Friday, December 19, 2014

Tomorrow will be better.

Radiation therapy yang lepas pergi bersama Hana sebab anak-anak sangat nakal - Umar kata dia sakit perut, Adam mengantuk dan Huda ingin mengemas cottage walhal semuanya perancangan sulit mereka ingin berikan peluang aku bertemu Hana. Suka tak suka terpaksa jugalah pergi dengan Hana.

Menurut Hana dia akan berpindah ke apartment baru minggu depan. Januari 2015 pengajiannya akan bermula. Dia akan bertukar universiti - menyambung pengajian di universiti yang berbeza, bukan di universiti ketika dia menamatkan program MA. 

Aku tak pasti Hana ambil course apa. Aku tak pernah tanya. Hana minta aku temankan dia ke apartment baru untuk mengemas. Aku kata aku ada banyak kerja yang ingin di lakukan selain perlu berehat selepas menjalani rawatan radiation therapy. Alasan yang agak kukuh aku kira.

_ _ _ _

Ocio bawa keluarga Zara makan angin sekitar Paris. Jumaat nanti Ocio akan bertolak ke San Francisco untuk berbulan madu. Penginapan keluarga Zara berhampiran dengan cottage ibu dan ayah Hana. Ibu dan ayah Hana masih belum pulang ke Malaysia. Masih di sini. Biasanya mereka akan bersarapan dan makan malam bersama Ocio di cottage.

Cottage Ocio berdekatan dengan cottage aku. Dua hari berturut-turut Hana datang ke cottage aku pada waktu malam. Sengaja datang menyakat dan kemudian balik. Esok paginya dia akan datang mengemas meja ketika aku tidur. Pagi tadi aku betul-betul marah (mengamuk) bila Makcik Siti benarkan Hana masuk ke bilik.

Aku tak suka orang asing masuk ke bilik dan usik segala benda yang ada di atas meja walaupun sehelai kertas. Aku rasa tak selesa. Aku tak suka. Aku tak suka Hana usik apa-apa yang ada dalam bilik. Bilik tidur adalah sesuatu yang sangat peribadi. Bila ia di ceroboh oleh orang asing seolah-olah diri kita ‘di ceroboh’ sama.

_ _ _ _

Doktor kata kesihatan semakin baik. Tak lama lagi tak perlu guna IV. Rasa syurga! Boleh makan gulai tempoyak berpinggan-pinggan! Nanti boleh minta Makcik Siti masakan gulai tempoyak. Boleh bakar ikan terubuk, cempedak goreng. Paling penting boleh minum kopi macam dulu. Tak tahu nak kongsi berita gembira ini dengan siapa... 

Tangan kanan boleh di gerak. Walaupun tak boleh bergerak banyak tapi ada perubahan. Mungkin 2 bulan dari sekarang tiub pernafasan pun tak perlu di gunakan lagi sebab sekarang sudah kurang sesak nafas. Mampu bernafas tanpa bantuan mesin. Cuma sakit kepala yang masih menggila. 

Doktor kata tak boleh susah hati. Fikir perkara yang mengembirakan. Kalau boleh berjalan nanti boleh bawa anak-anak daki Gunung Kinabalu, boleh pergi tengok kelip-kelip, boleh pergi jungle tracking, boleh bawa anak-anak pergi paragliding, boleh bawa superbike, boleh bawa kereta laju, boleh pergi gym dan boleh pergi menembak.

_ _ _ _

Tomorrow will be better.