Abang ada banyak gosip. Sejak sayang tak ada, abang tak ada kawan berkongsi cerita. Abang tak boleh kutuk Ocio macam-macam lagi lepas ini. Dulu sayang selalu marah abang bila abang kutuk Ocio. Sayang selalu sebelahkan Ocio. Ary & Kak Ain risau perkara yang bukan-bukan - Kak Ain risau Ocio tak pandai buat anak!
Ary hadiahkan Ocio 3 set buku Kamasutra pelbagai negara. Jangan main-main - 3 negara tau! Abang belum beli hadiah lagi. Abang tak tahu hendak hadiahkan apa pada Ocio, Kalau tak bagi hadiah okey tak? (Heeee).
Kerja okey sayang? Abang ada banyak kerja. Cuma satu yang sempat siap masa abang bawa anak-anak pergi New Zealand. Abang buat kerja tanpa makan-ubat-tidur-dan-rehat. Abang tak dengar sayang bebel - sebab sayang tak akan membebel lagi pada abang. Abang buat kerja terasa sunyi tanpa ada usikan-godaan-dan-rengekan dari sayang.
Abang mengantuk. Rasa hendak tidur. Badan rasa penat sangat. Tadi abang baca e-mel yang pernah sayang hantar dulu. Sayang selalu pesan, abang kena makan ubat. Tadi abang makan ubat, pakai baju tebal, stokin lengkap. Berat abang turun 2.5 kg. Abang rasa malas hendak buat radiation therapy minggu depan.
Abang rindu sayang.
_ _ _ _
To lose someone you love is to alter your life forever. The pain stops, there are new people, but the gap never closes. This hole in your heart is the shape of the one you lost - no one else can fix it - Unknown
The pain is not on the day of missing our dear ones. The pain is really when you live without them and with their presence in your mind - Unknown
_ _ _ _
There will be
Many other
Nights like this
And I'll be
Standing here
With someone new
There will be
Other songs to sing
Another fall
Another spring
But there
Will never be
Another you
There will be
Other lips
That I may kiss
But they
Won't thrill me
Like yours used to do
Yes
I may dream
A million dreams
But how
Can they come true
If there will never
Ever be another you?
There Will Never Be Another You
Rosemary Clooney
_ _ _ _
Sekarang jam 8.35 pagi. Abang mengantuk sangat. Buka mata pun tak larat. Abang tidur dulu. Malam tadi abang tak tidur.
Selamat pagi, sayang.