian yang perlu sahaja, seperti siling dan bumbung yang bocor serta ditumbuhi kulat. Kulat bukan sahaja merosakkan bangunan, malah boleh menjejaskan sistem pernafasan.

Sistem paip saliran dan pendawaian elektrik turut dinaik taraf. Bangunan ini juga dicat semula supaya kelihatan lebih cantik dan kemas. Aku memasang kipas siling lapan bilah (Mava Troca). Hasilnya, aliran angin menjadi lembut tetapi tetap kuat, seolah-olah berada di tepi pantai. Perbezaan antara kipas tiga, lima dan lapan bilah bukan terletak pada jumlah angin yang dihasilkan, tetapi pada corak aliran serta keselesaan tiupannya — misalnya, untuk bilik kecil dan panas, kipas tiga bilah lebih sesuai. Setiap pemilihan memerlukan perincian yang teliti dan rapi.

Selain itu, aku turut memasang exhaust fan untuk mengatasi masalah bilik panas. Asrama ini hanya dilengkapi kipas dan tidak mempunyai penghawa dingin. Aku mahu sediakan tempat yang selesa untuk mereka diami. Satu lagi masalah di asrama ini ialah sebahagian penghuni enggan mandi pada waktu pagi kerana kesejukan. Aku sendiri sudah lama berazam untuk memasang pemanas air. Mujurlah di bangunan ini semuanya sudah tersedia. Harapnya, mereka tak lagi takut untuk mandi pada waktu pagi dan lebih bersih setiap kali ke sekolah.

Setiap penghuni ditempatkan mengikut peringkat umur — 2–5 tahun, 6–9 tahun, 10–12 tahun, 13–15 tahun dan 16–17 tahun. Bagi penghuni berusia 10 hingga 17 tahun, setiap bilik dihuni oleh dua orang. Kelengkapan asas tersedia, termasuklah meja belajar dan lampu meja. Tujuannya untuk memudahkan mengulang kaji pada waktu malam jika ada peperiksaan. Penghuni berusia 2 hingga 9 tahun ditempatkan di bilik yang memuatkan empat orang. Bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun, aku sediakan katil dengan penghadang.

Bangunan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian — perpustakaan, surau, kafe internet, kantin, ruang menonton televisyen, dobi, dewan aktiviti, pejabat dan bilik mesyuarat. Di luar pula, terdapat taman permainan, gelanggang badminton / sepak takraw, lapangan memanah serta meja ping pong. Aku turut sediakan kawasan untuk projek penanaman sayur menggunakan polibeg. Sistem perairan menggunakan tadahan air hujan. Hasil pertanian boleh dijual untuk menambah baik fasiliti  atau membiayai program berteraskan pendidikan.


Catatan terakhir: 26 Disember 2025

Disunting sepenuhnya di Urumqi, Xinjiang, China pada 3 Julai 2026, jam 11:45 malam

Penawaran Gaji

• Gaji pokok: RM2,000 sebulan
• Elaun Kehadiran: RM100 sebulan
• Waktu kerja: 8:30 pagi – 5:30 petang
(rehat 12:45 tengah hari – 2:00 petang)
• Hari rehat mingguan: Ahad
• Cuti umum: Gaji penuh
• Cuti sakit:
– Hari 1–3: Gaji penuh
– Hari 4–7: Separuh gaji (dengan surat doktor (MC) sah)
• Kerja lebih masa (OT):
– OT hari biasa: RM16/jam
– OT hari rehat (Ahad): RM20/jam
– OT cuti umum: RM24/jam
• Makan: Tiga (3) kali sehari ditanggung majikan (tidak termasuk hari Ahad)
• Tempat tinggal: Percuma berserta kemudahan asas
– Sofa
– Meja makan
– Katil
– Tilam
– Bantal
– Pemanas air
– Periuk nasi
– Peralatan dapur
– Peti ais
– Mesin basuh
– Pancuran air panas
• Pakaian Kerja: Dibekalkan
– Kemeja berkolar & seragam (uniform)
– Seluar slack kasar
– Kasut keselamatan
• Perlindungan: PERKESO & KWSP
• Pengangkutan: Tidak disediakan

**Makan, tempat tinggal dan pakaian adalah kemudahan yang dibekalkan, bukan sebahagian daripada gaji pokok.


Jan 4, 2026