Hari perkahwinan Ocio sudah seminggu berlalu. Hari perkahwinan yang mengejutkan bila Kak Ain panggil abang menyanyi di atas pentas - menyanyi live. Abang betul-betul terkejut. Nak tolak ramai yang memandang. Abang nyanyikan lagu favourite awak - You’re My Everything. Ketika abang nyanyikan lagu ini yang abang nampak cuma awak - awak yang manis dengan senyuman, yang nakal dan kadang-kadang mengada-ngada.
Abang cuma nampak waktu kita berbual panjang tanpa henti, waktu kita gelak ketawa, waktu kita menangis bersama dan random memori yang masih belum hilang dari ingatan - abang selalu call awak suruh balik cepat, kacau awak bila awak tidur dan bermacam lagi. Abang cuma nampak awak. Abang tak nampak hadirin yang ramai. Seluruh pandangan, yang hanya terlihat pada abang cuma awak.
Abang tak pandai memuji. Abang rindukan mata coklat awak yang bulat, hidung paruh burung yang menawan dan bibir awak yang seksi. Abang rindukan awak. Mungkin abang rindukan waktu dulu-dulu, waktu kita masih bersama. Abang tak tahu kenapa di hujung lagu ini mata abang basah. Mungkin abang rasa terlalu rindu. Mungkin kerana lagu ini banyak nostalgia yang kita kongsi bersama.
Waktu itu abang harap awak dapat dengar abang menyanyi. Lama rasanya abang tak nyanyikan lagu untuk awak, temankan awak tidur, dengar cerita-cerita awak. Baru beberapa bulan tapi rasa macam bertahun-tahun lamanya. Awak tahu, abang selalu harap semua yang terjadi cuma mimpi ngeri tapi hakikatnya tidak. Semua ini nyata. Semua ini realiti. Sungguhpun orang ketawakan abang menangis sebab seorang perempuan, abang tak kisah - sebab abang sayangkan awak...sayang sangat....
_ _ _ _
I've had my share of life's ups and downs
But fate's been kind, the downs have been few
I guess you could say that I've been lucky
Well, I guess you could say that it's all because of you
If anyone should ever write my life story
For whatever reason there might be
You'll be there between each line of pain and glory
'Cause you're the best thing that ever happened to me
Ah, you're the best thing that ever happened to me
Now there have been times, when times were hard
But I always somehow I made it, I made it through
Don't worry for every moment that I've spent hurting
There was a moment That I spent,
Ah, just loving you
Best Thing That Ever Happened To Me
Gladys Knight
_ _ _ _ _
Maybe this isn't our time yet. If we were meant to be, we'll be together. Maybe not now, maybe not yet.