Saturday, December 20, 2014

Surat untuk Hana

Hana, aku minta maaf. Aku tak sengaja marah kau dengan teruk sekali. Aku betul-betul minta maaf. Aku cuma belum bersedia untuk suatu perhubungan yang baru. Aku lelaki yang pernah terluka. Luka ini masih belum sembuh dan mungkin tidak akan sembuh. Kata Rose Kennedy “It has been said that time heals all wounds. I don’t agree. The wounds remain. Time - the mind, protecting its sanity - covers them with some scar tissue and the pain lessens. But it is never gone.”

Luka ini amat pedih. Orang yang tak pernah mengalaminya tak akan faham. Luka hanya ambil masa untuk kurang berdarah bukan untuk terus sembuh. Cerita tentang luka dan kekecewaan tidak akan pernah habis - tidak ada penamat. Kau tak akan mengerti sebab kau tak pernah mengalaminya. Hanya orang yang pernah kecewa, patah hati, di curangi faham erti kesakitan ini. Orang lain hanya boleh angguk tanda faham tapi tak pernah merasainya. 

Kau seorang perempuan yang baik, Hana. Kau tak ada apa-apa kekurangan. Aku yang bermasalah. Sekarang, aku semakin sukar untuk mempercayai orang lain. Rasa di khianati ini terlalu menghiris. Aku takut di kecewakan, di curangi, di khianati. Aku takut untuk merasa kesakitan yang sama untuk kali kedua. Benar apa yang Stephen King kata “Sesungguhnya, kesakitan akibat putus cinta kali pertama adalah yang paling pedih, paling sukar di ubati, dan meninggalkan parut yang tak mudah untuk di sembunyikan.”

Semalam aku di tertawakan. Aku di ketawakan sebab pernah menangis bila kehilangan seorang perempuan. Mereka kata aku bukan lelaki sejati. Mereka kata aku bukan anak jantan. Menurut mereka, anak jantan tidak akan menangis kerana seorang perempuan. Mereka kata ia sangat memalukan dan tak boleh di maafkan. Aku tak tahu kenapa aku menangis. Aku rasa aku menangis sebab aku ada perasaan - perasaan cinta yang sangat jujur. Mereka ketawakan aku hingga berbahak-bahak. Mereka kata ia sesuatu yang sangat lucu dan mengelikan hati.

Bila sampai cottage, aku telan hampir 20 biji pil penenang. Aku hantukkan kepala di dinding. Mungkin aku terlalu bodoh mempercayai seorang perempuan tapi cinta tanpa kepercayaan adalah sia-sia. Mungkin aku terlalu bodoh menitiskan air mata tapi cinta dengan ego yang tinggi tak akan bawa kau ke mana-mana. Mungkin aku terlalu bodoh. Anggap saja aku seorang yang naif. Aku tak pernah menyesal meletakkan kepercayaan pada orang yang aku sayang. Aku tak pernah menyesal atas apa yang telah terjadi. Aku cuba menerimanya secara perlahan-lahan.

Saat ini yang aku rasakan cuma satu; “The worst feeling in the world is when you know that you both love each other but still you just can’t be together.” Hana, kau perlu tahu cinta sejati sesuatu yang sangat indah sungguhpun setelah kau berpisah dari yang tersayang; “True love doesn’t mean being inseparable - it means being separated and nothing changes.” Ia tidak mudah Hana. Ia akan mengambil masa yang panjang. Aku tak berani janji apa-apa. Aku tak ada apa-apa untuk di tawarkan. Aku masih belum jumpa diri aku yang sebenar dan aku bukan lelaki terbaik untuk kau.

Aku lebih suka kau tumpukan perhatian pada pengajian. Perempuan yang cantik rupa paras perlu cerdik akalnya, perlu baik budinya. Kau masih muda. Perjalanan masih panjang. Jangan sia-siakan hidup untuk lelaki seperti aku. Selamat berjuang di medan ilmu. Dalam masa empat tahun akan datang kau akan bergelar Dr. Kau perlu asah akal untuk jadi lebih bergeliga. 


Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merakap junjungan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.



Selamat maju jaya.