Benci tak akan dapat padamkan rasa cinta. Ini hakikat yang harus di terima. Kebencian tak dapat melawan kasih sayang. Sungguhpun kita terluka dan kecewa, kasih sayang tetap tak boleh di hapus begitu saja. Ia suatu perasaan yang sukar di tafsir dengan kata-kata. Suatu perasaan yang sukar di fahami.
Bila perasaan sayang bertukar menjadi benci, perasaan kita tak pernah aman. Jiwa kita tak akan tenteram. Kalau dengan terus mencintai membuat kita tenang, teruslah mencintai. Perasan cinta tak boleh di paksa-paksa. Ia hadir begitu saja. Walau hati sakit bila di ingat-ingat, perasaan sayang tetap akan ada walau secubit.
_ _ _ _
Dalam penerbangan tadi abang terfikir tentang awak. Awak yang akan jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak yang ramai. Abang bayangkan keluarga awak yang bahagia dan gembira.
Abang bayangkan awak punya suami yang sihat dan menyayangi awak dengan sepenuh hati. Awak tak perlu risau kesihatannya, awak tak perlu takut dia akan tinggalkan awak pada bila-bila masa. Awak akan sentiasa gembira seperti keluarga normal yang lain.
Usai solat dalam penerbangan tadi, abang doa agar awak di berikan jodoh yang baik, hidup yang bahagia dan keluarga yang gembira. Abang doa agar awak di temukan dengan lelaki yang memahami awak, memahami kerjaya awak, mendengar cerita-cerita awak dan berkongsi susah senang dengan awak. Jujur dari hati abang ingin melihat awak bahagia.
_ _ _ _
Abang hanya cinta pertama awak (awak pernah kata abang cinta terakhir awak). Orang kata “What we all want in life, to travel, fall in love and be happy”. Abang yakin awak akan jatuh cinta pada lelaki lain selepas ini. Dan abang harap lelaki ini dapat tawarkan syurga yang tak dapat abang berikan.
Kak Ain kata pada abang tempoh hari “Im, let go, move on and love again”. Hari ini abang nak cakap pada awak perkara yang sama “Sayang, let go, move on and love again”.
_ _ _ _
No matter what happens to us, everyday spent with you is the best day of my life.
Auckland Airport