Dua e-mel terakhir yang awak hantar memang sengaja saya tak balas. Mungkin sebab saya tak tahu nak tulis apa. Saya baca berulang kali. Ia seakan penawar yang mujarab. Ia seakan pengubat kelukaan (dan kerinduan). Tanpa berselindung, ia sememangnya pengubat yang menutup luka-luka kerinduan.
Urusan saya di sini sudah selesai. Sudah lepas segala rasa yang di sekat-sekat. Segala-galanya sudah di lepaskan. Nyatanya, ini mungkin sudah muktamad. Mimpi indah terhenti di sini. Saya tak begitu gembira di sini. Saya hanya memerap di dalam bilik tanpa menjenguk dunia luar.
Beberapa hari lagi akan kembali semula ke London. Mungkin akan terus menetap di sana. Di sini tidak ada apa-apa lagi. Semuanya terasa seperti sebuah dunia yang asing. Sebuah dunia yang seolah-olah pertama kali menjejakkan kaki. Setiap permulaan pasti ada penghujung - dan penghujungnya ialah di sini.
_ _ _ _
I can't tell you when,
but I can promise you,
it will get better
it will get easier
and it will all be worthwhile
just promise me you won't give up
(Unknown)
_ _ _ _
Permata jatuh ke rumput,
Jatuh ke rumput di bilang-bilang,
Dari mata tidak ‘kan luput,
Dalam hati tidak ‘kan hilang.
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidup abang.
_ _ _ _
Goodbyes are only for those who love with their eyes. Because for those who love with heart and soul there is no such thing as separation ― Rumi