Majlis akad nikah Ocio akan berlangsung kurang dari sejam. Ocio nampak berseri-seri. Masih tak banyak bercakap. Kadang-kadang tersenyum bila ada yang mengusik. Majlis akad nikah hanya di sertai kaum keluarga terdekat tanpa kehadiran tetamu luar. Majlis yang sangat kecil. Ocio kata majlis akad nikah cukuplah untuk ahli keluarga sahaja.
Tak sempat beli hadiah untuk Ocio. Sebenarnya tak tahu hendak hadiahkan apa. Semalam tempah tiket dari crystalcruises.com. Ambil pakej Caribbean Holiday Escape untuk dua orang bagi Round-trip Miami on Crystal Serenity. Pelayaran bermula 21 Disember hingga 4 Januari 2015. Harap-harap Ocio dan Zara suka.
_ _ _ _
Malam tadi ramai yang bercakap tentang isteri Ziyad yang lari dari rumah. Khabarnya isteri Ziyad lari selepas terjadi salah faham. Setiap hari sejak dua bulan yang lepas Ziyad menunggu isterinya pulang. Malam tadi, ketika bercerita Ziyad menitiskan air mata tanpa henti. Perasan sebak yang mendalam.
Kadang-kadang perempuan harus sedar lelaki yang baik sukar di temui. Bila sudah bertemu lelaki yang baik jarang di hargai. Tak banyak lelaki yang akan menangis bila kehilangan perempuan yang di sayangi. Tak semua lelaki mempertaruhkan seluruh kehidupannya buat seorang perempuan.
_ _ _ _
Tak kurang juga lelaki yang akan buat apa saja untuk seorang perempuan termasuklah menggunakan ilmu hitam. Kebanyakan lelaki tahu di mana hendak dapatkan minyak dagu yang sangat terkenal itu. Cuma yang membezakan sama ada mereka akan menggunakannya atau tidak.
Ilmu hitam ada pelbagai cara- menggunakan air, angin, pujaan dan bermacam lagi. Ramai yang mendapatkannya di Thailand. Seorang kawan pernah membeli minyak dagu dengan harga RM 2000. Dia pernah mencuba beberapa kali dan menurutnya terbukti berkesan. Membuat seorang perempuan jatuh cinta dengan cara ini adalah amat memalukan sekali.
_ _ _ _
Ada banyak lelaki dalam dunia ini. Yang nampak baik - berimej alim belum tentu baik. Pernah terjadi beberapa kes seorang yang bergelar ustaz menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan perempuan. Lelaki yang baik sukar di temui tapi mereka wujud dalam kalangan yang ramai seperti sebarang jarum dalam timbunan jerami.
Bila seorang perempuan bertemu dengan lelaki yang baik, jaga hatinya, jaga perasaannya, jangan khianati kepercayaannya. Kelak bila bertemu lelaki yang sebaliknya, jangan menyesal di kemudian hari. Kata hukama “A woman has got to love a bad man once or twice in her life, to be thankful for a good one.”