Sunday, December 28, 2014

My hardest goodbye

Sejak dua hari lepas kaki sudah jejak Malaysia. Banjir di Pantai Timur semakin tidak terkawal. Agaknya balik kerana rasa kemanusiaan. Menghulur secebis daya untuk membantu. Ramai budak-budak Pusat Komuniti turun membantu. Gunakan 3 bot untuk hantar bantuan ke Perak Tengah. Banyak bantuan diperlukan di sana. Mujur juga pihak masjid banyak membantu. Masjid di jadikan markas mengumpul barang untuk sumbangan.

Pagi tadi hantar guna 2 lori tapi barang tak penuh. Banyak pakaian terutama selimut tebal diperlukan. Masih lagi bertungkus-lumus mencari barangan untuk di sumbangkan. Ada beberapa kedai di Kuala Kangsar buat jualan lelong. Bergegas ke Kuala Kangsar. Dapat beli pakaian dan selimut dengan harga yang berbaloi. Kedai ini di masuki air. Ada barang yang rosak. Walaupun barang tidak rosak teruk, tauke kedai ini mahu let go semua barang yang ada dan bercadang untuk pindah ke kawasan lain.

Semasa di Kampung Gajah, Raja Permaisuri Perak datang melawat mangsa banjir. Hanya tengok dari jauh. Keanggunannya benar-benar menyerlah, sesuai dengan statusnya. Entah kenapa fikiran tiba-tiba teringatkan Hana. Hana secantik Raja Permaisuri Perak.

_ _ _ _

“Abang balik lama ke?”
Depends
On what?”
“Mood”
“Abang nak tangkap gambar please?”
“Jangan nak mengada-ngada”
“Hana jerit nanti”
“Jerit la”
(Jerit)
“Hish! Malulah orang tengok”
“Kita ambik gambar eh?”
“Tak naklah?”
Please?”
“Dah?”
“Senyum la. Macam robot je”
“Ngeeee. Dah?”
“Dah! Abang ni comel la”
“Apa-apa je la”
“Nanti Hana hantar gambar ni dekat e-mel abang”
“Tak nak balik ke ni?”
“Abang, nak peluk!”
“Ish!”
“Orang gurau je”
“Ko tu gurau melampau-lampau”
“Okey. Hana balik. Bye-bye
“Yeah. Bye
“Abang, nah!”
“Apa?”
“Penanda buku”
“Terima kasih. Dah pergi balik”
“Asyik halau orang je”
“Pergi balik aku kata”
“Orang balik la. Orang balik”

_ _ _ _

Hana hantar gambar semasa di airport. Gambar screen shot Instagram-nya dengan status “My hardest goodbye”.