Tuesday, November 18, 2014

Jangan biarkan dia rebah.

Terserempak dengan Wan di KL pagi tadi. Aku dengan Wan memang tak pernah sebulu. Musuh yang nyata. Puncanya sebab berbeza ideologi. Tapi hari ini berbeza. Hari ini kami bersapa baik. Berbual tentang banyak perkara. Wan bercerita tentang isterinya yang hampir putus asa. Isteri Wan seorang houseman di sebuah hospital di Negri Sembilan. 

Aku dan Wan punya satu bersamaan. Kami sama-sama bangga dengan rusuk kiri kami - dengan gelaran Dr. yang di sandang. Mendapat gelaran Dr. melalui MBBS sesuatu yang berbeza. Bangganya terasa sangat lain. Mungkin kerana perjalanannya panjang dan penuh liku tapi manis bila di ingat kembali. 

Sangat manis...

Aku harap kau tak benarkan isteri kau putus asa. Aku rasa mana-mana doktor muda dalam dunia ini akan cepat putus asa dengan jadual kerja mereka yang bukan saja padat tapi agak gila - tanpa masa rehat yang cukup dan kurang masa di luangkan bersama keluarga. Aku memahaminya dan aku harap kau bersabar. Teruskan jadi tulang belakang untuk isteri kau. 

Perjalanan aku sudah terhenti. Sekarang aku tak tahu apa-apa lagi tentang dunia kedoktoran. Tak ada lagi yang bercerita tentang ward round, on call dan sebagainya. Walaupun dunia kedoktoran sangat asing tapi aku mula menyukainya. Mula menyukai jadual kerja yang gila, HO/MO yang suka membuli, rakan sekerja pemalas dan seribu satu perkara lagi.

Jaga isteri kau baik-baik Wan. Jangan biarkan dia rebah.