Penerbangan yang sangat panjang dari New Zealand-Los Angeles-London-Paris. Anak-anak nampak kepenatan tapi jadi riang bila sampai di cottage. Sudah ramai yang balik dan berkumpul untuk majlis perkahwinan Ocio. Majlis yang di tunggu-tunggu.
Segala-galanya nampak perfect. Hampir semua sudah siap. Hampir semuanya Ocio uruskan seorang diri tanpa bantuan orang lain. Sempat juga melihat-lihat pakaian untuk majlis nikah dan reception. Ocio jahit sendiri. Untuk Zara pun Ocio jahitkan (tanpa ambil ukuran badan). Harap-harapnya muatlah bila Zara pakai nanti. Ocio minta V hantarkan pakaian majlis pada Zara.
15 Disember perlu jalani radiation therapy. Rasa malas hendak pergi. Sudah beberapa hari sejak di New Zealand tak makan ubat; buat-kerja-tak-ingat-dunia. Makan pun tak ikut jadual. Tidur langsung tak. Lepas bawa anak-anak pergi jalan-jalan terus buat kerja hingga awal pagi. Bila terasa mengantuk, tidur sejam dua. Jadual tidur pun tak ikut - tunggang-terbalik.
_ _ _ _
Bila fokus pada kerja (secara berlebihan) tumpuan tidak ke perkara lain. Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu fikirkan hal-hal hati dan perasaan. Dapat juga pesongkan fikiran dari fikirkan orang yang di kasihi. Walau fokus sekalipun, kadang-kadang terlintas juga tentang kisah-kisah silam yang menghiburkan. Hati terasa bahagia walaupun hanya dapat di kenang-kenang.
Hampir kebanyakan orang yang kecewa, resah dan derita menghalakan segala kekusutan hati mereka dengan memberi fokus kepada kerjaya. Ia bagaikan satu terapi yang berkesan untuk sementara waktu. Kita cuba pujuk hati. Kita cuba kosongkan fikiran dari mengenang kisah lama. Kita semahunya tidak mahu mengimbau masa silam. Bila saja kita berhenti dari membuat sebarang kerja; untuk berehat misalnya - ingatan kita pantas kembali ke perihal hati dan perasaan.
Benarlah apa yang di kata oleh Dante Alighieri “There is no greater pain than to remember, in our present grief, past happiness.”
_ _ _ _
“Dia tak salah. Dia tak tahu apa-apa”
I wish I could give you my pain just for one moment. Not to hurt you, but so that you could finally understand how much you hurt me - Unknown