Hujan masih lebat di luar. Menyesal tak pakai baju sejuk. Kabin terasa membeku. Amat sunyi di sini. Anak-anak sudah tidur di tree house. Agaknya mereka penat bertungkus-lumus membantu membungkus barang untuk di hantar pada mangsa banjir. Sengaja datang ke kabin. Datang untuk membersih. Agak lama tak habiskan masa di sini.
Luka patah hati beransur pulih. Aku rasa semakin baik dari hari ke hari. Hari-hari tidak lagi terasa begitu sepi. Dengan sengaja aku isikan hari dengan aktiviti yang padat sejak di London-Paris lagi. Ada saja tempat untuk di lawati. Ada saja buku untuk di baca. Ada saja filem untuk di tonton.
Memenuhi seharian hidup dengan aktiviti membuatkan kita lupa pedih di hati. Hanya kadang-kadang ingatan akan datang menyapa dan berlalu pergi. Tidak begitu meninggalkan kesan yang mendalam atau sengaja tidak mahu/lari untuk memikirkan soal patah hati.
12 Januari akan jalani radiation therapy. Kesihatan semakin baik. Tangan kanan sudah boleh di angkat. Sudah boleh memegang buku. Sudah boleh menggenggam barang. Teringin hendak makan gulai tempoyak ikan patin. Bercadang hendak hantar bantuan ke Pahang. Khabarnya keadaan semakin meruncing.
Dokto kata kalau perkembangan terus memberangsangkan, di jangka hujung bulan Januari tak perlu guna IV lagi. Harap-harap keadaan terus bertambah baik. Tak sabar nak jalani kehidupan normal seperti dulu. Aku sudah rasa banyak pengalaman. Patah hati salah satu darinya. Orang kata kepahitan akan buat kita lebih kuat. Aku sedang mencuba.
_ _ _ _ _
Rasa hendak melompat. Hana pindah ke apartment yang jauh dari tempat aku menginap. Bermakna aku akan jarang jumpa dia dan tak ada gangguan. Hana ambil kursus Oil & Gas. Syarikat dari Dubai sudah melamarnya kerja tapi dia enggan pergi. Macam manalah perempuan manja (dan gedik) macam Hana hendak kerja di sektor Oil & Gas? Bukan memandang rendah kebolehan Hana tapi entah. Aku rasa Hana tak sesuai bekerja di bidang itu.
Hana tak ada sifat feminisme. Berkali-kali aku provok, berkali-kali juga aku lihat Hana tak ada sifat itu. Hana ada pandangan yang amat bertentang dengan aku. Dan entah kenapa aku rasa aku tak boleh terima sikap dan pandangan Hana itu. Mungkin kerana aku teramat biasa dengan sikap perempuan yang penuh dengan feminisme maka aku rasa kekok dengan cara pemikiran Hana. Aku rasa aku tak ada keserasian dengan Hana.
_ _ _ _ _
Selamat malam dunia.